Rafiq Seleseme Cikgu..

Naik bersawang blog aku. bnyk keje daaa. bertimpa2 modul nak di format. dah seruan tugas. buat jela kan. bertindak mengikut arahan okeh. agagaga..

ermm..Rafiq selsema. Sian. Semua salah aku..SALAH AKUUU..bad Mom! *sigh*
sekarang musim ujan. so, suhu sejuk2 syok gitu. tido bes giler. ahad lepas, sejuk2 pon, aku mandikan rafiq. suppose aku lap2 badan dia je. abis dia cam meragam tak selesa. aku pon ngan bagusnya mandikan. siap shampoo rambut. aiyak..selepas ari tu, aku cam dengar benda tak bes je dalam idung dia..aku telek2 idung dia, takde flu pon. tapi ade bunyi. ermm...confuse.
Daaannnn semalam (jumaat) MamaCt call aku yg rafiq meragam taknak tido.cecair jernih keluar.
terkejut okeh. aku tak pernah terima panggilan dari MamaCt. 1st time!
aku ape lagi. ngah ari pecut balik. amek rafiq. then susukan n tidokan dia sementara tunggu cik abe balik amek kami utk ke klinik.sian boboy ibu.muka lak naik biji2 merah. apekah? ruam ke?

sampai klinik, bapakla lama nunggu. Dr. Amdan takde. so gantikan ngan Dr. Zul. tak besla. Dr Amdan gak bes..heehhe....

selepas cek2 bagai, doc cakap:
  1. selsema biasa saja ni. Mmg musim.
  2. jantung normal.
  3. Suspected eczema (ruam merah2 kat muka) aku n cik abe takde eczema, mano lak datang nyakit nih..huhu..maybe sbb rafiq kuar ikut tingkap kot ek..eermmm...
  4. demam or selsema ada kebaikannya kerana sistem ketahanan badan bb sudah kenal pasti virus yg menyerangnya. if tak pernah jatuh sakit, mereka tk dapat kenalpasti virus tersebut.
oh ya..alang2 g klinik aku sempatla timbang si kecik nih..7.05 Kg dah..naik sekilo..which is gud..ade pertambahan berat..:-)

Budak yg baru lepas meragam. Mata bengkak. Ari2 berjaga malam..ni masa kat Klinik Adek. (aku terpaksa pakaikan mitten semalam. Dalam dia meragam, dia dah cakar muka sendiri. Berdarah skit..haihh....)

ni dah nak kul 3 pagi. rafiq kejap tido kejap jaga. tak selesa ngan idung dia la tu. aku sedut td. kuar skit je flu..oohh rafiq. ape saje untukmu.....sedut jgn tak sedut. ingus anak. ape nak geli..agagaga...ingus anak buah aku pon aku penah sedut. dah kakak aku geli. aiyak. ingus anak sendiri pon nak geli. uhuhu..

td masa aku ngah masakkan lempeng n sardin (request cik abe yg baru sampai dari kuching), aku sempat snap gambar2 kat bawah ni..adui, kelakar gile si rafiq ni. suka sgt main2 ngan kain. kain putih ni aku akan tebarkan setiap tempat yg aku baringkan rafiq okeh. aku rasa cam tak bersih je if tak letak kain ni...dulu rafiq takde lak usik..skang, inilah mainan nye. nak kene beli toy utk rafiq nih.dari dapur aku dengar sore dia jerit2..upenye...ni haa......

*
*
*
*
*
*
*
*
*

Mula2 dengar dia duk mengekek sorang2. aku biar jela sbb mmg dia suka main sorang2 kan. pastu bunyi cam lain. Lemas dalam kain tu upenye..agagaga..okla..dah selamat la kan lepas aku alih kain. Berpeluh2 dia dalam tu..pastu aku g sambung masak..

PasssTTUUUU....aku dengar lagi suara cam tadi. suara lemas. aiyak. main dalam kain lagila tu..n tengokla ape hasilnya..:-)) gelak sakan aku okeh.


rafiq lemas lagik.....huhuhu..aku bukan nak tolong dia. tapi pegi amek kamera utk snap.sabor jela...
okla, nak tido..besnya esok ahad. ari berehat2..:-)




Comments

ciradelish said…
rose aku pun cam ko jugak la.. musim tengkujuh ni aku mandikan jugak cira. tgk diorng macam x selesa jer kalau x mandi.

sweetnya rafiq lemas dalam napkin tu.. ekeke.. ko sempat amek gambar lagi erk.. ekekek.. takpe, dah diselamatkan... comel jer muka rafiq dalam napkin tuh.. geram tgk!

wah.. dah 7kg rafiq?? cira baru 6kg.. hhehe.. semangat rafiq...
eeii comei rafiq di sebalik kain tuu..suke main2 kain lagi, mmg gitu la jdnya.. :)..
*ha'a skrg musim hujan kan, elok lap2kan ajer..sian rafiq selesema..tak selesa lah die!
Mek Rose said…
Laini ~ cira selesema tak? if tak baguslah..jgn jd cam rafiq.nyesal tak sudah.tp tula, kita lak naik rimeh kan if dia syik ek ek ek cam mintak mandi..kikikik

rafiq berat skit maybe sbb dia anak jate kot..berat tulang!

mamalieyna ~ itu 'toy' rafiq skang. heheheh..
tula, dia tak selesa...sok sek sok sek idung dia..sian..
Dee said…
mmg cute..tp hati2 ye ros..

Popular posts from this blog

Madagascar Escape 2 Africa Premiere Screening

Masalah Regurgitasi / Muak / Muntah

Rinduuu