Cara Menambahkan / Mengekalkan Susu Badan

Salam.

Ist of all..aku buat posting ni atas permintaan Raihan yg baru je dapat bb gurl Alia Kaiyisah yg sgt cute..tahniah again on ur newborn ye..:-)

As mentioned before, aku bukannla seorang ibu yang dikurniakan Allah susu badan yang melimpah ruah. Memandangkan niat dah dipasang sejak mengandungkan rafiq lagi untuk menyusukan rafiq dengan air susu aku. Banyak ruangan forum, blog & pengalaman2 org yg aku kutip untuk dijadikan panduan agar niat murni aku tu tercapai..Disamping tu aku tak putus2 doa agar susu aku ada untuk anak yg aku kandungkan tu..

Perjalanan untuk menyusukan RafiQ tak semudah yang disangka ye..Mcm2 halangan aku dah lalui sepanjang 6 bulan pertama. Boleh lihat kat posting aku under Label Breasfeeding kat tepi tuu....Menangis berendam air mata jgn cakapla kan. Tengah pam menangis sbb pam2 susu kuar sikit. Anak isap tak puas & menangis sbb tak kenyang. Aku juga turut menangis. Then pengalaman di awal kelahiran RafiQ yang mana susu takde..hari ke-3 baru ada & betapa sakitnya breast aku masa tu..tiap kali RafiQ menyusu tiap kali itu aku rasa nips aku seperti dihiris2 dengan pisau, air mata?? jgn ditanya. Hanya mak & suami aku yg tahu camne keadaan aku masa tu. Sambil menyusu sambil pegang tangan suami aku sbb aku tak tahan sakitnya... masyaAllah...thanx abang..on ur support..:-)

Kepada ibu2 muda *termasuk aku*, jgnla set dalam kepala korang "Susu Takde!!" Tolong ya. Masing2 akan dapat rezeki masing2 dari Allah, cuma banyak atau sikit.. Macam aku, Allah dah kurniakan susu ada, cuma aku kene berusaha sendiri untuk menambah/banyakkannya dari hari ke hari..if Niat kita baik..insyaallah..Allah tolong. Dia kan maha menolong & mendengar. Mintala padaNya..

Ok..panjang plak melalut aku. Eheee..bukan melalut, tapi nasihat...tak salah ingat mengigat kan..:-)

Ok2, dalam posting ni aku akan kongsi camna cara aku kekalkan susu badan aku. Aku dah setkan beberapa Fasa dalam perjalanan menyusukan RafiQ hingga 2 tahun..InsyaAllah..Fasa satu dah berjaya, semoga Fasa2 yg lain aku akan harungi dengan jayanya..Amin ya rabbal alamin...


#1: Alpha Lipid


Ini adalah bukannya hanya nak menambahkan susu aku. Tapi lebih kepada untuk menghasilkan susu yang berkualiti & berkhasiat. tapi jgn salah anggap ye, susu yang dihasilkan tanpa amek apa2 supplement pon aku rasa dah cukup berkhasiat & cukup segala zat2nya..cuma pada pandangan aku, if amek supplement camni akan meningkatkan lagi kualitinya..so, jgnla plak pergi berduyun2 beli benda alah ni..huhu


#2 : Horlicks


Setiap pagi, masa breakfast aku akan ambil horlicks. selain menambahkan susu, ianya dapat memekatkan susu. tak percaya? cubala. Susu yg anda pam akan jd mcm kaler air horlicks..wekekek..tapi if tak pekat, jgn lak cakap aku tipu. Inikan ikut cara & pengalaman aku..hehe


#3: Supplement (Shaklee)


Untuk Pengetahuan korang, Produk ni aku dah makan sejak anak dara lagi then sambung lagi masa mengandungkan rafiq & seterusnya mengekalkannya hingga hari ini. Cuma aku tambah satu lagi benda utk boost lagi susu aku iaitu Alfalfa..
aku akan buat satu posting khas untuk ceritakan kebaikan produk ini nnti..:-)


#4 : Kurma
(yusuf taiyoob safia adalah feveret aku)


Skang ni mcm2 kurma ade kat pasaran. Buah Kurma mmg dah diperakui tentang khasiat2nya. Selain banykkan susu, ia boleh memekatkan susu aku. If makan banyak kurma..lagi bagus..ianya kan bagus untuk otak..


#5 : Susu Anmum Lacta


Sebelum tido, aku akan minum segelas anmum *dalam cawan plastik kegemaran ku ini..:-)*


#6: Biskut Berasaskan Oat & Minuman berOat



setakat ni feveret aku ialah Munchy's Oat Krunch. Bes oo..Aku amek ni antara waktu nak mengepam & selepas mengempam. Kul 10 & kul 4 petang ngan segelas air Nexvita 3 in 1 oat tu. terbaek wook!



#7 : Milk Booster


ini adalah pilihan aku yang terakhir. Aku amek domperidone ni time gawat. Macam sekarang, susu dah merudum byk, so aku amek 1 biji sehari. Bila dah stable balik aku stop la makan.

BUT PERLU DIINGATKAN, MENYUSU ANAK SEKERAP YANG MUNGKIN AKAN MENINGKATKAN KUANTITI SUSU SECARA SEMULAJADI. JANGAN TERLALU BERGANTUNG KEPADA BOOSTER2 YG ADE DIPASARAN.


#8: Sayur2


Sayur2 yg aku selalu makan samaada masak air/bening, masak lemak/ goreng pon sodap ialah:

  • Bayam (feveret)
  • Lobak putih (tak cedap)
  • Petola bulat
  • Ulam2an (tenggek burung, pegaga, Jantung pisang rebus etc)

#9: Air kosong & Air Suam

Sebelum pam minum air suam. Lepas pam pon minum. Waktu2 antara nya pon minum air suam..Dulu aku tak suka air suam. Tapi skang air suam adalah teman aku. *cube korang kira ade berapa perkataan SUAM* agagagaga




Ini adalah stock susu aku yang aku ade Last 2 weeks iaitu sebelum askar jepun menyerang. skang dah abes. pagi tadi last 3 oz yg aku bekal utk rafiq.
Lepas ni, if susu aku dah meriah balik, aku akan pam sikit2...
aku bukan tak nak pam malam2, if aku pam rafiq cam merengek sbb dia makin kuat nyusu skang nih..dah pandai MENGAMUK! haiihhhh..itula dianye..anak bujang aku.



Ok..itu jela setakat mana aku duk amalkan. If korang ade ape2 lagi rahsia nak di kongsi, mehla kabo kat teman. Teman suker...:-D

aku ni takdela byk benor pantang larangnye dalam makan2. Tapi aku tak makan benda2 beragin cam air teh, kopi, nescafe, sayur2 'sejuk' kate org tua yg leh lemaukan aku.

pastu air bergas n air batu even org cakap takleh minum langsung aku rembat juge sekali sekala sebab tak tahan weh godaan syaiton bertanduk time musim paneh camni..bess nyee ais! *bes nye ABC* uhuhuhuhu

APE JUA YG KITA LAKUKAN, JGN LUPE UNTUK BERDOA N BERDOA AGAR SUSU KITA SENTIASA ADA & BERTAMBAH...MINTA PADA ALLAH..ITU PAAALING PENTING!

ok..daaa...:-)


Comments

Ammi Sara said…
Wah,
dah boleh jadi pakar laktasi dah rose ni, hehe..

mmg betul ape yg rose ckp, benda2 tu mmg membantu..ada jugaklah yg sara amalkan.

1 lg, if nak susu byk mkn habatus sauda softgel keluaran HPA, alhmdlh n insyaAllah mmg byk w/pun perut kosong, waidi kdg2 smpi tercungap2.

Ibu2 direct feeding ni pun s/times ada prob coz anak kita tau we r there all d time so kdg2 tu timing tak betul, ikut suke hati dia nak nenen bile2, hehe..

teruskan amalanmu..
tukar career la pasni jd mcm puan fara sarakids *wink*
Ena said…
bagus la rose nie.. agaknyer ena dulu x wat camni tu yg stok susu terus abis... uwaaa.. memg ader amik mak nenek yg rose amik tu.. cume ena x amik shaklee & boaster tu.. yg lain sumer ader.. tp nak wat camner dah memg bukan rezeki anak la maser tu.. so, next time klu ader rezeki lg.. nak prepared dr sekrg la.. wahahahha.. jeles wehh tgk org leh bf sampai anak dah 2 -3 tahun.. hu3x..
bangga ngan rose la.. Thumb 4 y!!
NM said…
good tips rose. :)

susu alphalipid tu i tak pernah try.sbb tu susu kambing kan?takut panas pulak anak nanti bila minum susu kita.or takde mslh?
eB ezrin said…
oklatu ros.... byk supplementnyer... rajin tul... bgs... usaha itu tangga kejayaan... (",)
Ieza said…
wah banyaknya pilihan ni nk banyakkan susu ker nk melimpahkan susu..
syukur la ieza dulu xde masalah2 kekurangan susu ni..lepas bersalin memang cukup stok..
Ieza said…
apa2pn teruskan usaha yek..agar babynya dapat mafaat..
baguslah info mek rose ni, leh jdikan panduan tuk 2nd baby nanti..thanks for sharing!
Good info...

Lily pon mmg mimnum susu anmum tu..susu lily ok gak lah...hari2 mencukupi utk Qis tp kan 1 perkara yg buat lily sedih Qis selalu sembelit..masuk ari nih dh 5 hari x membuang..hari2 dia Asyik2 neran sampai berpeluh merah muke tp x kuar2 gak..Qis menyusu susu lily sepenuhnya..sedih lily tgk..Maybe susu lily ada masalah..Lily ni jenis x mkn sayur..
Alya said…
Wah...
byknyer petua kat cni...
Bgusla Rose BF rafiq tu..
kya x bpluang pon nak BF asya..
cz kami tpisah lama.. hehehehe
lya sakit.. mkn ubat.. so xde pluang utk BF..
just awl2 tu j curi2 BF asya... tp xmkn la ubt tu..

**Nanti kuatla antibodi rafiq..

~~~>LYAfrina
Dee said…
good info ros..teruskan menyusu rafiq selagi stok masih ada..hehehe..
Mek Rose said…
SARA
eh..jgnla camtu sara. sy hanya berkongsi cara sy. tak layak lagi utk dipanggil pakar. masih byk benda sy kena belajar & tmbah lagi ilmu pasal penyusuan ibu ni.

a'ah, ade gak kwn rekemenkan. sampai ari ni tak cube2 lagi. takpe2, nanti leh try..cm bes je sampai ur son tercungap2 tu..sure susu melimpah2..ehhe

thanx share ngan kite..:-)

ENA
kita kan jenis susu tak byk sgt. benda2 ni la kena amek. kang sian rafiq takde susu. dahla alergi teruk ngan susu lembu.

insyaAlah, next baby ena kena start dari mengandung lagi..tapi if org jenis susu byk, tak pelu semua ni..:-) kan?

LIN
susu kambing ke? abg sy takde lak cakap tu susu kambing. ehehhe. lembut kot..ehee..sy amek ni just tambahan. tak nak amek pon takpe. abg sy penjual tegar alpa lipid ni. dia duk promote la itu ini..haihh..

thanx lin..:-)

KAK EB
for rafiq sy akan buat segala2nye..hanya utk dia.

sy bkn jenis byk susu. so kenela amek semua ni..if tak, mengiau rafiq lapar..:-D

IEZA
masalah kekurangan susu ni biasa utk working mom je. if suri rumah takde masalah biasanya sbb dpt balancekan demand n supply. so susu sentiasa ada.

sy kan working mom, terpaksala buat ni ieza..eheheh..

ok..thanx..
Mek Rose said…
IENA
sama2 iena.
ehem2..bila next baby nya tu? kkekekee

LILY
sy rasala kan, pemakanan kita mempengaruhi susu yg dihasilkan.

mcm sy amek supplement shaklee tu kan, soy protein n alfalfa tu..mmg sy la membuang ari2 dengan senang. so, rafiq pon kene effect dia..ari2 membuang.

lily kenela makan sayur ni..sian qis..takpe, sy pon takdela gemor mkn ulam2 sbb pahit, tapi demi rafiq sy telan!

lily leh banyakkan bagi qis puree buah. Pisang ke, betik ke..lecek2 kasi dia makan.

kena cuba byk cara tau. alahai..siannya Qis...tula kan, kita cuba nak bagi yg terbaik utk anak, dah mcm tu lak jdnye.

LYA
lya ade masalah lain kan. takpe2..if ade second baby nnti, sy harap penyakit lya hadapi tu tak seteruk masa pegnent kan asya k..

semoga dipermudahkan & dpt susukan 2nd bb nanti..aminn...

KAK DEE
thanx kak dee..
ehehehe...cam iklan jualan murah lak..selagi stok masih ade..agagaga
Elly Emmy said…
bagus info ni..
saya tak minum susu jenis tepung.. menghadapi masalah "pembuangan" minun susu jenis uht saja dan minuman bermalt..
makanan seperti roti, telur, ikan bilis, marjerin pun boleh menyumbang kearah penghasilan susu... yang penting memeng kena minum air suam banyak..
caiyok2.. sama2 kita berusaha menyusu anak..
Liyana said…
banyak nya ko makan supplement. hehe
Unknown said…
Gud info kak.. Im waiting for the "Shaklee" post...hehehe...tak penah tgok la mende tu....
ckLah @xiiinam said…
...salam Maulidur Rasul...
Annie said…
Salam Adik,
Akak ni pass by your blog thru UmiMia punye blog,i'm actually her aunty. I ahve 4 girls ranging from 16 to the youngest who is 11 months now.Alhamdulillah semuanya BF fully sampai setahun,lepas tu baru campur Formula bila masa kerja tapi BF bila ada kat tumah. Paling lama menyusu anak no 2 sampai 3 tahun,yg bongsu ni tak taulah berapa lama.

1st of all Congrats atas kesungguhan Adik utk menyusukan baby. Akak pun kerja full time especially masa No 1 & 2, then No 3 and 4 tu masa flexible sikit tapi masih perlukan express BM bila kena kerja keluar sehari suntuk sampai ke malam kadang2.

Ada beberapa tips yg boleh akak kongsikan kalau sudi,ini semua melalui pengalaman aje dan bukannya secara akademik :-)

Memandangkan space for comment is limited, kalau sudi email akak di annieliza.csa@gmail.com, insyaallah boleh berkongsi.

Adik guna breast pump manual / battery / electric..? Brand apa?

Salam Maulidur rasul

Annie
Annie said…
Sebenarnya, Inshaallah tiada masalah kekurangan susu untuk Ibu2 yang bekerja.

Utk increase the supply, kena pump more frequently ie kalau baby below 6 months, sekurang2nya 2 kali waktu pagi dan 2x petang dalam pukul 10 am/ 12 pm 3 pm dan 6 pm.
Jgn bimbang kalau susu yang dapat hanya dalam 3-4 atau kadang2 2 oz saja yang penting frequency kena banyak.

Hasil usaha akan nampak berbaloi bila baby dah 6 bulan ke atas, masa tu pump dalam 3 kali pun akan membuahkan susu yg banyak, lebih kurang 12-20 oz. Ada hari yg banyak , ada hari yg kurang, jadi jgn tension sgt.

Utk ibu yg bekerja frozen BM penting supaya supply sentiasa ada dan ibu2 tak tension.

Berkenaan anak yg tak gemar susu frozen tu, maybe adik boleh share bagaimana the baby sitter de-frost the milk. Frozen BM biasanya akan meninggalkan sedikit lemak di dalam bekas, jika susu di transfer kadalam botol sebelum thaw / cair betul2, lemak akan tertinggal dalam bekas simpanan, itu yg buatkan susu jadi kurang ummph utk baby.

Nak pump pun sebenarnya ada taktik jugak utk bagi volume yg banyak, kalau badan tak bersedia dan tak de rasa 'let down' susu yg keluar akan jadi sedikit, pump macammana pun dan lama mana pun sukar membuahkan hasil,breast and nipple can get extremely painful and sore.
CatlinaFly said…
rose, tahniah dpt menyusukan rafiq exclusively..sy pun tgh kumpul semangat ni, utk adik e-ein nanti..masa gi kursus ade 2 org kwn yang exclusive BF ni so bila diorg gi pumping time rehat, me akan ikut sekali sembang dgn diorg kasi naik semangat :)
Mek Rose said…
UDA
Ooo..takpelah, at least ade pengganti kepada susu tepung tu. cuma susu UHT tu agak mahei la skit kan..eehhhe

ok2 uda..caiyok caiyok!

LIYANA
nak buek camno. jenis susu tak byk. Kenela usaha lebih sikit. usaha paling penting!

ADA
ok ada. nanti akak share kat sini k..:-)

CIK LAH
salam maal hijrah..:-)

KAK ANNIE
wow, terharunya..
thanx kak annie..nnti sy email akak ye..
leh kongsi2 pengalaman.

alangkah baiknye if akak ade blog. leh kongsi ngan ibu2 seperti kami yg ketandusan ilmu ttg bf ni..

sharing is caring..:-)

CAT
thanx cat..
takpe..for coming babies..bf sepenuhnya k...insyaAllah boleh. dah ade pengalaman ni..sure leh bantu kan..:-)
aLyNnZ said…
samalar mcm alin dulu..hr pertama kedua pas deliver susu blum kuar bnyk tp danish sgt pandai menghisap puting dgn sgt brsungguh2 dn disbbkn susu yg blum byk breast jd sgt sakit.tiap kali menyusukn danish rs cam nak hantuk kepala kt dinding pastu kaki jd kejang menahan kesakitan..hr ke3 br kuar susu, susu dh byk breast bengkak plak..pendek kata kena byk sabar..

smua nie pengalaman yg berharga..
Suliana said…
byknye booster yg rose amik. su pun macam nak amik gak, tapi alhamdulillah, blm terdesak lagi.. shaklee tu best tak?? mcm nk try je.mhl?? heee...

Popular posts from this blog

Madagascar Escape 2 Africa Premiere Screening

Masalah Regurgitasi / Muak / Muntah

Rinduuu