Tuesday, May 18, 2010

Bayi mati disyaki didera pengasuh!


 IBU Muhammad Rayyan (tengah) ditenangkan  oleh ahli keluarganya ketika  menunggu jenazah bayi berkenaan di PPUM, semalam.
IBU Muhammad Rayyan (tengah) ditenangkan oleh ahli keluarganya ketika menunggu jenazah bayi berkenaan di PPUM, semalam.

Mangsa alami pendarahan dalam kepala


PETALING JAYA: Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia, disyaki akibat didera pengasuh yang baru dua minggu menjaganya.

Mangsa, Muhammad Rayyan Afzanizam, disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, jam 8.30 malam kelmarin, sehari selepas koma.
Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala selain turut mempunyai kesan lebam pada bahagian kaki.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, bayi itu mengalami sesak nafas dihantar pengasuhnya ke klinik di Subang Jaya pada jam 7 malam, Jumaat lalu.

Beliau berkata, ibu bapa mangsa yang dimaklumkan mengenai perkara itu kemudian mengejarkannya ke PPUM sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bagaimanapun, katanya, mangsa disahkan meninggal dunia 24 jam selepas diberikan rawatan di pusat perubatan terbabit.
“Doktor yang merawat mangsa membuat laporan polis selepas mengesyaki kesan dera pada tubuh mangsa. Ketika ini, kita masih menunggu laporan bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Zainal Rashid berkata, polis menahan seorang wanita berusia 40-an yang tinggal berjiran dengan rumah keluarga mangsa di sebuah pangsapuri di USJ, Subang Jaya, pagi semalam bagi membantu siasatan.

Katanya, wanita itu ditahan reman enam hari mulai semalam dan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, keluarga mangsa ketika ditemui di PPUM, enggan bertemu media bagi memberikan sebarang kenyataan.

Jenazah bayi berkenaan dituntut ibu bapanya kira-kira jam 3.15 petang dan difahamkan mangsa dikebumikan di kampung keluarganya di Port Dickson, Negeri Sembilan.


Inilah perkara yang paling aku takut nak hadapi. Ya Allah..Kau lindungila anak aku ya Allah...amin.......

Ajal maut ditangan Tuhan..ya betul..tapi if boleh biarlah diambil selepas kita dapat tatap wajah2 mereka yg kita sayang sepuas-puasnya...aminnn...

al-fatihah utk Adik Rayyan..syurga menantimu..


Sumber: Berita Harian

22 comments:

eynda said...

Sedih bila dengar berita macam ni....takziah buat ibu bapa arwah...semoga mereka tabah...

Ibu Alia Kaiyisah said...

Rose~

Ini perkara pertama yg saya fikir sejak mula hantar Kaisya ke pengasuh.

Ntah. Mcm mana nk cakap. Speechless. Kenapa ada manusia yg mcm ni. 8 bulan mak ayah bela bagi makan jg kesihatan segala. Baru 2 minggu hantar ke pengasuh ini jadi nya. Sedihhh sangat.

Siapa kita nk mempersoalkan ajal dan maut seseorang. Kalau dah masanya kita kena redha. Tapi kalau ini penyebabnya, saya pun belum tentu mampu meredhakan perbuatan org itu. Haihhh.

Takziah untuk family baby Rayyan. Banyak-banyak sabar, especially utk ibu baby. Insya-Allah, syurga itu janji-Nya.

Ena said...

Ya Allah.. berderau darah bile bace ni.. tu la pengasuh skrg mcm2.. susah nak cari yg kite boleh percaya.. kalau rase diri tak daya nak tahan kerenah budak2 jgn la cuba2 nak menjaga anak org..
sgt kejam la mcm tu.. naper di lepaskan pd baby yg tak reti apa2..

nauzubillah.. moge kita anak2 kita sma2 dilindungi oleh NYA..

Fieza79 said...

sedih dgr berita menyayat ati ni...
geram sgt pd pengasuh tu pe la mslh dia sebeno nye lepaskan pd bdk sekecil tu..
if fieza la rase nk hantuk2 lak kpala dia tu dl sblm dia masuk jail..ish geramm
hehe emo jap...

Suliana said...

tu la yang takut sgt.. kena pilih org yang berhati mulia. diorg ni tak terfikir ke tu budak lagi, sampai hati dideranya.. kalau la anak kita, camana la nak hadapi..

mamalieyna said...

Sebak bila baca kisah2 macam ni..berdoa lah supaya kita semua ni dijauhkan dr Ujian besar macam ni..tak sanggup Ya Allah..!

~~*Lady Salwa*~~ said...

tu la kan... bukan senang nk cari pengasuh yg boleh jaga anak kita dengan baik...

tu yg sal prefer hantar ke taska. memang ada risiko lain, tapi risiko nak kena dera ni kurang la sket...

Ini la cabaran ibu2 yg bekerja...

~ SueHarriz ~ said...

rose..menakutkan......huhuu i htr harriz g umah babysitter...nauzubillah...semoga Allah selamatkan anak2 kita ye

Ju@Lucky^Mummy said...

Sedih nye ya..
Al-fatihah utk arwah..

Uda said...

kesian kat ibu bapa baby rayyan.. sekelip mata kehilangan anak.. harap org yg mendera tu mendpt hukuman setimpalnya.. al fatihah utk arwah..

Anje a.k.a Mama_Aqish said...

sedih kiter baca kisah ni...ape la nak jadi zaman sekarang ni..

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Takziah buat keluarga arwah..
mmg sedih baca kisah2 cam nih..
Semoga anak2 kita sentiasa di lindungi olehNYA..

Nadiah Sidek said...

insiden2 mcm ni yg buat org tak tenang tinggalkan anak kat pengasuh..

E.L.I.Z.A said...

ish..sampai ati buat ke baby gitu..baby tu baru 8bln..gilo ko apo nok dero

p/s: ore kelate dih..sbb mek rose etep heheheh

MeL MikaiL said...

Alfatihah..sedihnya, nilah sbb utama i nak jaga mika sendiri. skg ni byk org jahat kat luar..tak percaya sape2 pun jaga dia except mak i sendiri

chugie said...

yep.. betul tu, inilah perkara yang sangat2 di takuti berlaku..

Ya allah, minta di jauhkan perkara ini dari kita semua.. kenapa lah perlu di dera kanak2 yang tak tau apa2 tu??

hanya 8 bulan, apa lah yang dorang buat sampai pengasuh tu sanggup mendera? nauzubillah..

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

kak eynda,
sy pon terkedu masa baca.


raihan,
betul tu raihan. mule2 dulu itula sy takut. mcm2 pikir. sy rasa org tu gila lah. if waras dia takkan buat camtuh!


ena,
dia tu tak berperikemanusiaan la mek na. mmg kejam!!!


fiza,
kita bkn takat nakhantuk je..rasa nak terajang jeh..ha amek!


suliana,
mmg tak terbayang if jd kat anak kita sendiri. mau kita naik hantu n bunuh je org camtu on d dot!


iena,
amin....


sal,
mana2 je ade risiko camni sal. ari tu kes budak yg ninggal tu dia duk taskan tau. means..mana2 je tak selamat! yg selamat hanya kita je jaga..insyaAllah..tapi nak wat camne. redha jela jawapan dia kan..hurmmm


sue,
insyaallah..selagi org yg jaga anak kita tu ok..benda2 camni mintak simpang malaikat 44!


ju,
al-fatihah...


uda,
sian....mmg sian. menitik air mata masa baca tau. semoga roh dia tenang...


anje,
dunia oh donia...


lily,
aminnnn......


nadiah,
yes..buat tak keruan..risau semedang!


eliza,
kito orang ganu..eliza ore kelate ye? hehehe


mel,
besnye if jd cam mel..takyah keje..leh jaga anak huhu..jeles tau! :-)


chugie,
pengasuh tu dah kategori binatang pangkat dia bagi saya! mmg takde ati perut!

Sara said...

Nauzubillah..seram je bc berita mcm ni...;(
Takziah kpd parents arwah...

Dee said...

org2 yg xleh handle baby jgnlah jd pengasuh..hya semata2 kerana wang..kesian pd his parents..

al-fatihah utk arwah rayyan..

rose..kalo akak dpt anak lelaki..inilah nama yg akak nk letak..sedapkan..hehehe..sempat lg tuh..

MOMMY NADIA said...

goose bump!
Semoga Allah melindungi anak2 kita drp bahaya dan org yg tak berperikemanusian..

Helena said...

kesian kan rose..... sampai lesu mak dia nangis2 camtu

tapi i heranla.... its a weekend..... parents r at home, why is arwah rayyan at the pengasuh? Just wondering .....

CatlinaFly said...

agaknye ada lebam kat kepala mak ayah baby tu tak perasan sebelum ni sebab dilindungi rambut..geramnye..kalau tak leh tahan sabar, jgn lah jadi pengasuh!ada tau jenis org kalau dgr baby nangis, dia jadi tension dan takleh kawal marah kalau baby tu tak berhenti menangis...bodo nye orang!!!