Sunday, January 31, 2010

Happy Cloth Diapering Giveaway


.:: Entry BerGam sehingga 31/1/2010 ::.

(scroll ke bawah utk entry baru)



Penganjur:
Kak Long Nuzula

Tarikh Luput:
31 Januari 2010


..:: KATEGORI A ::..

Memang dah lama berkira2 untuk MenCDkan rafiq. Aku tengah survey2 laman web sbb aku nak beli online. Bila tgk online shop yg jual rege mahal2 tu..mak aih..rasa cam tak berbaloi la plak if tak sesuei ngan rafiq. Benda ni kan kene try N error jugak. Takut tak fit ngan rafiq.

Search punye search, ade byk jugela yg aku jd follower utk tgk perkembangan terbaru. Aku baca segala benda butir yg ada dari segi Cara handle CD agar tahan lama, Jenis2 CD (Velcro or Button), AIO (all in one- means insert dia dah dijahit bersama).

besnye if dpt CD free kan kan..:-)


KENAPA AKU BERMINAT DENGAN CLOTH DIAPER?

JIMAT

Jika dilihat, mmgla CD ni agak mahal. sekeping RM30-35 malah leh cecah RM50++. Leh beli satu beg Lampin pakai buang dan ianya leh tahan selama sebulan or at least 15 hari (if anak cirit birit kene tukar sokmo kan..). Setelah tolak campur darab bahagi semua, aku dapati ianya adalah amat jimat!. Hanya perlu abiskan duit dalam RM200++ untuk beberapa helai CD dalam satu masa (utk permulaan) tetapi, aku leh guna sampai rafiq besor n also for coming babies..insyaAllah...


MESRA ALAM

Aku tgk benda alah ni adalah amat mesra alam. Aku kesian tgk kat alam kita skang ni. Dahla Sampah makin menimbun tinggi. Dengan bertambahnye disposable Diaper yg kita duk buang hari2 tu..lagi la bertambah tambah rosak alam kita nih! so ape kate kite same2 menjaga alam kita..untuk diwarisi oleh anak2 kite nanti..yang pasti, kita hanya meminjam daripada anak2 kita, so pandai2la jaga barang pinjam ye..


CUTE MIUT

Aku jatuh cinta dengan CD sebab cute miut, dia kaler maler. hoho. AKu suka. Sure rafiq cute je pakai ni. 1st time aku tgk kat satu blog suatu masa dulu, aku terbekenan sgt2 kat CD ni..selain tu tak perlu pakai suar if duk umah..pakai CD udoh..ehehe


ELAKKAN RUAM

Rafiq mcm ade Rashes je sejak tak sihat tempoh hari. Aku harap, if berCD dapat kurangkan atau hapuskan terus rashes dia..yela, dyper kan byk bahan kimia. Tula dah bercampur najis & air kencing bb tu yg wujudkan ruam..sian dia gatal2..

Ape yang penting dalam BerCD ini adalah perlukan pengorbanan dari segi masa & tenaga..sbb kita perlu basuh CD2 tu..tapi untuk keselesaan anak..aku sanggup buat semua ini..:-)


.:: Muhammad Amzar Rafiq Affandi ::.
6 BULAN


kawan2..mohler kitea sama2 berCD...:-) :-)

Hujung minggu aku & Rafiq..


Salam..

Semalam sabtu korang tak g mana2 ke? ke ade g sambut Thaipusam? If pegi tgk tak jd masalah kot ek..negara kita kan berbilang bangsa..seronok juge kdg2 dpt tgk acara2 org beragama lain menyambut perayaan mereka kan..hehe..

Semalam aku tak kemana..hubby outstation..dia ke Pekan Pahang untuk Pelancaran Pekan Digital Satu Malaysia yg dirasmikan oleh PM semalam..so, as usual, if tak kemana aku kemas2 umah la...rafiq pon jd MBSA yg tak duduk diam dalam walker dia. Aku nak vakum habuk pon susah. Last2 aku kuanrantin dia dalam bilik. Melalak2 bingit bising sakit telinga aku dengar dia membebel. If jiran2 dengor sah2 ingat aku dera anak..hahahha..dia tak nangis, tapi bising..masyaAllah...lepas siap semua barula aku bawak keluar..pastu cam biasa ngan muka kerang busuk dia duk sengih2 kat aku..haihhhh..sonokla dpt kuar..haih...

tade ape yg menarik pon nak update ni..ehehe..
cuma nak cite pasal rafiq & Totis kesayangan dia...Kemana2 je nak menatang ni. Tido, duk dalam stroller, ateh katil, dalam buaian. Suke benor ngan menan dia ni..tapi yg siannya, itula mangsa buli dia. Ari2 buli, sampai koyak2 Totis..aku dah jahit dah belakang dia..huhuh



inila keje Budak Botak ni..Membuli je kejenya
Besar nanti jgn buli anak org udahler nak oii!!!


Inila totis..1st toy yg aku beli utk dia..
Murah je..Rm13..beli kat pasar payang terengganu..

aku tgk material sgt sesuai utk bb..lembut..dan mmg padan2 je ngan saiz rafiq sekarang

Dan gambar kat bawah tu..pembuli yg penat membuli..itula hasilnye..ZZzzzZZz

okla..selamat berhujung minggu..

daa....:-)



**Ari ni ingat nak g ofis..tapi ade hal la plak nak kene setel..so tak jadila g ofis..takpelah, lagipun student nak amek modul dah tak ramai..heheh

Friday, January 29, 2010

Perkembangan Rafiq @ 6 months


Agak berkurun jugela nak update pasai ni. Hari ni, pagi2 buta aku buat posting ni di kala kome semua ngah kroohh kroohh tidor. Rafiq terjaga n tamo tido. Sudahnye aku bukak laptop taip entry ni..:-) lagipun..kat ofis aku cam blurr nak pikir ape perkembangan budak botak ni..

Leh la senang lenang g jenguk umah kengkawan sbb blog dah berupdate..Lalalalala....


Perkembangan Rafiq di bulan ke-6 ini agak byk la..jom tgk..
  • Berat dah 8.2 Kg. Makin semangat anak ibu ni. Yela, dah start makan makanan pejal kan. Ari2 ibu buat bubur..tapi kdg2 rafiq refuse ngan bubur, so MamaCt ganti dengan nestum. berselera dia makan. If kita pon..nak la jugak tukar2 angin kan.
  • Rafiq dah mula kenal org2 yg rapat dengan dia. n off koz la Ibu & Abah dia kan. If balik kg hubby, bila org lain nak amek menjerit dia nangis sbb tak kenal org tu waima Opah dia sendiri. But..dah lama tu okla sikit2..
  • Dah pandai jerit2 if aku tinggal dia sorang2..Kuat lak tu..bukan nangis tau, tapi menjerit..ngan bahasa dia la..den pon tak paham. Hehe.
  • Rafiq dah tak takut dengan strangers..dia dah mesra alam..bagus2. Senang nak bawak g jalan.
  • Suka lihat sekeliling dengan penuh tekun & perhatian. Macam ptg2 aku selalu bawk dia tgk2 budak2 main kat playground. Seorang ke seorang budak yg duk main dia perhatikan. His is trying to observe what happen around him!
  • Kalau g jalan2 terutama shopping complex, sgt behaved n stay je dalam stroller..Kdg2 tak sedar yg rafiq dah tertido ngan sendirinya. Ada sekali tu, sepanjang shopping dia tido..zzzzZZzzz..tapi, once dia dah jaga..dia angan bising if kita berhenti2..dia nak stroller tu ditolakkk je.. (ingat bas ke?) uhuh
  • Makin Terer niarap. Tido pon niarap je..lena lebih lama.
  • Yang tak besnye..if pegi mana2..sure nak Yak..haih...tinggal rete pelaburan di mana2 sahaja...hahahha
  • Dengan mamaCt, rafiq minum 13-15 Oz sehari *sebab dah makan bubur/nestum*
  • Rafiq tak kuat makan, if makan pon main2 je..satu bekas puding kecik tu selalunya tak abis..dia lebih kepada nak menyusu.
  • Tido pon dah ok..tak berjaga malam dah *masa aku taip point ni..rafiq dah tido tau..topok2 skit, tido la dia..:-)*
  • Satu katil dia conquer. berpusing2. 360 darjah lak tu. Pastu dah pandai Reverse. Kdg2 aku terjaga hampir tersepak kepala dia sbb dia dah mengudur ke belakang. tataula bila masa dia undur. tgk2 dah kat kaki..haiihhh..
  • Dah ada skill baru iaitu angkat2 buntut yg comel itu..:-) *nak merangkak kot ek*
  • Sangat2 manja ngan abah dia. Tengah netek, if dengar suara abah dia..Zasss di cari2nya suara itu..Kdg2 mancut2 susu kene muka sbb tarik secara tiba2...Grrrrrrrr...
  • Suka main Peek a Boo..gelak sakan if kita main ba ba cakk!
  • Mengasah gusi sambil gigit2 lidah..*nak tumbuh gigi kot*
  • Kekerapan muak/muntah dah berkurangan. Even ada lagi masalah ni, but sudah byk kurangnye dari dulu..
  • suka senyum sorang2 bila tgk cermin..hehe
  • Naik walker pon dah makin terer...Brroomm Broomm ke depan, ke tepi *cam ketam pon ade if dia ketepi aku nengok*, ke belakang jgn cakapla kan..hehe

okla..mo titun suda..uwaaa..ngantuk..
kang kul 6 nak bangun dh...huahuahua.. daaa..:-)


** Sok sabtu..yabedabedu...leh main puas2 ngan rafiq..:-)

Thursday, January 28, 2010

Strike or Kasi potong (Kah Kah Kah)

Salam semua..Hari ni aku masih bz..(silala bosan baca ayat ni ye) weekekke

Ok2..memandangkan aku tak sempat lagi nak buat posting pasal bb rafiq ttg perkembangan dia utk 6 bulan punyer..aku buatla tutorial ini..tak susah. simple sajer.

Aku tahu..dah ramai yg tau pasal ni..tapi ini adalah utk membantu sape2 yg tak tahu....eheheheh


Tadi ade kawan blogger aku..tanya pasal ni...:-)

Untuk Kak Hanim...here it is..spesel for u..:-) (bak mai brg Cosway free seketui ya) kikikik..

Klik gambor utk paparan lebih jelassssss...



:: Gambar 1 ::

Cam biasa, bila kita wat posting baru (compose) akan appear paparan ni kan..
then taipla ape kita nak..
cam sy..nak kasi potong ayat TAK.


:: Gambar 2 ::
semasa menaip posting yang nak di taip tu..(better taip sampai abis posting dulu yep baru buat potong-potong ni..if tak kelam kelibut jdnye..)
taip coding seperti di atas di antara perkataan yg nak dikasi potong tuh.
Masih di menu Compose


:: Gambar 3 ::

then..klik pada Menu Edit HTML (ini wajib klik)
akan terview paparan ni...

:: Gambar 4 ::
Then klik balik pada Menu Compose..
Tadaa....perkataan TAK sudah dipotong..weheheh..


selamat mencuba...

:-)

Wednesday, January 27, 2010

Hari Ni Cucuk Rafiq utk 6 Bulan punyerrr

Baikk Punyerrr...ngeh ngeh *takde kaitan ngan tajuk yo!*

aku agak bz la ari ni..tak sempat nak update pasal cucuk rafiq utk 6 bulan. next posting la ye...
oh ya, camera aku tempoh ari charger dia rusak. Cik Abe aku dah beli baru tapi tak orila. Takpolah, janji leh charge bateri kamera kesayangan aku tu. * leh mati katak takde kamera. rasa kosong je jiwa..kah kah kah*

Uhuhuhuhuhuhu


Layanla gambor2 yg Tak di edit ni..huh. Sungguh real muke kami..wekekkeke

Rafiq tido ateh tilam empuk perot abah. Feveret port. kah kah kah. Korang jgnla tertipu ye..laki aku tido2 ayam jo tuh. Den tau...
Ni before kene cucuk. Dr. lom mai lagi. See..no. pon kosong lagi.


Hoho..lepas kene cucuk terus tido ateh aku. Nak bagi tek pon tamo dah. nak tido sgt dah..
*seriusnye muka aku..kah kah kah*


Okla..mohler kite sambung keje..

daaa....:-)


**Berat rafiq turun 100gm sbb tak sihat tempoh hari..dah tinggal 8.1 Kg daa...


Sunday, January 24, 2010

:: Minggu Yang Huru Hara ::

Fuh...memang agak huru hara idup kami suami isteri minggu ni..
bermula pada isnin 18/1 hingga la hari ini rasa cam pening aku dibuatnya.
Aku EL 19 & 20 hb sbb nak jaga rafiq. Yela, rafiq kan 1st time demam dan naluri keibuan aku ni cukup lemah utk cakap TIDAK untuk jaga rafiq masa dia tak sihat ni. If diikutkan, boleh nak hantar pada MamaCt, tapi aku rasa dia perlukan aku masa tu.

Ok..kenapa tajuk aku sebegitu rupa eh? baru anak demam sekali dah kecoh, dah huru hara.. *maybe tidak pada ibu beranak 2 or 3*. Aku kan baru bergelar ibu selama 6 bulan..masih byk benda nak kene tempuh...

Selepas kebah dari demam..Rafiq sekarang berhadapan pula dengan batuk kering yang tidak ada kahak tetapi dalam dada ada bunyi kahak seakan2 penuh. Jumaat baru ni, lepas pegi ambil rafiq dari umah pengasuh, MamaCt cakap rafiq sesak nafas. Dada turun naik. Ya Allah..berderau darah aku dengar. Bila aku dengar sendiri camne bunyi rafiq batuk dan dengan bunyi kahak tu..aku mulela tak tentu hala. Menangis aku. Batuk dia cam kering je bunyi dia.. Kong Kong Kong

ok..ape yg aku nak cite ari ni ialah..Kami jd huru hara bila dah kuar masuk spital tapi rafiq cam getting worse! Kami PENINGGGGG bila dah pegi byk spital n pakar, mcm2 pendapat, mcm2 penerangan yang kami terima. Doktor ni cakap camni..Doktor tu cakap camtu..Haiyaaa..poning..poning...mane satu ntah nak diterima pakai.

Jom tgk satu persatu spital mana aku pegi dan apekah kate doktor2nye.


Jumaat malam (Spital Putrajaya)

Terus ke Unit Kecing Mase Kecemasan. Dah cek2 semua, tanye itu dan ini kat aku *prosuder biasa* depa ckp nak amek darah sbb suspect dengi sbb ade biji2 merah di lengan dan kepala rafiq. Aku menangis weh dengar anak menangis spt minta belas kasihan bila nurse nak amek darah. huhu. sementara tahu result darah, nurse suh bagi rafia Gas lalok (nebulizer). Gas untuk cairkan kahak. Biasa utk org2 Asma/Lelah.

THE RESULT:
  • Darah ok..normal means takde Denggi
  • Kahak tu adalah biasa, maybe jangkitan
  • Nanti sy bagi ubat cair kahak, ubat batuk dan ubat demam *as usual*
  • Pastu kami balik dengan hati tak tenang sbb tak tahu ape sebenarnya sakit rafiq!
Malamnya rafiq tido tak lena. Dia berjaga semalam suntuk. Sian tol aku tengok.

:: 1st time aku pegang benda alah ni..gas dia rasa sejuk je ::


Sabtu petang ( DEMC)

Sepanjang pagi aku tak keruan. Dah petang aku tgk rafiq cam makin teruk. nak nafas pon teruk. Then terus ke DEMC.

kata Doktor:-
  • ini kes separa kritikal ni
  • ada byk kahak di dalam dada..kene bagi GAS (nebulizer).
  • biasa terjadi pada kanak2 bermula umur 6 bulan dan ke atas.
  • untuk kanak2 bawah satu tahun..ianya dipanggil Accute Bronchitis, but untuk kanak2 atas satu tahun, ianya dipanggil Asma/Lelah.
  • kena tahan wad untuk penjagaan yang rapi. Mungkin masuk wad 2-3 hari. tengok keadaan anak.
aku dan hubby: Ha?? takpelah, if kene masuk wad kami refer Putrajaya or PPUM je.

Doc:
Ok, nnti sy buat surat.

aku dan hubby: Blurr kejap sbb takut ape2 jd kat rafiq..betul ke ni? takkan seserius itu sakit anak kami??


Sabtu malam (PPUM)

Lepas kuar dari DEMC kami terus balik & packing barang sbb doc tu cakap kene masuk wad kan..lepas bincang..kami decide ke PPUM memandangkan rafiq bersalin kat situ. Rekod dia pon dah ada kt situ.

memandangkan ari dah gelap, kami tak lengah dah. terus ke PPUM. Sampai sana dah kul 7.30 mlm.

Bagusla PPUM ni. Wad kecemasan untuk org dewasa dan Kanak2 di asingkan. So lagi senang dan dah dispesifikkan. 1st time tengok spital yg asingkan 2 golongan nih. *maybe kat lain ada cuma aku tak tahu*

selepas cite details ape yg doc di DEMC bagitau..ini respon dari pihak PPUM.

Kata Pakar Pediatrik:
  • Dia kelihatan ceria *mmgla, rafiq ni sakit pon still senyum2*, so u tak perlu risau
  • anak u takde Accute Bronchitis . Ianya cuma batuk2, dan kahak biasa dan susulan dari demam tempoh hari.
  • Tiada bunyi kahak di dada, tp sy dengar hanya di dalam tekak shj.
  • Anak u tak perlu masuk wad. Sy bagi ubat untuk cairkan kahak. Nanti 2 - 3 hari okla tu.
  • Jika dia mcm sesak nafas/sukar bernafas, hanya pergi ke klinik berdekatan untuk dptkan gas/nebulizer tu aje.
Lerrr...pulak. Tadi sana suh masuk wad sbb dah separa kritikal. Ni plak cakap anak aku takde apa2...

Haiyaaa..aku peninggg...!!!!


Kondisi Rafiq Hari ini:

:: tak ceria seperti biasa..:-( ::

  • dah ok banyak dari 2 ari lepas. Pernafasan dah tak laju sgt. Cuma kekadang tu aje dia nafas laju dari biasa. then back to normal.
  • hari ini dia tido lena. Qada' tido gamaknye sbb dah seminggu tido beberapa jam je. cuma kdg2 merengek, maybe dada tak selesaa. Aku sapu vicks *khas utk kanak2*. Dia akan lega skit.
  • Selera makan still takde. Nyusu direct je dia nak tu pun kejap2.

APE SEKALI PUN KATE2 SEMUA DOKTOR2 YG TELAH RAWAT RAFIQ...KAMI JADIKAN RUJUKAN. SEMUA ADALAH USAHA KAMI UNTUK LIHAT RAFIQ SIHAT BAGAI JUARA.
AKU HANYA DPT BERDOA SEMOGA RAFIQ CEPAT SEMBUH...
AMIN....

Friday, January 22, 2010

Masalah Regurgitasi / Muak / Muntah

ENTRY NI DAH LAMA AKU BUAT, CUMA TAK TERPUBLISH SBB BZ SEMEDANG SKANG NI. MEMANDANGKAN BZ AKU TAK AKAN HABIS, SO AKU SAMBUNGLA APE YG PATUT KAN..EHEHHE


Salam jumaat *aik, ari jumaat je ke ko bagi salam rose?* kah kah kah

Korang biasa tak berhadapan dengan budak yang kuat muak/muntah?. Biasa pada baby la kan..If baby yg kecik2 dalam satu hari ke 3 bulan tu normal la kan muak/muntah sikit2. Maksud aku sekarang ni..budak yg kuat muak sampai besar.. Melampau2la muak nye..ehhehe..gedit?

ok2..back to main topic.

Sehingga ke hari ini, anak bujang ku..mat Rafiq masih muntah/muak or bahasa saintifiknye..REGURGITASI. Kadang2 muak/muntahnye kuar mcm air paip!

Boleh dikatakan baju aku setiap hari akan WAJIB ade kesan muntah rafiq. Sekali tengok cam taik burung daaa...wekekkeke. Kalau ke mana2..lebih2 lagi if pegi shopping, baju rafiq kene bawak lebih. *suppose baju aku pon kene lebih kan? hurmm*. If tak, naya je budak tu berbaju penuh ngan muak. Mashammm..Sib baik nyusu badan. If nyusu FM, lagila teruk bau dia kan..

Pada awal kelahiran rafiq, tiada tanda2 muntah yang melampau. Tetapi aku perhatikan masalah ini berlaku pada umur rafiq 3 minggu. Rafiq suka berjaga semasa dalam pantang. Tido aku tak pernah lena di malam hari. Kdg2 terasa mcm keluang meng. Mata cam Panda. Di siang hari rafiq tido membongkang sampai minum pon kena kejut.


Bila malam..dalam pukul 11 ke atas, rafiq akan berjaga. kekadang sampai kul 5 dan 6 pagi. so, bila dia berjaga, sure dia nak nenen je kejenya kan. aku pun sumbat la dia ngan susu agar dia senyap. bila burrppp je dia akan muntah sbb terlalu kenyang. Memule aku ingat sbb dia kenyang sgt kan..tapi lama kelamaan sampai dah masuk 2 bulan pon muntah melampau2 jugak. So, aku refer dengan Pakar Pediatrik.

Menurut Dr Amdan:

  • masalah ini biasa terjadi pada baby boy. If dah sampai tahap serius, boleh bawa kepada pembedahan.
  • Cara yang terbaik untuk kurangkan masalah ini iaitu bagi Formula Milk (Anti-Regurgitasi).
  • Muntah adalah disebabkan oleh sistem pencernaan bayi yang masih belum sempurna. Otot di esofagus (saluran antara keronkong dan perut) dan perut masih belum menutup dengan baik. Ini kerana saluran ini terbuka, maka isi perut dengan mudah dapat keluar kembali ke atas.
  • Selepas menyusu, tidorkan bb secara meniarap dalam 30 minit atas bantal org dewasa dengan kedudukan 30 darjah.

Susu Anti-Regurgitasi tu aku mmg aku ade beli. Tapi sebab aku dah nekad nak nyusukan rafiq ngan susu aku..so aku bagila dalam 5 kali kot..mmg berkesan. Rafiq tak muntah. Sebab susu tu dah dipekatkan..

Aku ada Google cara atasi budak2 kuat muak ni..ini ada TIPS utk kurangkannya:

  • Berilah makan bayi anda sebelum dia kelaparan. Bayi yang lapar cenderung untuk makan terlalu banyak dan terlalu lahap.
  • Berilah makan bayi secara perlahan tanpa tergesa-gesa. Bayi yang menangis cenderung menelan udara yang dapat mengakibatkan mereka muak/muntah.
  • Hindarilah gangguan selama proses pemberian makanan
  • Jagalah agar posisi kepala bayi tetap tegak ketika makan
  • Buatlah bayi anda bersendawa setiap 3-5 minit selama proses pemberian makan
  • Tegakkan bayi segera setelah makan
  • Jangan mengajak bayi begelak ketawa atau bermain sejurus selesai makan
  • Bila anda memberikan susu formula, pastikan bahawa lubang puting botol susu tidak terlalu besar (susu formula akan mengalir terlalu cepat) ataupun terlalu kecil (dapat membuat bayi kecewa dan dia akan banyak menelan udara). Lubang puting yang ideal adalah ketika botol dibalik, beberapa titis susu dapat keluar dengan mudah.
  • Janganlah meninggikan posisi tempat tidur bayi sehingga posisi kepala bayi lebih tinggi dari posisi perut, kecuali ahli kesihatan anda menyarankannya.

So, conclusionnya..aku kene bnyk bersabar sebab ramai bb ada masalah ini. Bila bercerita dengan ibu2 yang mengalami masalah yg sama, depa kata ade anak depa muntah sampai 1 tahun, 2 tahun pon ada. Ianya akan hilang sendiri. Sekarang, nampaknye kekerapan rafiq muak dah kurang, cuma ianya masih ada dan selalu mcm menghantui aku. Aku tak kisah if aku yg terkena muntah dia, tapi aku kisah jika org lain nak pegang2 dia..nnti org tu jd geli ngan rafiq sbb muntah dia tu..sian Rafiq..haihh..

Dan yang pasti..Aku dah lali dengan masalah Muak/Muntah rafiq. benda tu dah jadi perkara biasa bagi aku..Hehe.

ni adalah antara gambar2 rafiq masa dia 2 bulan lebih..nila caranya aku letak dia tido dalam 30 minit camtu..



Kat bawah ni aksi tak boleh blah dari rafiq. Mengucap panjang aku masa tu takut2la dia tak bernafas kan..tgk2, haih lene dia tido camtu..wekkeke..

:: Tula dia nye...Mat Rafiq aku ::


ok..daaa....:-)

Thursday, January 21, 2010

Arrgghhhh....Eeiiiii....Geeeraamm!!

Aku EL 2 hari untuk jaga anak aku
ari ni baru masuk keje..
tadi pagi rafig still ada demam..37.7 darjah suhu dia.
demam dia on dan off..kejap ade kejap tade..buntu aku!

dahla kepala ni ingat kat umah je....haihhh..
rafiq rafiq rafiq..
tu jela duk dalam kepala nih...

ari ni ade plak modul kene siapkan ngan URGENT nya..
sebab apa??
sbb aku EL 2 ari..so tergantung la keje aku nih..
aku tahuuuu..ini salah aku..tapi anak aku demam..nak buek camno..

skang kene wat keje ngan TIDAK tenangnye
bosss...ya ampun bos..ari ni ke kene siapkan jugak ke??
if esok/lusa boleh tak???

bos aku cakap:
esok public holiday

lusa mmg coti
ari isnin...boleh lah
(kene ikut dialek bahasa p.ramlee..agagga)

*korang sila jgn percaya ye..bos aku tak cakap camtu pon..aku saje reka2 cite* LOL!

oh..sadisnye rasa ngan keadaan aku ari nih..
ermmm...errmm...


Tuesday, January 19, 2010

:: Aku EL arinih ::

Mr bobot aku demam..
Lepas amek dia dari umah pengasuh, suhu badan 37.6 (kiranya ada demam sikitla kan..)
pastu, akak ipar aku yg nurse tu nasihatkan pegi klinik sbb if makin naik suhu dia n dah cecah 38 darjah tu..dh dikira tinggi untuk baby..takut sawan ke ape kan..
so..en hubby balik awal n kami ke demc..
kat sana..doc check makin naik suhu badan..37.8..alahai..cian
pastu doc suruh cek berat Rafiq... dah 8.2... syukur...
tapi lepas demam ni mesti susut sikit... lahai...

pagi ni okla sikit dah 37.4..
yg buat aku tak pegi keje ni sbb dia merengek je..ehek ehek ehek..tak sampai ati wehh..
kepala lak panas..tapak kaki, tapak tangan..suam2 je..

okla..nak dodoi bobot aku..
sian dia...1st time demam ni..
before dis hanya selesema n batuk2 je..
gamaknye..apela yg dia nak dapat tu ek smpai demam..ehehe..

:: Bobot aku ::


okla..selamat bekerja kengkawan seme..

daa..:-)

Sunday, January 17, 2010

Mak dah Nyanyuk Nokss

Alla kasiimmmmmm....uhuk!

Penyakit yg selalu menghantui aku sekarang. sejak beranakkan rafiq, byk benda aku selalu lupa. Serius! Tapi mane tak nyanyuk kan..sehari kat tempat kerja pening pasal keje, balik umah lak fikir pasal rumahtangga lak kan. Macam2 benda nak pikir. huhu. Camnila nasib..Duk sendiri. if stay ngan family or ada maid aku rasa tak la seteruk ini. Yela, at least balik umah takdela sepah2, baju pon sure dah berbasuh n if bernasib baik kain dah berlipat. Pastu makanan dah sedia terhidang. walahhh...mabeles....*mimpila rose ko nak ada maid* keh keh keh.

Terlalu banyak benda yg buat aku pikir aku dah makin nyanyuk. Hubby aku selalu gakla perli2 bila aku nyanyuk. Tapi aku tak amek serius pon sbb aku tahu dia bergurau..hehehehe..*hubby aku mmg suka bergurau n berseloroh*

Korang nak tahu tak ape yg aku lupe n nyanyuk tu??

AKU LUPE NAK SIMPAN KE DALAM PETI AIS SUSU YANG AKU PAM!!!!....

uwaaa...nangis aku weh.
ooohhh..bagi aku benda ni amat berharga. maybe tidak pada anda yang banyak susu/stock EBM..
aku yang susunya di hujung tanduk or nyawa2 ikan kate org ni..susu yg aku pam 2 kali sehari kat ofis amat amat amatttlah berharganya. Nangis wehh if rosak! mengiau rafiq takde susu..huhu..

Rutin harian aku selepas balik dari ofis, sampai umah aku tak terus g amek rafiq. aku g anta beg2 aku dulu (handbag n beg susu)..sampai umah terus simpan susu dulu. Tapi tidak pada jumaat baru ni..uuhuhu..ape ntah aku duk pikir n khayalkan..aku terus menonong g amek rafiq.
Malamnye tu..aku tatau napela penat sangat ari tu..nak titun je kejenya!

Dipendekkan cite, lepas main2 ngan rafiq n lepas solat magrib *aku start buat keje umah lepas magrib* aku tertido lepas nyusukan rafiq. aku terjaga sbb hubby balik...pastu terusla nak g basuh botoi2 rafiq dan kemas2 beg yg aku anta ke pengasuh. Masa basuh, aku tetiba teringat, eh, mane pigi botol beriisi susu????
Zaasssss...mata aku tertumpu kat beg susu...

Terlopong mulut aku sambil menjerit Ya Alllaaahhhhh...susuuuuu..*serius aku nangis*. Hubby terbangun dari tempat dia tgk tv sbb terkejut dengor aku menjerit. huhuhu..

Aku ingat dah rosak..tapi tidak..Syukurrr Alhamdulillah...microfiber insulated travel bag dan cool pack tu adalah penyelamat susu2 rafiq itu..syukur..rasa nak putus nyawa mak nokss!

1&2: bag n cool pack yg dpt mengekalkan sejuk susu tu..kul 10 mlm pon still sejuk susu2 rafiq. syukurr...bagus tol benda alah ni kan..

3: susu 13 oz yg telah dpt diselamatkan..fuuhh..menggelabah sekejap..

4: botol2 susu rafiq yg dah dibasuh..hahaha..saje aku nak tempek

5: makanan rafiq bubur nasi + carrot + kentang...Nyum Nyum..:-P



oohh..mata dah ngantuk. esok korje...caiyok caiyok..cheer up ur life rose...*urrggghhh...monday blues..i hate monday!*


Di bawah ini adalah tabiat rafiq terbaru. Semua benda nak dimasukkan dalam mulut. pastu nyot nyot isap. cam sedap je...pp ku yg menggerutu tu pon selalu jd mangsa..eehehhehe..




ok...selamat bekerja...daaa..:-)


** 18 hb suppose check up rafiq..tp kene postpone sbb hubby aku cam biasa bz mengalahkan menteri..haihhh..ari rabu baru free..sabar jelaa..huhu

Friday, January 15, 2010

Rafiq is 6 Months Old!

SubhanAllah....
Pejam celik Pejam Celik Pejam Celik *sat g kejung..ngeh ngeh* daaaa 6 bulan anak bujang ku ini
Terharunya..membesar bagai juara..

hurmm...6 months to go..rafiq become a toddler..auwww..pastu leh la plan nak ade adik rafiq kan ahahaha..*perasan la ko rose, kene tunggu 2 tahun okeh, kang terbukak lak jahitan c-ser tuh*. Tak salah kan merancang. Kita Merancang jela, Dia kat atas tu ha yg tentukan...:-)

Isnin ni check up rafiq for 6 months..nak kene cucuk lagi..euwww...ibu yg takut rafiq oi...
Aku mmg takut kene cucuk. Even masa branak ari tu mcm2 kene cucuk, wayar tu wayar ni, *Spinal bius la paling ngeri kut*. Tu sib baik tak sempat amek HepiDural..*suke2 ko je ye tukor ejaan*. Org cakap epidural sakit giler eh?? takutnyaaa...


Rafiq....

Setelah 9 bulan kita hanya bersua muka di screen monitor, bercakap2 tanpa bersua muka, bergelak ketawa bersama, Rafiq senget sana senget sini sampai sakit2 pinggang ibu. Rafiq nakal eh dalam perut ibu. Tapi time ibu ngaji, anak ibu nih pandaiii duk diam..tido gamaknye. Cedap ke suara ibu ngaji Rafiq? ehehehhe....


Minggu ke 27..Ibu telah disahkan mengalami Placenta Previa at Stage 2 (Uri di bawah) yang mana separuh Uri dah menutup jalan keluar Rafiq nanti... Darah tinggi pon ada. But still ditahap terkawal.
Doc tak benarkan ibu bawak kete, naik tanga kene slow almaklumler, umah kita masa ni ala2 mangkuk tingkat. Hehe.

Alhamdulillah, pada minggu ke 37, uri ibu dah naik balik dan harapan untuk bersalinkan rafiq secara normal hampir termakbul...
Bila dah takleh drive, abah hantar ibu pergi kerja setiap hari..Abah hanya boleh hantar sbb abah balik malam setiap hari. Pergi kerja ibu seronok sgt sbb abah hantar ibu, tapi setiap kali jam menginjak ke pukul 5 petang, ibu akan sedih, stress. Kenapa??

Sebab ibu kena naik teksi. Org2 teksi bermacam2 ragam. ada yang baik, ada yang kaki tipu. letak harga mengalahkan ibu nak ke Kapar. Rumah ke ofis 5 Km..tapi di casnya RM15. Padahal biasanya *driver teksi yg ok* meter dia hanya RM6!. Ada sekali tu, ibu dah naik teksi tu, dia tanye brapa sanggup bayar, ibu cakap biasa RM6-8..dia kate ibu tipu! dia nak RM15..bila ibu cakap takpelah, dia sanggup suruh ibu turun balik..Dengan keadaan sarat tu...*sampai hati ko ye!*
Kemudian, ada seorang driver teksi yang baik, Fazli nama dia..dia ajak ibu naik dan dalam teksi dia maki pemandu teksi td kerana tak b
erhati perut. Ibu mengandung dilayan sebegitu, bagaimana kalau anak, isteri atau saudara dia dilayan sebegitu??

Hari2 ibu sedih, menangis pon selalu sbb bila teringat driver2 teksi yang tak berhati perut. Tapi itu semua dah berlalu...Syukur ya Allah..kerana ibu dah tak perlu lalui itu semua..jika mengandung adik rafiq nanti..ibu suruh abah beli kereta auto plak. Boleh? eehehehehhehe

Rafiq....

Setelah menahan sakit hampir 11 jam selepas di beri ubat cetusan (induce) kita bersua muka. Tapi ibu tak dapat rasa sakit bersalinkan rafiq kerana rafiq dikeluarkan secara pembedahan.
jam 1.13 pagi 15 Julai 2009 takkan ibu lupa sampai mati. Owhh..aku dah jadi ibu??? itu je yg bermain dalam kepala ibu..sedih gembira..bercampur baur. sedih sbb tak dapt branak normal *hehe boley?* gembira sbb dah hadiahkan zuriat ibu sendiri untuk abah rafiq..:-)




itula..6 bulan yang lalu....kenangan manis..takkan dilupakan sampai mati. pengalaman terindah. Syukur ya Allah..kerana aku adalah dari golongan terpilih untuk bergelar seorang IBU..syukurrr....

sekarang rafiq dah mule duduk dalam walker. Hadiah umur 6 bulannya..eheh..nnti aku tempek kat sini..seronok dia..tapi bnyk mengundur ke belakang..sekali sekala masuk bawah meja..ahahah..

perkembangan rafiq akan dibuat posting akan datang. selepas check-up dia ok..:-)

jom tgk rafiq from his 1st day...Macam MJ pona ade rafiq ni. Masa kecik Golap..dah besar makin cerah lak dia..ehehe..










minggu depan baru buat posting untuk perkembangan rafiq..

ok..daaaa...:-)

Thursday, January 14, 2010

Try 'N' Error


Esok rafiq masuk 6 Bulan. Yea Huu!
dah setengah abad..eh setengah tahun dah anak ibu tu..ehehe

aku dah cuba beberapa porridge dan puri buah utk rafiq

antaranya..Bubur nasi kosong, Bubur nasi + Bayam + serbuk bilis, Puri Labu, Puri Epal, Puri Pear..

nampaknye semua rafiq leh terima..BUT ada satu sahaja yg takleh iaitu Puri Pear..Rafiq alergi on it..Badan dia naik biji2 merah..

disebabkan aku start bagi rafiq makanan tambahan selain susu aku *since susu merudum jatuh tempoh ari*..
aku buat satu satu dan dalam kuantiti yg sedikit2...
Try N Error...if takleh yg tu..aku bagi ni..if takleh yg ni..aku buat yg tu..hahah..

setakat ni...Itula menu2 yg pernah aku buat. Lepas ni bolehla aku letak carrot, kentang, ayam, brokoli, dan lain2..yg mana leh bb mkn la..n akan buat sikit sikit..kang buat banyak terbuang jugak. membazir je..tak bahek..membazir sahabat syaiton...miahahahahha

Puri Pear...ini kene dijauhkan sama sekali dari rafiq..dia alergi pada Buah pear..

Yang ini...Bubur nasi+ bayam..nak makan baru letak serbuk bilis..ini menu rafiq ari ni..

mlm td aku suap sikit, dia ok je..takde nampak naik bijik2..harap2 okla tu eh


yg aku tak snap gambor..puri labu..nnti aku buat lagi..baru aku snap..ngeh ngeh..

setakat ini, poo poo rafiq sangat ok..means, perot dia dah leh terima dengan baik la kan makanan pejal..harap2 aku leh masak selagi terdaya untuk anak aku sorang tu....

~~~ MASAK SENDIRI UNTUK ANAK ANDA ~~~

ok daa....:-)


Wednesday, January 13, 2010

Adakah Keserasian Nama menentukan Pertambahan Berat Badan Bayi?


Posting ni utk : My fren LiLy @ MuMMY Qis


aku baru je baru baca posting kat blog Lily nih..
kawan blogger..then time nak komen takleh lak..dia dah block
its just for member..


to lily..nnti jgn lupe add kita ye..leh kita komen sinun nnti..ehehhe

Yang jd nya aku tertarik nak amek tahu n buat posting ni ialah sebab aku tertanya2...

ADAKAH BERAT BADAN ANAK TIDAK NAIK DISEBABKAN OLEH NAMA TIDAK SERASI DENGAN DIA?

aku pernah terdengar dari org2 tua cakap pasal benda ni..tapi aku tak penah ambil pusing sebab org tua terlalu banyak pantang larang. mana yg ok aku ikut, mana yg tak ok aku ignore kan aje..


ade beberapa pembaca blog lily ni tidak komen di blog dia..tapi cakap2 belakang pasal ni dan komen kat blog lain yg dalam blog list lily..

aku tak pahamla..nape ade org yg sibuk2 pasal anak kita sedangkan mereka2 itu tak pernah pon jengah blog kita untuk tahu serba sedikit kondisi sebenar anak kita tu kan...

aku pernah terbaca beberapa artikel pasal Perkembangan Berat Badan Bayi. Seingat aku ianya tertulis camni:

"Pertambahan berat bayi adalah dipengaruhi oleh berapa banyak dia makan, keaktifan pencernaan, jenis makanan dan lain2."

dari apa yg aku tahu..Qis ni fully Breastfeed dan makan porridge dan makanan2 lain cam org biasa..tapi berat still di bawah yellow line.
at Age 1 year..hanya 6.6 kg.
.memangla merisaukan kan..Ibu mana yg tak risau..kita dah buat habis baik untuk anak kita. Takkan la kita nak biarkan anak kita tak makan or saje2 nak biar berat badan dia tak naik kan...

Untuk lily..
Biarla depa tu..tak rugi pon if lily buat derk je. mulut org, senang2 je cakap itu ini pasal anak kita..

Saya cadangkan..Lily pergi jumpa Pakar Kanak-kanak..Mereka lebih arif pasal ni. Berkonsultasi dengan mereka adalah lebih baik dari mendengar cakap2 belakang yang tak bes dan menjengkelkan...



Tuesday, January 12, 2010

PhotoScape

Beberapa hari lalu my real life fren n also blogger...mamaaerish n kak yan tanye aku camne aku buat / edit gambar jadi cantik tu kan..ala2 kolaj la..hehhe

aku bukan pandai sgt edit2 gambor nih..even ade basic Adobe Photoshop, tapi aku tak praktik sgt sbb kerja aku tak melibatkan benda grafik sgt...so, dah ade free software ni..mudah saje. pejam mata pon leh buat..ahahahah *melampaunye ko rose!*

aku guna ni aje..software PhotoScape
aku rasa ramai blogger guna ni..terutama the mommies..kan..hehhe

sonang sajork guna ni..
leh download dari internet and yg paling penting it is free! korang suh encik google cari Photoscape tuh..ehehe

sape2 yg belum ade tuh..cepat2..download n semua leh mudahkan keje
takyahla nak guna adobe ke ape kan..tak perlu belajar sampai kene masuk kelas bagai
godek2 skit software tu..sure leh buat..sonang!

okla..kat sini aku tunjukla skit2 cara nak guna even aku rasa semua blogger kat luar sinun leh guna software ni ngan mudahnye...


UNTUK TGK PAPARAN2 DI BAWAH DENGAN JELAS, KLIK KAT GAMBORNYE TU YEP..:-)

1) kat paparan ni....kat icon2 kecil chumil tu..korang amek yg dia tulih PAGE


2) Paparan ini akan dpt dilihat. Korang boleh pilih la design2 yg ada kat tepi belah kanan tu..untuk pilih jenis mana yg korang suke...:-)


3) Pehtu, dah pilih design yg korang berkenan tu..leh la pilih frame dia plak...mcm2 frame ada..
if korang perhatikan, atas menu Frame tu..ada menu Edit kan..ha kat situ korang leh edit sesudah pilih frame yg disukai...:-)


4) kat sini plak, korang leh edit sesuka ati ye..ade mcm2 menu kat situ..korang godek2 la..
ade Object (leh masukkan smiley, Ballon, spek mata, gambar bunga dan byk lg). Pastu korang leh la adjust contrast gambar, nak blom kan die (kabur) , nak resize ke ape ke kan..

5) ok..sesudah edit mak semua semua tu..leh la save..jgn tak save lak..kang penatttt je buek..hehehhe


ok..selamat mencuba

daaa.....:-)

Monday, January 11, 2010

Sign Board???? LOL!


Kah Kah Kah...Keh Keh Keh..Hahahahahah =))=))

adeh sakit pewot den
last 2 days dpt forwarded email from opismate nih..

dah beberapa posting sebelum ni syik sususususu ibu je kan..kisah2 sedih takde susu je kan..haa..mehla kite nengok gambor2 kelakor ni....


hhuuuuuh hhhahhahaha hiiii....uhuk!


Bahaya nih..Parking kete sini kang kene KAPAK..LOL!

Hah amek ko..dia punye kedai, suke2 dia la kan nak buke kol wape, pintu bukak tu kira waktu depa start berniaga la tuh....=))

Korang jgn salah anggap ye..kene baca botul2 dulu..baca ayat yg kocik tu..baru leh paham ape nak disampaikan..kuang2


ati2 ye..nanti kene dakwah oleh tuan tanah kedaung.....wakakakkaka

Ohoohoo..Harga Habat! pasti Habat! =))


Gullppp...telan air liur sbb byk sgt gelak.
if ade org yg tk gelak bila tgk papan2 tanda ni..
ade yg tak kena dengan anda la tuh..=))

arini 11 hb, esok 12, lusa 13, tulat 14..pastu 15 kan? yea huuu..rafiq will turn to 6 months!
owh...dah nak masuk setengah tahun anak bujangku itu.......
nak kene beli kek separuh ke ek? keh keh keh..

nak kene siapkan korje ni..
ok daaaa...

LalalalalalalaLAlalalalala......:-)


Friday, January 8, 2010

I'm in Busy Mode

::pic from google::
[Oh..aku kah itew?
hahaha..no lah. itu pompuan bnyk seksi maa..:-)
]


BBBzzzzzzzz..uih cam langau je kan bunyi dia..hehhe
dah byk ari tak buat posting
bz leh tahan ler jugek ni
semalam siapkan modul HTC 550..arini nak setelkan ECO 211..caiyok caiyok!

esok sabtu kan..n lusa ahad..
huwaaaa...kene keje! *terpaksa angkut rafiq sekali ke ofis*
students e-pjj dah start kelas..ahad ni 1st seminar.
so depa akan serbu kaunter untuk amek modul! *serbu jgn tak serbu*

ok..nnti aku free aku jenguk2 umah korang ye..muahh muahhh!

ok daa....


** kawan2..

  • susu kite dah ade..sehari pam dapat 12 oz..okla tu kan. dari takde....syukur alhamdulillah...
  • thanx atas doa dan dorongan kalian..kita dah hampir give-up!
  • aku makan mcm2 utk banyakkan susu..*makin gumukla lepas ni* lantak situ, janji susu aku ade untuk rafiq!


Tuesday, January 5, 2010

Anakku

Hari ni bz banyak la..student lama pon dah makin ramai dtg amek modul. kaunter sentiasa ada student. so taklehla nak ber lalalalala kat PC. modul yg nak disiapkan pon hengg kejap nak buat. tak senang duduk aku dibuatnya tengok geng ofis lain sibuk kat depan dan aku plak duk wat keje ngan senang lenang kat pc. huhuhu...kene tolong menolong kan..



--{@ Buah Hati Hamba @}--


jap lagi kul 1. time rehat. aku nak balik kejap lagi. nak g nyusu kan rafiq. ari ni dpt bekalkan 10 oz sahaja utk dia. susu yg aku pam ari khamis. dibekukan then mlm td dicairkan balik. sepanajang 4 hari cuti, aku bkn duk diam. ari jumaat & sabtu kat perak. ari ahad & senin kat johor. Mmg tak sempat nak pam langsung. tapi if pam pon nnti rafig merengek pulak tak puas nyusu *sigh*

aku sangat2 suka2 tengok muka rafiq time nyusukan dia. dia nampak sangat gumbira. sambil mata menatap n tenung tajam ke dalam mata aku. sambil menggaruk2 kepala *habit dari dulu sampai rambut pon tamo tumbuh kt tempat dia garuk tu*. dan juga sambil senyum2 kambing kat aku..sengih2 cam kerang busuk. huhu.

tiap kali aku nak suakan susu lembu utk dia *masa nak test susu tu ok ke tak* dan2 aku sayu. sedih. down sgt2. tapi aku gagahkan jugela nak beri. takut dia kelaparan kat umah pengasuh. if nak harapkan bubur kosong yg aku bekalkan mmg tak cukupla. lagipun, budak besar ni manela makan banyak sgt. abis2 pon 5 sudu kecik. pastu mulela buat muka berkerut2 n jelir2 lidah utk kuarkan balik mknn tuh. haihhh...

rafiq still alahan teruk pada susu lembu. takleh langsung. ari jumaat tu aku cuba bagi susu Lactogen..dan2 tu muka dia naik merah2. dan beberapa minit lepas tu muntah kuar cam air paip. itu adalah simpton2 menunjukkan budak yg alahan teruk pada susu lembu. malam td aku beli susu snow plak. tataula camne. pengasuh tu mcm nak tak nak je cuba bagi sbb rafiq akan muntah. korang tau la kan, if muntah kene lap2 segala. n bau dia..jgn cakapla kan. if muntah susu badan lain baunya, tak sekuat susu lembu. masham!

ari ni if sempat aku nak g klinik or farmasi. cari pil yg leh banyakkan susu. aku dah amek set produk shaklee (boleh tambah susu katanya) tapi tak de la banyak mana pon susu aku. ish la. mmg tu semua bergantung pada nasib la. ade org tu sesuai ngan produk ni. dan aku plak nampknye tak de kesan sgt. :-(

oh ya. pagi tadi kul 11 aku pam dapat 11 oz..alhamdulillah. aku think positif...

susu aku ade..cukup utk rafiq!..susu aku ade..cukup utk rafiq!

tula ayat selalu duk main dalam kepala aku since 2 3 ari nih..so aku keep bf rafiq tanpa jemu. dia tido pon aku angkat suakan kat mulut dia suh minum. aku harap, dengan bagi susu sekerap mungkin akan dpt rangsang balik susu aku.

Semoga doa aku setiap hari utk susukan rafiq hingga 2 tahun diterima Allah...amin....yarrabal alamin...

ok..daaa...:-)

** aku rasa, faktor terbesar susu merudum sejak last week adalah sbb nak period. ari sabtu dia mai menyerang askar2 jepun tu..uhuhuhu..

Monday, January 4, 2010

Pembuka Tirai 2010..

Salam semua..:-)

1st posting for 2010 dari aku. har har. *tertinggal gerabak ketapi sokmo*

Ari ni ari Senin dan 1st day keje untuk tahun 2010. hehe.

Aku? hehe. Aku diberi cuti khas. kah kah kah..takdela, as mentioned in my last posting aku terpaksa bercuti kan. pengasuh apply cuti meh. nak anta anak skolah masuk darjah satu...

Aku kat JB ni. Stay kat Grand Paragon Hotel. okla hotel ni. tv flat screen tak tahan tu. hotel baru ler katekan. semua baru la kan..lagipun leh jimat space..:-)

Dah bnyk hari tak berblog. sini ade wireless. laju gile. bknnye terkedek2 cam celom berukbeng aku tu kan. huhu. *terkedek2 celcom berukbeng tu pon msa lam kete pon leh online td. hehe*

nak cite macam2 la..leh tak? hehe.

aku masih tercari2 susu formula yang sesuai ngan rafiq. mamex gold yg anti regirgutasi tu rafiq tak nak. dimuntahkannya balik. pastu naik biji2 skit. tapi takla seteruk susu yg sebelum ni sampai abis telinga ke badan sekali gatal2 kan..

aku buntu la kejap kan. keciwa pon ada. dalam dilema. argghhh!!
rafiq taknak susu lain. tapi aku nak wat lagu mana.

aku bertambah stress bila tgk2 susu formula kat tinnya tulih

"susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi"

Gulllpppp!!!!! *terkedu cam pucuk mengkudu*

nampak gayanya lepas ni, tengah hari aku kena balik nyusukan rafiq. tu jela kot jalan penyelesaiannya. ermm............*blurr*

sejak susu kurang, aku start bagi rafiq bubur nasi kosong *sampai hangus2 bubur dimasak*. selain try susu2 formula. kut2 sesuai kan. dahla semua susu aku try. 4 jenis setakat ni (mamex gold biasa, mamex Gold anti regurgitasi, Lactogen, Isomil) semuanya tak menjadi, ditambah pulak rafiq ada masalah nak membuang. Dah 3 ari menyimpan. perut dia cam boncit. aku ketuk2 ade bunyi cam kembung. syik kentut je. bau masyaAllah jgn cakapla..hahahahaha..

so khamis malam tu, before balik perak we decided to pegi klinik. doc cakap, dah nak start bagi susu formula mmgla camtu. if bagi dari awal takde masalah. dh masuk 5 bulan payahla skit bb nak terima..*ko tak tahu ke doc, susu ibu terbaik. sbb tu aku tamo bagi dari dulu. dah susu aku kurang ni la baru aku nak bagi FM. sekeh pale kang*.

doc tu bagi ubat yg masuk kat Bunnn *tut cumel rafiq*. tak sampai beberapa minit, rafiq gelisah resah. senget2 buntut dia. ke kiri. ke kanan. lucu sunggoh. cepat giler bertindak ubat tu. pastu ade bau la..hahah..mmg bnykla. sampai bocor. *if ko seorang ibu n geli baca ayat td..ko mmg ade masalah la tu*

dan kemudian..aku balik dengan girangnye sbb rafiq dah membuang *aku lak yg rasa hazab*. then pegi makan2..bes2..

Ermmmm...

Esok korje..arggghhh..dah 4 ari ngan rafiq ni..rasa tamo berpisah je. hehe. dahla minggu ni jumaat terakhir yg cuti deret 4 minggu nih. syok giler kan. *udoh2le tu rose...*

jom tgk kerenah si rafiq..*dan ibu rafiq ngeh ngeh ngeh*


Muke budak dah 3 ari tak membuang. kui kui

ni plak terlebey eksen. nok duduk sokmo. suka tu leh duduk. tapi kejap2 jela aku dudukkan. nak lepas gian si rafiq ni aje. hehe
masa ni on d way to JB..singgah hentian ape ntah..untuk mandikan dia.

Ngah tunggu budak room service anto makanan. hubby dah pegi discussion. takkan aku nak turun makan sorang2 kan.huhu..
*sesi abiskan duit laki*

okla..dah abis kot blog walking utk ari ni..hehe.

daa....:-)