Sunday, November 9, 2014

YEC


Assalamualaikum & Salam sejahtera

YEC? ape tu?? YEC ialah satu kelab yang ditubuhkan untuk usahawan muda Shaklee yang berumur 40 tahun ke bawah dan bernaung di bawah Shaklee Dynamic Family Global (SDFG). Ditubuhkan since Julai 2013.

Kelab ini juga sudah mengembangkan sayapnya ke Taiwan & Indonesia. Seronok bila dapat berkenalan dengan YEC Taiwan & Indonesia juga. Semuanya para usahawan Shaklee yang masih muda & bercita-cita tinggi penuh dengan aura positif!

Setiap bulan, akan ada dua perjumpaan (YEC Fellowship Night) di Wisma Dinamik di USJ 9, Subang, Selangor. 

Sangat seronok sebab dapat jumpa ramai usahawan muda yang inginkan kehidupan yang sihat & kaya. Selain itu, dapat meningkatkan keyakinan diri, dapat memotivasikan diri untuk menjadi usahawan muda yang amanah, berdisiplin & berdedikasi. Sepanjang 34 tahun dalam hidup saya, tidak pernah saya rasa seseronok ini. Kalau dulu saya rasa tidak seronok untuk hadir ke acara-acara sebegini semasa bekerja suatu ketika dahulu kerana saya DIARAH oleh orang atasan untuk hadir. TETAPI, kini tidak lagi kerana apa yang saya buat adalah kerana MINAT untuk berjaya dengan Shaklee & datang dari dalam diri saya sendiri.



Setiap perjumpaan, akan ada kisah cinta (Love Story) dengan Shaklee. Bagaimana kami mula jatuh cinta dengan shaklee & perjalanan berkongsi suka duka bersama Shaklee. Sangat2 inspired. 



Selepas sesi Kisah Cinta, Our Beloved Presidential Master Dr. K. Sow akan mengambil alih kelas. Part ni memang yang di tunggu2. Siapa yang tak nak dengar ceramah/bebelan dari Presidential Master Shaklee Pertama di Asia ni?? Memang akan buat kita rasa lebih yakin & motivated!! 
PM Dr. K. Sow akan mengulas beberapa perkara yang penting untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 



Di atas adalah Puan Sue yang saya panggil kak sue, bercerita kisah cintanya dengan shaklee. Kisah Cinta Kak Sue bersama Shaklee ialah bermula dengan masalah JERAWAT. Kini muka kak su bukan sahaja licin, cantik bahkan rasa lebih sihat dan bertenaga. 7 tahun bekerja di syarikat Touch & Go yang pasti kita pengguna lebuhraya pasti tahu apa itu T&G kan? Berjawatan besar dalam syarikat itu tetapi kini sudah meletakkan jawatan & terus membina empayar bersama SHAKLEE!





Disember ini kami akan ada Exam. A simple exam tapi cukup buat saya rasa gugup sebab berdasarkan result exam ini akan dapat di evaluate oleh PM Dr. K.Sow kami ni, para usahawan berada pada tahap mana kefahaman kami tentang apa yang kami usahakan. 


Berminat untuk menjadi sebahagian daripada YEC?

Hubungi saya segera kerana banyak manfaat yang boleh dikongsi bersama.

Roslina Muhamad
012-3272747
roslina.muhamad@gmail.com


1 comment:

Ena said...

Good Luck ye Rose.. :D