Sunday, February 28, 2010

4 cite dalam 1

Salam Maal Hijrah..

Baru ni ade masa nak update blog. Rafiq sekarang dah pandai jeles ngan aku if aku guna lappy. Dia cam ngamuk2. Aduhai..pastu bila aku bagi lappy ni..terus muka gumbira. Haih..budak2 zaman IT..inila bahananya..Dia tgk lappy dengan penuh minat!!

Cuti 3 ari korang tak g memaner ke? ermm..Semalam tak g mana..hubby keje. Ape ke pesen ntah company dia tu..cuti umum cenginih kene keje. Tapi takpelah, aku no hal. Sebab ari jumaat tu adalah Hari malas sedunia utk aku. Semua benda aku malas nak wat. Sib baik aku ade effort nak pam susu..uhuh..Dapatla jugak 6 Oz..sikit kan? takpela, janji ada stock!


Ape kebender nye 4 cite dalam 1 tu? mohler kite nengok..

Besday Ida & Cik Ding


Bulan ni ada 2 org staf @ ofismate aku jatuh on february. So, beli kek utk sambut besday depa berdua. kami buat ari khamis baru ni. Ini adalah sekali ngan majlis perpisahan utk ida sbb tukar department..haih..tinggal akak sorang2 la staf pompuan sini ida..bos aku pompuan gak, tapi tu tak dikira la kan..ehehe sure aku boring tahap gaban. mintak2la staf ganti dia nnti pon pompuan. if tak..mati kutula aku!


Makan2 @ Burger King


Kat shah alam ni, ade satu beger king baru bukak. Tapi takdela baru sgt. Cuma aku ni je yg ketinggalan grabak. Laa ni baru nak p makan. Teringin la plak. zamn2 bercinto dulu adela p mkn beger ni. uhuhuh..Malam jumaat kami pegi sini. Memula takde org..pastu mak aih..boleh tahanla ramai umat!


Kenduri kawen kawan hubby

Ini kawan hubby yg dah lama tak jumpe. Kendurinya siang tadi kat Dewan ape ntah kat bukit jelutong. Kami sampai dah lewat. Majlis dah nak abis. Makann pon tinggal saki baki. uhuh..Tapi nasi dia mabeles!


Jalan2 @ putrajaya


Balik dari kenduri kawen, kami singgah sini. Sajela jln2 amek angin. Tapi skang ni cuaca bapakla paneh..amek gambar pon cam curi2 je...then cepat2 masuk kete. Takutla rafiq ni demam ka apa..sbb panas betul! El Nino ka ni?? huhu


okla, ni je kot. Sajela nak tempek xtvt aku spanjang cuti. Utk diabadikan dlm blog aku ni. hehehe..sok2 leh tgk blik...:-)


Ini gambar selingan. Budak yg dh pandai nak tekan2 keyboard. pantang tgk laptop, combat terus nak dptkan nya...uuhhuu


ok..selamat berhujung minggu...:-)

Thursday, February 25, 2010

Cara Menambahkan / Mengekalkan Susu Badan

Salam.

Ist of all..aku buat posting ni atas permintaan Raihan yg baru je dapat bb gurl Alia Kaiyisah yg sgt cute..tahniah again on ur newborn ye..:-)

As mentioned before, aku bukannla seorang ibu yang dikurniakan Allah susu badan yang melimpah ruah. Memandangkan niat dah dipasang sejak mengandungkan rafiq lagi untuk menyusukan rafiq dengan air susu aku. Banyak ruangan forum, blog & pengalaman2 org yg aku kutip untuk dijadikan panduan agar niat murni aku tu tercapai..Disamping tu aku tak putus2 doa agar susu aku ada untuk anak yg aku kandungkan tu..

Perjalanan untuk menyusukan RafiQ tak semudah yang disangka ye..Mcm2 halangan aku dah lalui sepanjang 6 bulan pertama. Boleh lihat kat posting aku under Label Breasfeeding kat tepi tuu....Menangis berendam air mata jgn cakapla kan. Tengah pam menangis sbb pam2 susu kuar sikit. Anak isap tak puas & menangis sbb tak kenyang. Aku juga turut menangis. Then pengalaman di awal kelahiran RafiQ yang mana susu takde..hari ke-3 baru ada & betapa sakitnya breast aku masa tu..tiap kali RafiQ menyusu tiap kali itu aku rasa nips aku seperti dihiris2 dengan pisau, air mata?? jgn ditanya. Hanya mak & suami aku yg tahu camne keadaan aku masa tu. Sambil menyusu sambil pegang tangan suami aku sbb aku tak tahan sakitnya... masyaAllah...thanx abang..on ur support..:-)

Kepada ibu2 muda *termasuk aku*, jgnla set dalam kepala korang "Susu Takde!!" Tolong ya. Masing2 akan dapat rezeki masing2 dari Allah, cuma banyak atau sikit.. Macam aku, Allah dah kurniakan susu ada, cuma aku kene berusaha sendiri untuk menambah/banyakkannya dari hari ke hari..if Niat kita baik..insyaallah..Allah tolong. Dia kan maha menolong & mendengar. Mintala padaNya..

Ok..panjang plak melalut aku. Eheee..bukan melalut, tapi nasihat...tak salah ingat mengigat kan..:-)

Ok2, dalam posting ni aku akan kongsi camna cara aku kekalkan susu badan aku. Aku dah setkan beberapa Fasa dalam perjalanan menyusukan RafiQ hingga 2 tahun..InsyaAllah..Fasa satu dah berjaya, semoga Fasa2 yg lain aku akan harungi dengan jayanya..Amin ya rabbal alamin...


#1: Alpha Lipid


Ini adalah bukannya hanya nak menambahkan susu aku. Tapi lebih kepada untuk menghasilkan susu yang berkualiti & berkhasiat. tapi jgn salah anggap ye, susu yang dihasilkan tanpa amek apa2 supplement pon aku rasa dah cukup berkhasiat & cukup segala zat2nya..cuma pada pandangan aku, if amek supplement camni akan meningkatkan lagi kualitinya..so, jgnla plak pergi berduyun2 beli benda alah ni..huhu


#2 : Horlicks


Setiap pagi, masa breakfast aku akan ambil horlicks. selain menambahkan susu, ianya dapat memekatkan susu. tak percaya? cubala. Susu yg anda pam akan jd mcm kaler air horlicks..wekekek..tapi if tak pekat, jgn lak cakap aku tipu. Inikan ikut cara & pengalaman aku..hehe


#3: Supplement (Shaklee)


Untuk Pengetahuan korang, Produk ni aku dah makan sejak anak dara lagi then sambung lagi masa mengandungkan rafiq & seterusnya mengekalkannya hingga hari ini. Cuma aku tambah satu lagi benda utk boost lagi susu aku iaitu Alfalfa..
aku akan buat satu posting khas untuk ceritakan kebaikan produk ini nnti..:-)


#4 : Kurma
(yusuf taiyoob safia adalah feveret aku)


Skang ni mcm2 kurma ade kat pasaran. Buah Kurma mmg dah diperakui tentang khasiat2nya. Selain banykkan susu, ia boleh memekatkan susu aku. If makan banyak kurma..lagi bagus..ianya kan bagus untuk otak..


#5 : Susu Anmum Lacta


Sebelum tido, aku akan minum segelas anmum *dalam cawan plastik kegemaran ku ini..:-)*


#6: Biskut Berasaskan Oat & Minuman berOat



setakat ni feveret aku ialah Munchy's Oat Krunch. Bes oo..Aku amek ni antara waktu nak mengepam & selepas mengempam. Kul 10 & kul 4 petang ngan segelas air Nexvita 3 in 1 oat tu. terbaek wook!



#7 : Milk Booster


ini adalah pilihan aku yang terakhir. Aku amek domperidone ni time gawat. Macam sekarang, susu dah merudum byk, so aku amek 1 biji sehari. Bila dah stable balik aku stop la makan.

BUT PERLU DIINGATKAN, MENYUSU ANAK SEKERAP YANG MUNGKIN AKAN MENINGKATKAN KUANTITI SUSU SECARA SEMULAJADI. JANGAN TERLALU BERGANTUNG KEPADA BOOSTER2 YG ADE DIPASARAN.


#8: Sayur2


Sayur2 yg aku selalu makan samaada masak air/bening, masak lemak/ goreng pon sodap ialah:

  • Bayam (feveret)
  • Lobak putih (tak cedap)
  • Petola bulat
  • Ulam2an (tenggek burung, pegaga, Jantung pisang rebus etc)

#9: Air kosong & Air Suam

Sebelum pam minum air suam. Lepas pam pon minum. Waktu2 antara nya pon minum air suam..Dulu aku tak suka air suam. Tapi skang air suam adalah teman aku. *cube korang kira ade berapa perkataan SUAM* agagagaga




Ini adalah stock susu aku yang aku ade Last 2 weeks iaitu sebelum askar jepun menyerang. skang dah abes. pagi tadi last 3 oz yg aku bekal utk rafiq.
Lepas ni, if susu aku dah meriah balik, aku akan pam sikit2...
aku bukan tak nak pam malam2, if aku pam rafiq cam merengek sbb dia makin kuat nyusu skang nih..dah pandai MENGAMUK! haiihhhh..itula dianye..anak bujang aku.



Ok..itu jela setakat mana aku duk amalkan. If korang ade ape2 lagi rahsia nak di kongsi, mehla kabo kat teman. Teman suker...:-D

aku ni takdela byk benor pantang larangnye dalam makan2. Tapi aku tak makan benda2 beragin cam air teh, kopi, nescafe, sayur2 'sejuk' kate org tua yg leh lemaukan aku.

pastu air bergas n air batu even org cakap takleh minum langsung aku rembat juge sekali sekala sebab tak tahan weh godaan syaiton bertanduk time musim paneh camni..bess nyee ais! *bes nye ABC* uhuhuhuhu

APE JUA YG KITA LAKUKAN, JGN LUPE UNTUK BERDOA N BERDOA AGAR SUSU KITA SENTIASA ADA & BERTAMBAH...MINTA PADA ALLAH..ITU PAAALING PENTING!

ok..daaa...:-)


Wednesday, February 24, 2010

Apa yang aku Pantang?

Amaran: ini adalah posting merapu. If tak nak baca pon takpe. ngeh ngeh.

Aku pantang banyak benda. Tapi ni bukan pantang makan ke ape. *sebab aku rembat semua benda..hahahha...*Tp pantang dengan benda2 yg org2 disekeliling aku buat.

1)Cerita Pasal Keburukan Suami

Berbulu weh if dengar org cite2 pasal keburukan laki2 depa. Aku just senyum. Seingat aku, aku akan cite benda2 baik je pasal laki aku. Benda buruk biar aku sorang je tahu. Dah namanye manusia. Takkan terlepas buat/ada perangai pelik/tak sedap pd kita. tak semua org perfect!

Adela sorang hamba Allah tu, asyik2 cite pasal keburukan laki dia. Haiihh..buruk sgt ke laki ko?? Aku tak kisah kongsi2 benda ni sekiranya dengan akak2 aku. Depa bercerita thats it la kan, stop kat situ. Ni tak, dia ni bercerita mak aihhh...lupe la semua benda dia duk citer adalah LAKI DIA. bak kate org, syurga dibawah telapak kaki suami bila dah kawen nih! Mak dah jatuh no.2. Hurmm..aku rasa nak basuh je dia tu. Tapi sebab dia lagi tua dari aku..aku just cakap camni

"Eermm..sy rasa tak manisla bercerita pasal suami kita selalu kat org lain. Lagipun, itula suami kita. Baik dia, Buruk dia, Wangi Dia, Busuk Dia...tu semua dah kita yang pilih..Terima jela seadanya. dah itu jodoh kita...."

Akak tu...just say..ERK. *sabau jela*


2) Dah selalu wat baik kat dia, sekali kita say NO, terus tarik muka

Aku takdela selalu sangat menolong org. Tapi adela jugak sekali sekala wat amal jariah. Bila dah selalu say YES bila diminta tolong, once kita say NO mak aihh...habis semua jd tak tentu hala. Sampai takmo bertegur sapa. Hey come on la..Ko ade ke tolong aku selalu?? adela kot sekali kot..tu pun ntah ko ikhlas ke idak!

Suami aku selalu pesan kat aku, if buat baik berpada2..betul la kate dia tu..If buat baik semua org nak kat kita, once buat tak baik *padahal tolak pertolongan je pon* terus kita dilihat as enemy! ngok la ko!

suami aku cakap, bila buat baik org akan ingat kita, but sekali wat taik akan dicemuh bila2..betul betul betul..*en suami aku adalah tuan penasihat aku yg terbaik wook*

aku tak tolong tu adela sebab tertentu..haiiihhh..sabar jela mak noks!

3) Cakap besar/mcm dialah terbaik

cakap besar nak mampos. Aku ade ramai kwn camni. Aduhai. Semua2 terbaik la. Anak dia terbaik, anak dia comel, anak dia bijak. uhuhuh..*kecik2 dah tahu ke budak tu cerdik ke idak? kot2 skolah sok takdela bijak sgt* ..
Pada aku semua bb comel. ade ke bb buruk? bb kucing pon comel tau! org lain pon ade bb. tapi takdela menunjuk2 cam ko tu. haihhh...

org lain pon ade anak. tapi tak perlu la menonjolkan anak ko tu sampai camtu sekali...

aku ari ni rasa nak makan org je. tataula nape! haiihhh...
tu yg wat posting merapu n lepas geram je GRRRRRRRrrrr....


okla. tata.

Tuesday, February 23, 2010

Norasakri Shoppe Giveaway





Ari ni aku nak join giveaway plak. tgk adiah dia bes la. Cloth Diaper.
Wehoo..benda free..harus di GRABBB...agagagagaga


Sempena ulangtahun perkahwinan Penganjur yang ke-2, mereka anjurkan giveaway ini..

If kalian nak masuk, leh la klik SINI

tarikh tutup: 1 MAC 2010

Monday, February 22, 2010

Abang Botak Buat Ape tu??

salam semua

ada benda lain nak update, tapi aku update ini dulula sbb tak perlu perah otak nak pikir2 bagai ape nak ditaip..mohler tgk gelagat abg botak aku tuh..

Weekend baru ni kami balik ke perak jenguk MIL..

Masa nak balik ke shah alam, tergelak aku tgk gelagat abg botak aku tu. Terus amek kamera utk snap2..

Kan main lagi skang, pantang tengok stereng kete, mata bolat n tajam je mandang stereng. Kdg2 terkeluar air liuq..uhuhu..

DSCN4173 DSCN4174

Masa aku tgk dari luar kete ni la buat aku tertanya2..apekebender yg dia duk ralit sgt tu..dari jauh dah nmpk kepala botak dia...

*
*
*
*
*
*
*
*
*

117NIKON

Ni ha bendenya..wekkekek...alahai..beranganla tu!


aku agak bz meh ari ni..tapi sib baikla sempatla nak jenguk2 umah kengkawan. Petang camni ha baru sempat nak update. lahai.....

ok..daa...:-)

Friday, February 19, 2010

i-City Shah Alam


Salam,

Chinese New Year baru2 ni korang pegi mana? Kami bertiga-tiga pergi mcm2 tempat. Salah satunya i-city ni la. Dah lama nampak lawa je terang berderang dari apartment kami tinggal. Tapi tak pernah sampai ke tempatnya. Malamnya CNY tu..kami ke sana. Lepas magrib kami ke sana. Ingatkan takde org. Rupa2nya..Bapaklaaaa ramai manusia. MasyaAllah..cam tak caya tempat tu lawa kanmain. Penuh ngah cahaya2 lampu…Mcm dalam syorga je rasa. Hehe.

Ini adalah port baru utk lepak2 kat shah alam ni. Siang tak lawa. Malam lawa giler. Actually tempat ni baru je bukak secara rasmi nya. Masa sambutan new year ari tu adalah acara bunga api. Kami tak p pon. Tengok dari umah je. 27 Hb ni ada sambutan Cap Go Meh sempena hari ke-15 sambutan CNY. Ada mcm2 acara tertulis kat Banner tergantung kat jalan2 area umah aku. Ade acara bunga api lagi. Sure bes giler leh tgk dari umah. Aku nak kesana takde maknanya. Mesti pack giler ngan kete. huhuhu…

If korang yang duk mana2 tu area KL ke, Klang ke..Mehler turun sini malam..tempat ni bukak sampai kol 12 malam kot. Aku tak sure sgt. If rasa nak bergambar lawa2 ala2 oversea leh la mai sini. Free je masuk.

Okla..ni la gambar2 yg sempat kami snap. Tu pun nak cepat2 sbb ujan mau turun….:-D

icity1

icity2

icity3

icity4

okla..daaa….:-)


Notanoti:: aku 1st time buat gambor2 besor nih..Thanx to Lily@MOmmy qis ajar aku buat..eheheh..mmg berguna ilmu ni..puas aku ati aku gambor besor! Kah kah Kah

Thursday, February 18, 2010

Perkembangan RafiQ



Hari ni check-up rafiq utk 7 Bulan punyer..

takde cucuk. So, takdela dengar suara rafiq menyanyi. hehhe. Alhamdulillah, Dr Amdan (paed feveret aku) cakap perkembangan rafiq adalah sangat bagus utk bb berumur 7 bulan. Semua perkembangan yg perlu ada pada Baby umur 7 bulan, rafiq ada. Syukur..cuma satu je rafiq takde..Merangkak...wekekke..rafiq kan lmbt skit nak meniarap, tula byk benda lmbt skit. takpela, janji anak ibu sihat..:-)

Dr Amdan buat beberapa observation termasuk:


1) Suruh rafiq pegang mainan yg diberi pada sebelah tangan kanan, rafiq capai. Then bagi sebelah kiri rafiq capai juga. Then rafiq alihkan mainan dari tangan kanan ke kiri dengan baik. Doc cakap..Gud!


2) Suluh lampu kecil ke arah mata rafiq then alih2kan cahaya tu. Mata rafiq melilau cari cahaya tu. Means, mata dia dah leh alert dgn cahaya yg bergerak/benda2 yg bergerak dengan baik.


3) Usual check-up, sambil baringkan rafiq dengar degup jantung, ketuk2 lutut skit nak tgk reflection dia, tekan2 perut rafiq n ape lagi ntah aku pon tatau. Doc sorang je tau..eheheheh..


Setakat ni..aku puas atila ngan perkembangan rafiq utk bulan ni... Semoga untuk bulan2 yg akan datang, perkembangan rafiq akan terus maju & bagus..amin...


kat Depan klinik Pakar Pediatrik Adek kat seksyen 9, Shah alam.


:: berat terkini rafiq ialah 8.8 KG. Wow. Patutla rasa sakit belakang aku masa balik ke terengganu ari tu. Bayangkan, kene kendong dia sepanjang masa. If abah dia ade leh gilir2...

:: Pempes guna size L. If CD setting saiz M. Nak pakaikan dia pempes mak aihh..susah giler. .berpusing cam karipap pusing. rasa nak tampor2 je bontot tuh.kena bagi menan. tu pun kdg2 tak berkenan dia baling n nak menan yg dia berkenan..haihhh..

:: Makin kuat makan. If bagi bubur satu bekas kecil dadih tu dulu tak abis. Skang tak cukup pulak! If bagi nestum, bancuh 3 sudu besar pon leh abis. (rafiq tak kuat makan sgt sbb susu ibu dah buat dia kenyang!)

::Ngan pengasuh, rafiq minum 4 botol x 3 oz & 1 botol 2 oz = 14Oz (kdg2 tak abis pon)

:: Makin kuat main. Semua benda nak tarik. Nak punggah. Kdg2 Play Gym dia yg gantung2 tu pon dia baling. Haihhh.....ganazzzz nih!

::dah pandai menangis merengek2 if aku tinggalkan kat pengasuh. Dah kenal aku. Bangga weh. ehehhehe

:: Makin terer rolling. Tengok2 satu katil dia dah jelajah. Dari kiri ke kanan. Kanan ke kiri. Suka main ngan bantal busuk dia. takde toy lain pon takpe. Janji ade bantal kecik tu...pastu gelak sorang2 ateh katil..wekekkekeke

::rafiq dah tido dalam katil sendiri. nnti aku upload gmbor dia yg seronot tuh!

:: Rafiq suka mandi sambil duduk dalam besen dia n tepuk2 air. If dirikan pon boleh juga tapi bahaya kang dia sambar semua benda. Kang terjelepuk dalam bilik air jugak budak tu..

ermm..boy will be boy! agak susah nak handle. Tapi itula anak bujang trang tang tang aku skang. Busuk masham semua wangi pada aku. kentut dia pon wangi.LOL!

itula jela kot. ermm..eh ke ade lagi?


Rafiq bergaya ngan baju aku beli online. har Har har..Pastu ade snow cap kawan abah dia pergi Liverpool ari tuh. Matching la ngan kaler tu...eheheh..

okla ...daaa....-)

Wednesday, February 17, 2010

Nuffnang Charity Project - Baby Ammar


..::: Entry ni melekat sampai tengah malam 17 Februari 2010 :::..




Salam

Hari ini tergerak hati untuk sama2 menyahut seruan kita sesama insan untuk tolong menolong org lain yang memerlukan. Aku nak panjangkan Kempen ini.

Untuk keterangan Lanjut lihat sini : Nuffnang

1. Enable ‘Show Charity Ads in your Blog Manager preferences for the duration of this fundraiser. You will not be paid for displaying the ads, but the ads will greatly help to promote this cause to more people who might be willing to do something for Baby Ammar.

2. Blog about Baby Ammar’s condition, and include a link to this Nuffnang blog post so that your readers will know where to go for more information. Again, this will also do a great service to Baby Ammar by spreading the word about his condition.

3. Make a donation to Azmaniza Mohamad Kamal – 514093114912 (Maybank). Every little bit helps, so please do contribute any amount you can.



Untuk melihat/ tahu lebih lanjut/luahan rasa oleh Si Ibu tentang Adik Ammar ni leh Lihat sini :

Mommy Ammar (Puan Asmaniza - Ammar oh Ammar).

Adik ammar memerlukan deposit RM12k dan lebih kurang RM20k untuk kos keseluruhan pembedahan yg akan dijadualkan pada 22/2/2010 ini.



Ouchh..tentu sakit kan. Kita yg lihat dah rasa sakitnya, apa lagi utk adik ammar kan. Ammar baru berusia 2 tahun cukup kecil untuk menanggung penyakit yang dialami sekarang iaitu PDA (Patent Ductus Arteriosus)- melibatkan jantung (Klik sini for details)


aku dah lakukan tanggungjawab aku..korang bila lagi? mohler kita sama2 sumbangkan bantuan utk adik ammar. If tak banyak, sikit pon dah memadai. Sikit2, lama2 jd bukit..

Semoga Dana ini dapat dikumpulkan sebelum Tarikh pembedahannya..Kos2 selepas pembedahan juga perlu difikirkan kan..so, dengan bantuan kita yg tak seberapa ni leh ringankan beban keluarga Ammar.

Semoga segalanya berjalan Lancar dan dipermudahkan olehNya..Amin..

Monday, February 15, 2010

Rafiq is 7 months old!




Rafiq dah masuk 7 bulan ari ni. How times flies. Dah besar & panjang anak aku. kui kui.
Sedar tak sedar, bila menyusu dia dan riba..terasa sgt rafiq dah panjang. 7 Bulan yang lalu, teramatla fragile ini budak. Ermm...

Bulan ni check up as usual. Tapi takde cucuk. Tu yg buat den rasa lega skit. tak sanggup nak tgk rafiq kene cucuk..uhuhu

Lepas check up utk 7 bulan nnti aku akan buat perkembangan dia kat sini..

Ermm...Rabu ni dah keje ek. Alaaa...rasa cam malas giler nak g keje weh. Besnya ari2 timang rafiq. Cuti seminggu..inila bahananya. Penyakit M melanda.

Penyakit Malas nak update blog pon tengah melanda ni. Nak jenguk umah kawan ponnn tak jadi2..

esok dah masuk keje baru aku jengah umah korang ye. Beruk band tau2 la kan. Tak selaju tenet kat opis. eeehhehehe..

:-)

Sunday, February 14, 2010

Trip to Terengganu


Salam N Hepi Chinese New Year kepada yg menyambutnya. Tak terlambat lagi kan nak wish. Almaklumler tak berblog sepanjang cuti. Lupe nak wish arituh. Sonot sgt nok balik ganu, semua benda lupe..ahahahah..

Aku yakin, sure ramai jugok yg ade kat kampung skang ni. Yg keje gomen lagila coti sampai selasa. Huihh..meriah!

Ramai org pelik nape aku balik awal sgt sedangkan cuti sampai selasa. Hehe. Sian kat hubby aku la. Sorang2. Plak tu rindu ngan anak bujang dia tu *kat omaknye rindu gak, tp dah jatuh no.2 la tu kan* uhuhuhu

Seronoknye balik ganu..Hoho. Mane lagi la tempat yg paling bes if bukan kampung sendiri kan..:-)

Banyak plan tak menjadi sebab Kakak aku yg duk kat kelate tu, semalam baru balik. Abg ipar kene standby last minute. terpaksala tunda utk balik kg. Haihh..*sigh*

Aku balik ke shah alam pagi tadi. Seronok juge berpisah sekejap ngan hubby, nak jumpa kat epot tadi rasa cam dah berbulan tak jumpe..rindu..wekekkeke..*sila muntah baca statement ini iye*

Mohler tgk gambor. Den tak larat dah ni. Nak titon dah. Kepala ting tong ting tong..ngeh ngeh

Alhamdulillah, masa pegi & balik rafiq sgt2 behaved. Ni 1st time travel tanpe suami. Gabra jugakla. Tapi wat2 tak gabra. Ni on d way balik ke terengganu. Ralit rafiq main ngan beg mabuk udara..huhuhu. If tak bagi menan camtu dia sibuk nak rengek2.

sepanjang kat kg, rafiq berCD. ramaila makcik2 aku duk cakap jimatla jimatlah. Sebab CD ni mengimbau kembali zaman dulu kala. Dolu2 kan mane ade Lampin pakai buang. Semua guna lampin kain yg ikat plastik getah tu. hehehhe..Depa agak kagum sbb benda ni dah dimodenkan & hampir sama rupa ngan DD.

Alamak. Abg botak dah dibotakkan lagi. hehehe..Boboy kan, nak wat pe rambut panjang2. bukan leh toncang pon..:-D. Akak aku yg baru balik dari kelantan semalam terus dan2 tu membotakkan rafiq..
yg kelakar tu, leh lak dia gelak2 bila kepala dia kena mesin. Mesin tu kan if kene kat kulit kepala rasa vibrate dia..tu dia geli geli tu..eehhehhe

Lepas membotakkan rafiq, akak aku&abg ipar siap2 utk wat kuah laksa& laksam. bahan2 depa dah bawak dari kelantan. sampai terengganu just potong2 & masak ape yg perlu je. Rasa dia??? Pergghhh..mabeles! Pekat, likat kuah dia..tak mcm yg juai kat sini..ceroi kate org kedah..cam air pon ade!

Memandangkan semalam last day aku kat kg..aku amek peluang yg ade ke Pantai Batu Burok. Sonok rafiq tgk laut..sambil2 tgk org main layang2. skang ni musim berangin. so, sesuai sgtla nak main layang2 or wau.



Ni gambar tadi..Syukur sgt2 sbb rafiq tidooo sepanjang penerbangan. Risau gak kan..manela tau kang dia mengamuk ke ape..ehehhe...sampai la Subang dia tido...gud gud..:-)


Lepas amek kami kat epot, kami terus g jalan2...
Tengokla muka rafiq yg makan Heinz epal tu..berkerut2..nila 1st and last aku bagi makan benda alah ni kat anak aku. Sian dia, masam weh. huhuhu..tataula plak aku benda tu masam camtu sekali...Haihh..aku tak sempat nak masak bubur rafiq. So, aku beli jela makann dalam botol tu..mmg tak bagusla...hurmmmm...sian boboy ibu..

n gambar last tu..ape lagi..tidola keje dia..penat mengalahkan org travel ke terengganu naik kete je romannye hheheeheh....



okla..tu jela cite aku pasal trip balik kg aku yg tak berapa bes ni..sbb byk plan tak menjadi...huhuhuhuhuhuhu..sedih la jugekk..tapi nak wat camne. kita rancang...Tuhan tentukan..:-)


okla..nak tido dah..daa...:-)

Wednesday, February 10, 2010

I'm Away...


Ku ingin terbang tinggi di awan
Bersama bintang bersama bulan

Ku ingin genggam sang mentari

Ku ingin bermain di tepi pelangi

Tuesday, February 9, 2010

Jom Gelak sama2..

Owhh..penatnye kepala otak aku. Syik tgk PC je duk format modul.
Then bukak email..dapat lagi gambor2 kelakar. Ape lagi. Mengigil2 badan aku gelak...cam gelak vibrate la kan..Lucu juga ye. eheheh

Email ni aku dapat dari Cik Ding. my Ofismate..









LOL!
=))=))

if korang tak nak gelak pon takpela..at least bagila gelak vibrate..
takpun bagi senyum kambing ke..

okla
nak balik dah..

daa...:-)

XoXo!

Agel


Hari ni dapat kiriman dari rakan blogger aku, Jaja Plug. Tempoh hari kan rafiq asyik tak sihat & hampir2 dapat asma..Jaja ngan baik hatinye sedekahkan berikan rafiq Agel secara percuma *kira free trial la ni* heheh..if org tgk rafiq serasi, leh la beli dari Jaja..insyaallah...:-)

Aku tak tahu sgt camno nak guna benda alah nih.

ingatkan mek jaja ni bagi satu je..alih2 ade 4 peket. amek ko..mahal jugek pemberian ni..

macam bes je..ade perisa anggur & epal hijau..sllurrrppp *rafiq, bagi ibu sket eh* wekkekekek

if korang nak tahu lebih lanjut pasal produk ni..leh la jenguk2 sini...

AGEL @ JAJA PLUG

Saiz dia kocik comel je..sekali minum la ni kot eh..ehehhe



*Jaja..nanti ajar eh..thanx bagi free kat rafiq..oh ya, Pos express tu kan, dia tulih jaja pos 2/2..tapi ari ni baru sampai. sabar jela kan..hikhikhik

semoga Allah murahkan rezeki kamu..:-D



Monday, February 8, 2010

Sakitnya...

Hari ni mood aku agak kureng

keje masih byk nak buat

aku hanya ada masa ari ni n esok sajork

lusa dah kat ganu *wink*

ermmm......

Breast belah kanan aku bengkak..sakit!

terasa seperti dalam pantang tempoh ari. Di minggu pertama selepas melahirkan rafiq. Sungguh sakit!

Ouchh...teringat saat2 menyiksakan itu

dan ianya berulang kembali

pam2 susu takmo kuar

ada kawan2 ku cakap..maybe tersumbat..pegila urut!

pagi ni hanya dapat pam 4 Oz

:-(( im crying..

ngah ari ni nak g urut. Ngan Along. Dia pandai urut. harap2 petang ni aku dapat pam at least 10 Oz for bekal rafiq utk esok. if tak..kena korek lagi stok beku..haiihhh..



Ya Allah..sungguh banyak dugaan yang Kau berikan untuk aku sepanjang Menyusukan annakku...Sungguh aku redha..segala yang Kau berikan ini adalah petunjuk & arah agar aku tidak akan putus asa untuk terus menyusukan rafiq selagi termampu..

Permudahkan segalanya ya Allah..Amin...


*** sori kawan2..aku tak dpt terjah semua blog korang ari ni..nnti aku jenguk k..mlm ni ke..ermm..

Friday, February 5, 2010

RafiQ & Abah

Ahad baru ni..Selepas balik beli Cloth Diaper kat KL ari tu..sambung misi pegi cari baju rafiq plak. kami terus ke Jusco Bukit Raja sbb dekat giler ngan umah..

Byk baju dah tak muek. Kene beli saiz
L plak baju2 tidonye. Yg jd pilihan of koz la Tollyjoy..Aku suka sbb tak mahal sgt & fit ngan rafiq. If baju jalan2..aku prefer Baby Kiko & Annaku..

Sepanjang shopping biasanya aku takde masalah. Sebab ade pengasuh setia ngan aku..sape lagi..Abah rafiq la..mueehhehe..

jom tengok gelagat depa..:-)

Lepas makan kat foodcourt..ke reject shop. Hubby aku kan big size..kat kedai ni byk baju saiz besar2..:-)
(korang perasan tak, abah rafiq pakai selipar jepun je..sila gelak guling2...ahahhah)

laki aku memang sempoi nokss..aku pon tak kisah..peduli hape org len nak kate ape..janji kami hepi..:-) Lalalalalalalala..


Ni masa aku dah abis beli baju rafiq..nak balik dah..depa suke duduk2 sini..sambil tgk org lalu lalang..
Rafiq sangat2 behaved if ngan abah dia. tapi jgn nampak muke aku..sure rengek2..tu pon dah start merengek nak turun bila nampak aku..ehehe


Sukala tu abah dia buat camtu..mengekek2 gelak..hehe..soo sweet..i like dis pic..:-)


Hoho..muke penat lepas gelak..

ok kawan2..ibu..nak balik da...tata...:-)



Ari ni jumaat..yehaa..nak g cari baju rafiq lagi la..boleh?? muahahahha..aku skang giler beli baju & barang2 rafiq la..baju aku sendiri pon tak berganti..haiiihhhh....:-D...


ok..daaa...:-)