Wednesday, November 25, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha..

**gambor amek dari email tahun lepas! hensem kan kambing nih, sure sayang nak sembelih..kui kui


Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua kaum muslimin n muslimat walau di mana jua berada *ceewah, cam buat ucapan raya kat radio je gayenye..hik hik*

Raya Haji tahun ini..InsyaAllah..kami akan buat Akikah untuk Rafiq..kat Terengganu * tu pun if sampai la kan..sbb banjir oo banjir ooo banjir skang ni*
Ini pertama kali nak buat semua ni..Ohh..excitednya sbb dah ada anak sendiri kan. Dulu2 sibuk duk tolong kakak2 setelkan majlis, sekarang kita buat untuk anak sendiri lak..sonotnye..

Kali ni, kami akan tumbangkan sekor lembu.. Rege dalam RM 2k ++. Ini dikira murah ye tuan2 dan puan2 sbb lembu sekarang adalah amaaat mahal..masa aku kawen pon cecah dulu pon, sekor lembu dah cecah RM3k ++!. Actually lembu ni dipelihara oleh abang aku sendiri..*sbb dia dah jd penganggur terhormat, dan abg aku yg sorang lagi tu dengan baik atinya belikan 2 ekor lembu suh dia jaga*

yg akan join korban ni..aku (2 bahagian daging), 3 org kakak aku tu ( satu bahagian setiap sorang sbb anak depa gegirl) dan selebihnya mak aku amek. Saje suka suki katenye.
Sesi tumbangkan lembu akan diadakan pada raya ke-2..Majlis makan2 pon on dat day...InsyaAllah if takde ape2 aral melintang..somoga semua ni berjalan dengan lancar la kan...Amin...

Kawan2 kat luar sana tu sure dah ade yg mula bercuti kan..Ari ni pon dah ade org cuti tau..*ish ish ish..excitednye ko ye senah..mengalahkan raya puasa!*
Aku plak..malam raya baru bertolak ke Terengganu..Wehooo..rindunya kg aku. tak sabar nak balik. Tok (mak aku) dah tak sabar nak tgk rafiq yg dah makin bam bam tuh....yela, mak aku kan jaga rafiq masa pantang dah sah2 dia rindu nk tgk budak cinonet tu yg makin membesar kan..

Okla..utk kawan2 yg balik kampung tu..Hati2 di jalanraya ye...semoga selamat Pergi n selamat kembali....:-)



Balik Kampong...ooOOOOOOooo...Balik Kampung......

Sunday, November 22, 2009

Rafiq Seleseme Cikgu..

Naik bersawang blog aku. bnyk keje daaa. bertimpa2 modul nak di format. dah seruan tugas. buat jela kan. bertindak mengikut arahan okeh. agagaga..

ermm..Rafiq selsema. Sian. Semua salah aku..SALAH AKUUU..bad Mom! *sigh*
sekarang musim ujan. so, suhu sejuk2 syok gitu. tido bes giler. ahad lepas, sejuk2 pon, aku mandikan rafiq. suppose aku lap2 badan dia je. abis dia cam meragam tak selesa. aku pon ngan bagusnya mandikan. siap shampoo rambut. aiyak..selepas ari tu, aku cam dengar benda tak bes je dalam idung dia..aku telek2 idung dia, takde flu pon. tapi ade bunyi. ermm...confuse.
Daaannnn semalam (jumaat) MamaCt call aku yg rafiq meragam taknak tido.cecair jernih keluar.
terkejut okeh. aku tak pernah terima panggilan dari MamaCt. 1st time!
aku ape lagi. ngah ari pecut balik. amek rafiq. then susukan n tidokan dia sementara tunggu cik abe balik amek kami utk ke klinik.sian boboy ibu.muka lak naik biji2 merah. apekah? ruam ke?

sampai klinik, bapakla lama nunggu. Dr. Amdan takde. so gantikan ngan Dr. Zul. tak besla. Dr Amdan gak bes..heehhe....

selepas cek2 bagai, doc cakap:
  1. selsema biasa saja ni. Mmg musim.
  2. jantung normal.
  3. Suspected eczema (ruam merah2 kat muka) aku n cik abe takde eczema, mano lak datang nyakit nih..huhu..maybe sbb rafiq kuar ikut tingkap kot ek..eermmm...
  4. demam or selsema ada kebaikannya kerana sistem ketahanan badan bb sudah kenal pasti virus yg menyerangnya. if tak pernah jatuh sakit, mereka tk dapat kenalpasti virus tersebut.
oh ya..alang2 g klinik aku sempatla timbang si kecik nih..7.05 Kg dah..naik sekilo..which is gud..ade pertambahan berat..:-)

Budak yg baru lepas meragam. Mata bengkak. Ari2 berjaga malam..ni masa kat Klinik Adek. (aku terpaksa pakaikan mitten semalam. Dalam dia meragam, dia dah cakar muka sendiri. Berdarah skit..haihh....)

ni dah nak kul 3 pagi. rafiq kejap tido kejap jaga. tak selesa ngan idung dia la tu. aku sedut td. kuar skit je flu..oohh rafiq. ape saje untukmu.....sedut jgn tak sedut. ingus anak. ape nak geli..agagaga...ingus anak buah aku pon aku penah sedut. dah kakak aku geli. aiyak. ingus anak sendiri pon nak geli. uhuhu..

td masa aku ngah masakkan lempeng n sardin (request cik abe yg baru sampai dari kuching), aku sempat snap gambar2 kat bawah ni..adui, kelakar gile si rafiq ni. suka sgt main2 ngan kain. kain putih ni aku akan tebarkan setiap tempat yg aku baringkan rafiq okeh. aku rasa cam tak bersih je if tak letak kain ni...dulu rafiq takde lak usik..skang, inilah mainan nye. nak kene beli toy utk rafiq nih.dari dapur aku dengar sore dia jerit2..upenye...ni haa......

*
*
*
*
*
*
*
*
*

Mula2 dengar dia duk mengekek sorang2. aku biar jela sbb mmg dia suka main sorang2 kan. pastu bunyi cam lain. Lemas dalam kain tu upenye..agagaga..okla..dah selamat la kan lepas aku alih kain. Berpeluh2 dia dalam tu..pastu aku g sambung masak..

PasssTTUUUU....aku dengar lagi suara cam tadi. suara lemas. aiyak. main dalam kain lagila tu..n tengokla ape hasilnya..:-)) gelak sakan aku okeh.


rafiq lemas lagik.....huhuhu..aku bukan nak tolong dia. tapi pegi amek kamera utk snap.sabor jela...
okla, nak tido..besnya esok ahad. ari berehat2..:-)




Anakku Ceria Give-away Contest


Ini Sticky Post..if nak tgk post2 terbaru..scroll ke bawah yep..:-)


Wah, sekarang mcm musim bercontest2 & give-away la plak kan..dah jd trend..heheh..
mcm besla plak..
ok..ni 1st time aku masuk..leh la inteprem rafiq ku cayang tu..hahahaha..
tak salah kan nak cube nasib...:-)


Anakku Ceria Give-away Contest


Powered by BannerFans.com

Penganjur contest (mommy noriza) ni upenya tokey dinner ware..patutla leh sponsor hadiah camtu..besnya kalu dpt kan kan kan...*wink wink*

Ok..aku nak pertaruhkan gambor ni..memandangkan rafiq skang dah pandai gelak..ceria sungguh dia..1st time pakai topi sampai terkelepek telinga...heheh...



Muhammad Amzar Rafiq Affandi
Lagi 2 Ari..4 BULAN


Jom Tgk T&C nyer.....
  1. Be a follower of http://mystory-noriza.blogspot.com/ (Done)
  2. Be a follower of http://jommainkutu.blogspot.com/ (Done)
  3. Put entry contest in your blog (sticky mode entry ya!) dengan gelagat anak anda yang paling ceria. (Done)
  4. Copy the contest banner into the blog entry with the contest link in your entry http://mystory-noriza.blogspot.com/ (Done)
  5. Place the Contest banner in your sidebar with link back to the contest entry (no link back will be disqualified) (Done)
  6. Leave a comment on this post (Anakku Ceria Give away Contest) for me to pick up the winner. (Done)
Syarat-syaratnya;

1.Terbuka kepada ibubapa yang mempunyai anak/anak sedara/ di bawah usia 24 bulan.
2. Satu contestant 1 entry sahaja
3. Contest bermula dari 22 October 2009 sehingga 22 November Nov 2009
4. Proses pemilihan pemenang akan dilakukan oleh juri-juri yang dilantik oleh penganjur.
4.Gambar pemenang akan dipamerkan di blog penganjur
5.Proses pemilihan pemenang oleh juri adalah muktamad

Tentang Hadiah pulak!Jeng jeng ini hadiahnya
* 1 Vantage Cookware 3.0L

1.Hanya 1 pemenang akan dipilih dan akan memenangi dan ditaja oleh http://jommainkutu.blogspot.com/

wow..ape lagi..jom join kengkawan...bes nih..:-)



Sunday, November 15, 2009

Rafiq is 4 Months Old

Rafiq dah 4 bulan ari ni..
Cepatnye masa berlalu..maknanya..dah 4 bulan jugak aku menyusu rafiq dengan susuku sepenuhnya. Wow..!. Berkat niat aku dari awal mengandungkan Rafiq untuk menyusu sepenuhnya...alhamdulillah, setakat ni susu aku masih ada dan masih cukup untuk diberi kepada Rafiq..Syukur sangat2...


--{@ The Faces Of Rafiq @}--


ok..jom tgk perkembangan Rafiq

@}-- Semakin kuat menyusu. Sebelum ni, waktu kerja (dengan MamaCt pengasuh Rafiq) 13 Oz belum tentu Rafiq dapat habiskan. Itupun MamaCt cakap jenuh nak abiskan sbb Rafiq suka tido. Sekarang, 15 Oz pun kdg2 mcm nak minum lagi.

@}-- Dah pandai marah2, bentak2 kaki kalau lambat bagi susu. Dan dalam 2 hari ni, aku perasan yang suara dia makin kuat & lantang. Sebab dari dalam pantang, Rafiq ni kalu menangis, just bunyi cam malu2 je sampai ade makcik aku tanye "Eh, umah ni ade Baby ke tak ni?"..huhu..sabor jela...Daaaannnnnn sekarang, menangis dah kuat, menjerit pon dah kuat kalu lapar & ngantuk.

@}-- Rafiq baru pandai mengereng2kan badan dia macam nak meniarap. Tapi tak pernah meniarap sepenuhnya. Agak lambat la anak ibu ni nak meniarap. Hehe. Nak buat camna. Semua bayi ada perbezaannya. Ada kawn aku tu anak dia dah meniarap seawal 3 bulan. wow! kagumnya..ehhehe..

@}-- Dah pandai mencebik kalu aku cakap Bye Rafiq..Bye Rafiq..dia seolah2 tahu aku akan tinggalkan dia. Pastu if abah dia cakap kuat2 skit (Eg: cakap tepon) kat depan dia, dia akan mencebik n menangis kuat2. Maybe dia ingat abah marah dia. Lepas abahnya angkat n pangku dia n cakap Abah tak marah Rafiq la...then terus diam n gelak..Lahai boboy ibu...

@}-- Berat Rafiq aku tatau sbb takde check up utk bulan ni.Bulan depan baru ada.

@}-- Suka angkat2 kaki tinggi2 n hempas2..tak sakit ke nak oii...

@}--
Rambut aku dah mula gugur since rafiq dah pandai menyembur sana sini. Aduila, skit lagi botak la ibu Rafiq...hhehehe.

@}-- Suka dengar aku nyanyi. Lagu yg rafiq suka..Twinkle2 Little Star & Ten Little Fingers (sambil buat2 pergerakan ok..if tak..dia buat derk je)

if nak list kat sini mmg banyakla kan. takat tu jela kot utk kali ni.if ade lagi nnti ibu update lagi ye Rafiq..


okla..nak g jalan2.bawak rafiq pegi Jusco..Jomm Rafiq!!!!....




Saturday, November 14, 2009

Menu Ari ni..

Hari sabtu & ahad adalah hari yang ditunggu2 oleh aku setiap minggu. Aku boleh bersembang ngan hubby n gomol2 Rafiq sepuas2nya. Ari minggu juga ari untuk masak memasak lauk kegemaran. Masak b/fast, lunch..buat keje rumah..n tak ketinggalan, bertenet..kakakak..dengan menggunakan Celcom BerukBand aku dapatla jenguk blog2 kengkawan n apdet blog. Selain baca info2 tentang BreastFeeding...

okla.posting ni saje je..nak tunjuk lauk aku masak..ahahah..
yg penting adalah lauk Lobak putih+sawi masak lemak. Ini agent penambah susu aku buat masa sekarang. Selain supplement Shaklee..wehoo..kita tgkla camne progressnya nanti ya..semoga susu aku bertambah la hendaknye..amin...

sambal tempe+bilis, sayur lobak putih+sawi+lobak merah msk lemak n ikan kering (lain dr yg lain sbb ikan yg nmpk cm bergulung tu adalah ikan pari)...




Tuesday, November 10, 2009

Susu Makin Kurang

Aiyak..
Susu aku makin kurang la..(Sigh)
dah mcm2 cara aku buat..n dah amalkan mcm2 petua yg kawan2 bagi.
Maybe aku ni jenis susu tak banyak kot ek..sbb 2 org kakak aku mmg sempat menyusu anak sampai umor 6 bulan je..
yang kat kelantan tu, suri rumah dan mmg akan sentiasa menyusu direct utk anak buah aku tu la kan..pun sampai 6 bulan je ade susu. Aiyak.Amma.Appa!!


aku mmg tak buat stock EBM sgt. Adela skit2. Untuk top-up if pengasuh rafiq pesan suh top-up.
Waktu keje (ngan pengasuh), rafiq minum dalam 13-14 Oz je..so, aku akan bekalkan 15 Oz..in case tak cukup kan..kdg2 berlebih2 plak.. Yang berlebih tu buat aku jd sedih..ade berbaki susu tak abis..
Ade sekali tu 2 oz. (bagi aku yg mmg jenis susu tak banyak ni, 2 Oz cukup berharga okey).

Tgk hari jugakla. Kdg2 rafiq minum byk, kdg2 minum kurang..Haih...(Sigh)

Ada jugak cuba bagi kat dia susu yang berbaki dalam botol..Tapi, if aku ada..mmg dia takmo minum susu yg dalam botol tuh..Nak mengempeng je ngan aku..Nyot nyot Nyot..sonok sgtler tuh..sambil sekali sekala sengihhh tgk aku..lahai bucuk ibu...sweet sgt tau. Rasa close sgt ngan Rafiq..:-)

Buat masa sekarang..Masa kerja aku Pam dapatla pagi 8 Oz..petang lak 5 oz..so total up 13 Oz..Pam ari ni adalah untuk esok punya bekalan ke rumah pengasuh.. Rafiq refuse susu BEKU tau..Pandai betul ini budak..yela EBM yg beku tu kan bila di tawkan pelik skit bau dia...ehehhe..
So terpaksala aku bagi susu yg fresh je..hurmmm...matila ibu camni rafiq!

Gambar ni aku amek last 2 weeks, stock dah berubah..skang dah ade lagi satu milk bag berisi 4 Oz..hehehe..yg ade dalam gambar ni 4 bekas dah dingap oleh rafiq...
Silalah gelakkan aku bila tgk stock EBM ni..hahahahaha..sikit kan???
jeles aku tgk org len berbotoi2 dalam peti es depa penuh ngan susu...:-(( Aiyak!

nak tahu nape aku tak buat stock???:
  1. Aku berpantang kat Terengganu, peti ais umah mak aku jenis 1 pintu, so susu hanya bertahan 2 minggu sahaja if letak kat bahagian atas.
  2. Rafiq buat2 cam nak muntah if dia minum susu yg dah dicairkan..end up, dia menangis sbb tak puas minum.
  3. Susu aku sejak 2 menjak ni mmg tak bnyk mcm dalam pantang. if bersama rafiq, mmg takleh nak pam, kang tak cukup utk supply dia.
okla..nak sambung keje..just nak meluahkan je rasa risau nih...risau tau risau risau risau...sbb aku dah target..at least, fully bf rafiq for 6 months!..if tak dapat gak..nak wat lagu mana kan..kenela campur susu....:-(

Friday, November 6, 2009

Doakan untuk Mak Mertua aku..

Salam.
Dah agak lama tak update blog. Keje banyak n aku update layout aku skit2 je. Tak sempat lg nak update betul2...
Kat rumah lak, sibuk melayan kerenah si kecik tu. even penat camne pon, penat aku akan ilang sekelip mata bila melayan rafiq..What a wonderful life..:-)

Ok2..Ari ni Mak mertua aku Operate Lutut. Selepas check up bulan lepas, doc decide operate 6 november...

Masuk Wad semalam. Ari ni operate. Actually MIL aku pernah tergelincir kat laman rumah 2 tahun yang lepas. Dah berubat mcm2 cara tapi still takmo baik. Sampai dia jalan pon dah jadi tak balance.
Lepas cek2 semua..Doc sarankan Operate Lutut tu and ganti tempurung lutut tu dengan plastiK+Besi kot..ntah, tak sure sangat..ape ke benda namanya yg akan ganti tulang tu...*pok pale sendiri*

Apa2 pun..kawan2 yang baca blog aku or yang tersinggah kat sini n baca blog aku..sama2 la doakan kesejahteraan & kesihatan MIL aku ye..semoga pembedahan ari ni berjalan dengan lancar..

Semoga doa kalian dimakbulkan Allah...Amin....