Takzirah: Jenis2 Syirik

Assalamualaikum..

Last week, tazkirah yg kami dengar ialah tentang AKIDAH. tempat aku mmg selalu ade tazkirah..ustad/ustazah yg bagi tazkirah ialah dari CITU (Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam) UiTM Shah Alam. Dapat pulak Ustaz Hafiz..mmg bess sbb dia bagi tazkirah takde teks2/slide bagai. Semua dalam kepala dia & cakappp non stop dengan point2 yg sungguh enak didengar..Uik..sekali lagi..seorang ustad yg bagi aku.."sejuk perut ibu mengandung" hehehehe...

Dalam tazkirah yg diberi..Topik syirik amat menarik minat aku. Aku balik ofis, n cari info2 berguna selari dengan ilmu yg baru aku dapat tu..sesungguhnye byk lagi ilmu agama yg perlu aku selidik, korek sbb aku sendiri sgt kerdil berbanding org2 lain yg tinggi ilmu agamanya..

Sepertimana yg kita tahu..Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa jua bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yg lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah.
Menyekutukan Allah jelas dianggap syirik apatah lagi perbuatan mengaku diri sebagai tuhan. Lebih mengundang bahaya apabila golongan ini ada di dalam masyarakat sama ada diketuai orang Islam atau bukan Islam..[Sumber: ms.wikipedia.org]

ok2..berbalik tajuk kat atas..rupa2nye ade 2 jenis Syirik *dah nama pon in learning process, byk benda tak tahu..hehehe*....jom tengok!



Jenis syirik

Syirik dibahagikan kepada dua iaitu syirik khafi (tersembunyi) dan syirik jali (terang dan nyata).

Syirik jali ialah syirik yang terang, nyata dan besar yang boleh menyebabkan seseorang itu dianggap jatuh ke tahap kufur. Syirik ini boleh berlaku melalui salah satu daripada tiga keadaan iaitu:

  1. Menerusi i’tiqad seperti meragui atau menafikan kewujudan Allah. Justeru, mana-mana fahaman yang meragui dan menafikan kewujudan Allah seperti fahaman komunis dan ateis adalah jelas syirik.
  2. Menerusi perbuatan atau amalan tertentu seperti menyembah patung, berhala, batu, pokok, matahari, bulan bintang atau objek tertentu. Perbuatan memuja nasib dan meminta nombor ekor di kubur tertentu atas dakwaan kubur itu keramat juga adalah unsur syirik. Bahkan ulama menjelaskan perbuatan terlalu memuja dan mendewakan orang atau pemimpin tertentu juga adalah perbuatan syirik.
  3. Menerusi lidah atau perkataan seperti menghalalkan perkara haram dan mengaku keluar daripada agama Islam. Termasuk dalam kategori ini ialah perkataan yang boleh menyebabkan terbatal syahadah seseorang Muslim.

Syirik khafi ialah syirik yang kecil dan tersembunyi yang menyebabkan hilang atau luputnya pahala seseorang. Syirik itu banyak berkaitan dengan perbuatan riak di dalam beramal atau melakukan sesuatu perkara.
Perkara itu jelas disebut dalam al-Quran melalui firman Allah yang bermaksud: “Barang siapa yang berharap untuk bertemu dengan Allah (di hari akhirat kelak), maka hendaklah dia melakukan amal salih dan janganlah dia mempersekutukan Allah dengan sesuatu di dalam ibadatnya.” – (Surah al-Kahfi, ayat 110)
Maksud syirik di dalam beramal seperti dalam ayat itu ialah menunjuk-nunjuk ketika beramal atau riak di dalam beramal.
Rasulullah SAW dalam sabdanya pernah menasihatkan sahabat supaya berhati-hati dan menjauhi syirik kecil, lantas ditanya oleh sahabat apakah yang dimaksudkan dengan syirik kecil itu. Maka Rasulullah menjawab, syirik kecil yang dimaksudkan ialah riak dalam beramal.
Allah menjelaskan bahaya syirik khafi dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada nabi-nabi terdahulu sebelummu, jika kamu mempersekutukan Tuhan, nescaya akan terhapuslah segala amalanmu dan tentulah kamu termasuk di kalangan orang yang rugi.” – (Surah az-Zumar, ayat 65)
Firman Allah lagi yang bermaksud: “Barang siapa yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah (tidak ikhlas kepada-Nya dalam beramal), maka adalah dia seolah-olah telah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.” – (Surah al-Hajj, ayat 31)
Melihat kepada situasi hari ini, ternyata amalan mensyirikkan Allah sama ada syirik jali atau khafi berlaku secara sedar atau tidak. Walaupun daripada kalangan orang Islam tidak menyembah berhala, tetapi mereka terdedah kepada perbuatan syirik.
Kepercayaan kepada tempat keramat, keyakinan secara membuta tuli terhadap bomoh atau dukun, penggunaan tangkal dan azimat, menyembah kemewahan dunia dan material, keyakinan rezeki seperti gaji dan upah datang daripada manusia dan bermacam lagi adalah antara amalan yang menjurus kepada syirik.
Gejala syirik khafi tidak kurang hebatnya dengan berleluasanya gejala riak, beramal untuk manusia, perasaan dengki, mengharap reda manusia, bermuka-muka, tidak ikhlas, menandakan amalan syirik memang menguasai hidup umat Islam kini.
Langkah mesti dilakukan bagi mengelakkan ia daripada terus membarah di dalam hidup manusia. Langkah seperti penerangan mengenai bahaya syirik menerusi seminar, ceramah, bengkel dan seumpamanya. Anggota masyarakat mesti didedahkan dengan bahaya syirik supaya mereka dapat membezakan apakah pekerjaan dan perkataan mereka selama ini mengandungi unsur syirik atau sebaliknya.



[sumber: ms.wikipedia.org]


ada satu ayat yg ustad tu cakap yg aku duk teringat2 lagi.."syirik kecil ni jugak boleh jatuh sekiranya kita sakit & setelah  berubat kita kebah dari sakit..kemudian kita akan cakap.."bagusnye ubat ni...bagusnye alat ni sebab sembuhkan aku..."

ha tu semua dah jatuh syirik tau sbb kita sepatutnye cakap.."alhamdulillah..dengan bantuan ubat/alat ni..aku sihat dari penyakit yg aku tanggung.."

huih..kene ati2 lepas ni kan..byk benda yg kita buat..kita tak sedar yg ianya adalah dari kalangan syirik kecil..:-)



Comments

Nur_!eda said…
thnx sbb sudi share, tggi ganjarannya tu...

bgus perincian yg akk bg, blh kita sme2 slg igt mgingati...
Cik Melor said…
rose pc melor masalah skt ni guna laptop adik susah la sbb melor jakun skt guna org punya. blh rose tlg tgkkan template ni knp tak boleh zahir selepas di download padahal melor dah ektrak macam rose ckp address dia mcm ni.

25 best free template online store.

http://designno.com/1480/25-best-free-online-stores-templates/

template yg no 20 kalau tak silap yg ada tulis on line store di penjuru belah kiri dia dan ada gambar perempuan baring sikit. tu. hahahah susah la melor nak terangkan. taip komen ni pun asyik hilang je "jakun" la katakan
Izan Ishak said…
ilmu yg berguna dikongsi pagi jumaat ni... yelah dlm pada tak sedar ramai yg buat syirik kecil ni... mintak2lah kita semua dijauhkan dari perbuatan2 syirik kan~
Thx utk perkongsian ni Rose..
mmg kena lebih berhati2 lepas ni..
Betul tu Rose..byk benda yg kita buat..kita terlepas pandang & kita x sedar ia adalah syirikkan..
Fieza79 said…
mintak di jauh kan la dari perkara syirik kan...takuutt.

tq rose share nie..!
Cik Melor said…
rose klu tak boleh takpa la. mungkin bukan rezeki nak guna template tu.
dinor's family said…
betul tu kadang2 kita tlps pandang..sama2 kita ingat mmperingati...tq 4 info....
kayzie said…
thanks 4 sharing..good info, semoga kita sama2 di jauhkan dr segala syirik n perkara yg menyesatkan..
Myra Jay said…
TQ share..
Tak sangka kan rupanya dalam percakapan kita seharian ada yg leh ngundang syirik..
Kena lebih hati2 la pasni :)
Teratak Hami said…
Rose,
Thanks for sharing the info.
ana said…
info yg bagus...br tau syirik ni ada tahap2 dia. :)
Dee said…
thx for sharing rose..mmg berguna betul..kita selalunya tak sedarkan..syirik kecil tu yg kita risau..
Ena said…
a'a la.. kdg memg tak perasan yg syiri kecil tu..thanks rose..
Unknown said…
baru tau syirik nih ada jenis2 nye...huhu thx for sharing yer...
~iz~ said…
info yg baik..kadang memang kita terlepas pandang perkara2 camni...:)

Popular posts from this blog

Madagascar Escape 2 Africa Premiere Screening

Masalah Regurgitasi / Muak / Muntah

Rinduuu