Monday, November 10, 2014

UPDATE ttg anak2..(November 2014)


Assalamualaikum..

Dah lama tak update pasal anak2. Merekalah yang mewarnai & menceriakan blog ni satu masa dulu. Nak2 si rafiq...seawal 2 bulan dalam kandungan lagi rafiq dah menghiasi setiap sudut blog mek rose ni...alhamdulillah diari digital ni sungguh berguna. hampir semua kenangan rafiq membesar ada dalam blog ni. rasa mcm semua saya kongsikan hehe.




Now, Amzar Rafiq dah 5 tahun....cepatnya masa berlalu. huhu. Rafiq pon dah nak dekat sama besar dengan ibu...boolat mcm bola. makan banyak baq hang!
Alhamdulillah rafiq is a fast learner. Teacher rafiq cakap...Rafiq cepat dapat apa yang diajar. Dah boleh membaca walau tak laju. La ni dah Iqra' 4..gigih ajar rafiq sebab sy nak saham akhirat...ajar anak2 mengaji sendiri. Itula cita-cita saya selama ini..nak anak2 kenal huruf2 hijiyah tanpa hantar dia mengaji kat mana2 tempat. Result assessment rafiq pon bagus. ada 5 paper. 4 paper 100% & 1 paper (bahasa melayu) dapat 95% uuhuhuhuhu.....



ini Aishah Raihanah..Aishah pon kisahnya dikongsi seawal mengandungkan dia. tapi disebabkan ibu dia ni ada penyakit M sejak bergelar suri rumah since 2012, tak banyak lah kisah yang dikongsikan. apa2 pon semuanya ade memori tersendiri untuk anak2 di blog mek rose ni...:-)

now aishah dah 3 tahun. Alhamdulillah membesar bagai juara. Aishah bertuah sbb sekejap je membesar kat rumah pengasuh.. Aishah anak yang manja, selalu inginkan perhatian, kuat jeles ngan adik tapi takbuat kasar kat adik, banyak mengalah & berdikari. Saya tak sedar sebenarnya proses pembesaran dia berlaku terlalu pantas sebab kehadiran Rizqi. Dua2 sy perlu bagi perhatian so rasa cm tak cukup 24 jam dalam sehari. serius!!


ini pulak Aqsa Rizqi. Disember 2014 genap 2 tahun. Kisahnya hanya semasa announce kehamilan & kelahiran. Takde cerita ttg pembesaran dia dalam blog ni. Lagipun ibu dah mcm takdak masa sgt nak ngadap Lappy since melayan 3 anak yg dekat2 ni sungguh menguji kesabaran. Kalu tak sabar, mmg jadi tarzan!! ahahahah

Aqsa Rizqi diberi nama sempena nama Masjid Al-Aqsa & Rizqi sempena rezeki yang tak dirancang. Hadirnya dalam rahim ibu ketika kakak aishah baru sahaja masuk 7 bulan. berita yang buat sy pitam & tak lalu makan seminggu ...hahahahaha...apa2pon...semuanya adalah rancangan Allah sebaik2 perancang....Alhamdulillah...:-)

Rizqi ni budak yang sangat2 berani. Kalau kat playground, diala paling terer cuba macam2 permainan..berbeza dengan rafiq yang hanya berani gelongsor dari slide masa umor 3 tahun. Rizqi 1 tahun dah brani gelonggsor. bahaya jugak berani2 sgt ni..tapi nak buat lagu mana...dah mmg itu pesen dia. 

Alhamdulillah rizqi masih fully breastfeed. Saya bekerja dari rumah kan..so, dia banyak direct feed berbanding rafiq dulu guna EBM disiang hari & direct feed masa kat umah. Untung rizqi kan...24/7 melekap kat ibu...huhu


ok..itu jela cerita terkini anak2...terima kasih kepada kwn2 blogger yang masih sudi singgah & baca blog sy ni...tq sgt2 :-)


4 comments:

AMIIZAA said...

berisi rafiq...cute...nanti sekolah sama dengan aqish...anak2 blogger sebaya aqish/rafiq ramai :)

Salina@IbuAqil said...

Rindu kat anak2 mek rose...
Rindu kat mek rose jgk..
Dtg ziarah sini hujung mggu.. ;)

Ena said...

hehe..

Rafiq yg semakin sihat Alhamdulillah..
Yg penting ketiga2 dijaga sendiri
Seronok... kita ni jumpa anak dah petang pun kdg2 masih juga jadi tarzan.. acaner tu? kikiki
tp ye la.. ragam anak ada mcm2 kan.. walaupun kita dilahirkan dalam family yg besar kata mak kita dulu anak2 mak kita senang dijaga.. dan kita buat masa ni baru dianugerakan dua orang tp kdg2 kita rasa riuh lebih dari org yg ada anak ramai... rezeki juga tu kan rose.. hehehe

IBU PUSPITA said...
This comment has been removed by a blog administrator.