Perkembangan RafiQ
Hari ni check-up rafiq utk 7 Bulan punyer..
takde cucuk. So, takdela dengar suara rafiq menyanyi. hehhe. Alhamdulillah, Dr Amdan (paed feveret aku) cakap perkembangan rafiq adalah sangat bagus utk bb berumur 7 bulan. Semua perkembangan yg perlu ada pada Baby umur 7 bulan, rafiq ada. Syukur..cuma satu je rafiq takde..Merangkak...wekekke..rafiq kan lmbt skit nak meniarap, tula byk benda lmbt skit. takpela, janji anak ibu sihat..:-)
Dr Amdan buat beberapa observation termasuk:
1) Suruh rafiq pegang mainan yg diberi pada sebelah tangan kanan, rafiq capai. Then bagi sebelah kiri rafiq capai juga. Then rafiq alihkan mainan dari tangan kanan ke kiri dengan baik. Doc cakap..Gud!
2) Suluh lampu kecil ke arah mata rafiq then alih2kan cahaya tu. Mata rafiq melilau cari cahaya tu. Means, mata dia dah leh alert dgn cahaya yg bergerak/benda2 yg bergerak dengan baik.
3) Usual check-up, sambil baringkan rafiq dengar degup jantung, ketuk2 lutut skit nak tgk reflection dia, tekan2 perut rafiq n ape lagi ntah aku pon tatau. Doc sorang je tau..eheheheh..
Setakat ni..aku puas atila ngan perkembangan rafiq utk bulan ni... Semoga untuk bulan2 yg akan datang, perkembangan rafiq akan terus maju & bagus..amin...
:: berat terkini rafiq ialah 8.8 KG. Wow. Patutla rasa sakit belakang aku masa balik ke terengganu ari tu. Bayangkan, kene kendong dia sepanjang masa. If abah dia ade leh gilir2...
:: Pempes guna size L. If CD setting saiz M. Nak pakaikan dia pempes mak aihh..susah giler. .berpusing cam karipap pusing. rasa nak tampor2 je bontot tuh.kena bagi menan. tu pun kdg2 tak berkenan dia baling n nak menan yg dia berkenan..haihhh..
:: Makin kuat makan. If bagi bubur satu bekas kecil dadih tu dulu tak abis. Skang tak cukup pulak! If bagi nestum, bancuh 3 sudu besar pon leh abis. (rafiq tak kuat makan sgt sbb susu ibu dah buat dia kenyang!)
::Ngan pengasuh, rafiq minum 4 botol x 3 oz & 1 botol 2 oz = 14Oz (kdg2 tak abis pon)
:: Makin kuat main. Semua benda nak tarik. Nak punggah. Kdg2 Play Gym dia yg gantung2 tu pon dia baling. Haihhh.....ganazzzz nih!
::dah pandai menangis merengek2 if aku tinggalkan kat pengasuh. Dah kenal aku. Bangga weh. ehehhehe
:: Makin terer rolling. Tengok2 satu katil dia dah jelajah. Dari kiri ke kanan. Kanan ke kiri. Suka main ngan bantal busuk dia. takde toy lain pon takpe. Janji ade bantal kecik tu...pastu gelak sorang2 ateh katil..wekekkekeke
::rafiq dah tido dalam katil sendiri. nnti aku upload gmbor dia yg seronot tuh!
:: Rafiq suka mandi sambil duduk dalam besen dia n tepuk2 air. If dirikan pon boleh juga tapi bahaya kang dia sambar semua benda. Kang terjelepuk dalam bilik air jugak budak tu..
ermm..boy will be boy! agak susah nak handle. Tapi itula anak bujang trang tang tang aku skang. Busuk masham semua wangi pada aku. kentut dia pon wangi.LOL!
itula jela kot. ermm..eh ke ade lagi?
Rafiq bergaya ngan baju aku beli online. har Har har..Pastu ade snow cap kawan abah dia pergi Liverpool ari tuh. Matching la ngan kaler tu...eheheh..
okla ...daaa....-)
Comments
bagusnye checkup kt situ eh, puas hati mcm2 eksperimen doktor buat kt baby eh, kita ni g gomen..huh..staff nurse main tick2 jer kengkadang kt buku tu, bukan nak tanya pun, anak dh reti buat itu, reti buat ini ke tak! ..sbb dekat ngn umah, itu yg g situ jer..perkhidmatan free, layanan pun gitu2 ajerlah! mmg tak best!
lawo baju rafiq, merah gituw! ^_^
tak pa aktif tandanya rafiq sihat dan cergas..
antap dah rafiq tu yeh!.. anak ena dah 1 tahun 7 bulan tp baru 11kg.. hu3x..
cantekk la baju yg rafiq pakai tu.. memg matching la ngan baju dier.. ")
Rafiq makin besar makin comel..Baju pon lawa..padan ngan snow cap tue.. :)
hahaha..
patut pon sebaya kan!
setiap bulan ke ko bawak rafiq cek kat adek tu rose?
baper rm sekali checkup??
skrg peel baru cira tidur kul 9-10 malam!
hohoho...
iena, rafiq ni cam berat tulang pon ade. mmg ikut abah dia betul la..tulang berat betul! wekekke
rafiq if tak sihat mmg selalu ke sini. sbb Dr. Amdan tu pakar kanak2. so he know better la kan dari doc2 biasa ttg kanak2.
kene kuar duit sikit la. kami pon bknnye mampu sgt nak g spital swasta yg mahal2, tapi bila dpt tahu ttg perkembangan anak dengan details, itu sudah cukup buat kita rasa puas hati.
klinik gomen ok jugak. cuma sbb ramai org kan..tu yg jd camtu. depa pon kene buat cepat2 sbb nak make sure semua pelanggan dpt diperiksa..
thanx..merah cam liverpool hehhe..
UDA::
ha la uda. Geram je tgk buntut dia tu duk pusing2 nak capai menan..haihhh..
:-)
ENA::
ye ke? tq auntie...:-)
rafiq ni makan cam biasa je. susu ibu kot buat dia jd antap camtu.
tgkla ibu abah dia. boleh tahan antapnye..wekekekek
LILY::
bab bagi selera makan tu sy takleh nak bagi tips lily. sbb ianya bergantung pada bb.
masa pegnent sy kuat makan. tu yg anak pon dah jd ala2 ahli makan kot..wekakkakakakak
LAINI::
takdepa tiap bulan. selalu bwk gi sini bila rafiq tak sihat je. since cucuk akan ada balik bila dah masuk 1 tahun, so takdela temujanji utk cucuk kan. so kami decided pergi klinik ni je sbb Dr. Amdan tu mmg pakar pediatrik yg terbaik wook bagi sy
selain tu, pakar kanak2 kat DEMC pon ok. cuma kene sedia ongkos jela.
biasa pegi sini akan ada Consultation Fee..sekali check rafiq RM40-RM45
cam semalam takde cucuk ke ubat ke ape kan..so kene bayar yuran perundingan jela..
dia mcm spital swasta2 lain gak. cuma ianya tak seramai kat sepital. so cepatla skit leh jumpe paed..
rafiq lak peel tido dia 10-11 mlm..hehehhe
byk sama eh...:-)