Posts

Showing posts with the label Sharing Is Caring

‎4 Golongan Lelaki Yang Ditarik Ke Neraka!

Image
Assalamualaikum.. Pertama:- 'Ayahnya'  Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. (walaupun tutup aurat pakai seluar jeans nampak daging bontot) tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja, maka dia akan ditarik oleh anaknya. Kedua:- 'Suaminya'  Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiamkan diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya. Ketiga:- 'Abang-abangnya'  Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik peremp...

J.A.N.G.A.N

JANGAN dalam Islam........ - JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat. - JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan. -JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna - JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan. - JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan. - JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. - JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. - JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah. - JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia. - JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal k...

Pesanan dari ayah kepada Allahyarham Faris Nur Daniel buat semua ibu bapa...

Image
Buat kawan-kawan semua.... Antara perkara yang kita boleh jadikan pengajaran dari kisah Allahyarham Faris Nur Daniel... 1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc... That might be the last night that he/she does that.  2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.  3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.  4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.  5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats. Bottom line is......Hargailah masa anda bersama anak-anak...Kita tak tau bila kita atau dia yang akan "pergi" dulu. Copy...

Sayangi dan Bersyukurlah dengan Kehadiran Seorang Yang Bergelar Suami...

Image
Assalamualaikum & Salam ceria di pagi Jumaat yang penuh barakah ini... semalam ade terbaca dekat Wall FB salah seorang rakan blogger sy iaitu Salina ibu Aqil seperenggan ayat yg di quote oleh ina..aku baca lama2 tenung..n yakin aku pernah baca artikel penuh pasal benda tu.. apa yg diquote oleh ina ialah.. “ Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” n here it is the full article.....jom baca... SAYANGI DAN BERSYUKURLAH DENGAN KEHADIRAN SEORANG YANG BERGELAR SUAMI www.Halaqah.net Pengirim : hajat Editor : PenaHalaqah SUATU PERJALANAN “Tanggungjawab suami selain me...

Tempat Servis Pam ameda

Image
Assalamualaikum.. entri terperuk yg tak terpublish. luperrr.. aku skang guna pam elektrik ameda & Manual avent. yg manual avent tu senang je takperlu diservis bagai cume kene ganti spare part yg rosak aje.. so..utk semua pengguna pam ameda yang dah biasa servis pam dengan Mr. Tan yg dulunya ofis beliau terletak kat Sri Rampai, KL..tapi skang dah pindah tau.. Mr. Tan Suite 1-3B  N-tatt Building No. 2, Jalan TP5 Taman Perindustrian UEP 47600 Subang Jaya, Selangor Tel: 03-80239963 Fax: 03-80239263 9.30 a.m - 6.30 p.m landmark dia: Behind 'Follow Me' factory aku ade hp no. Mr tan..if ade sape2 (manela tahu kan) nak no. hp dia....leh email aku tanye..roslina [dot] muhamad [at] gmail.com bukan apa..if guna hp lagi senang sbb Mr. Tan ni sgt2 friendly..kdg2 time dia cuti pon dia leh dtg ofis dia kejap dihari cuti semata2 nak servis pam kita tau.. ok korang, harap dpt membantu pengguna Pam ameda. gambar lama..masa zaman ...

Kisah Norma, Pesakit Barah Otak tahap 4

Image
Assalamualaikum.. Berat mata yg memandang...berat lagi bahu yg memikul bila tengok &  baca kisah Norma ni... aku pasti..ramai dah blogger2 tahu pasal Kisah Norma yg sedang bertarung nyawa dengan Barah Otak tahap 4! dah lama aku follow kisah norma ni..baru arini nak share sini..maybe ade lagi rakan2 blogger yg tak tahu..so, jom singgah di blog Kakak Ipar Norma iaitu Moon . Kat situ ade citer kronologi dari awal hingga sekarang keadaan norma.. ape yg buat aku tersentuh sgt dengan kisah hidup Norma ni..sbb nama anak dia sama ngan anak aku!..Tiap kali baca nama rafiq..bercucur2 air mata kuar & ingat anak kat umah..ya Allah..bila tengok kesusahan org..beri sedikit kesedaran utk diri sendiri...kita rasa susah, ade ramaiii lagi org yg susah & bertarung dengan dugaan Allah yg maha hebat. norma semasa sihat...  Sooo comel..Abd Rafiq.  Alhamdulillah...Norma dah boleh keluar dari hospital utk rawatan alternatif..hari ni a...

Takzirah: Jenis2 Syirik

Image
Assalamualaikum.. Last week, tazkirah yg kami dengar ialah tentang AKIDAH. tempat aku mmg selalu ade tazkirah..ustad/ustazah yg bagi tazkirah ialah dari CITU (Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam) UiTM Shah Alam. Dapat pulak Ustaz Hafiz..mmg bess sbb dia bagi tazkirah takde teks2/slide bagai. Semua dalam kepala dia & cakappp non stop dengan point2 yg sungguh enak didengar..Uik..sekali lagi..seorang ustad yg bagi aku.."sejuk perut ibu mengandung" hehehehe... Dalam tazkirah yg diberi..Topik syirik amat menarik minat aku. Aku balik ofis, n cari info2 berguna selari dengan ilmu yg baru aku dapat tu..sesungguhnye byk lagi ilmu agama yg perlu aku selidik, korek sbb aku sendiri sgt kerdil berbanding org2 lain yg tinggi ilmu agamanya.. Sepertimana yg kita tahu..Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa jua bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yg lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah. ...

MyDear Warehouse Sale 30/6 - 10/7/2011

Image
Assalamualaikum.. MyDear Warehouse Sale kembali lagi...jom ramai2 serbu..tapi den tak tahu la buleh pegi ke tak. Somi bz semedang. Weekend ni ke Kedah plak si dia tu..haihh...ape2 pon..just nak share sini..kot2 ade kawan2 yg nak pegi n tak tahu adenye sale ni...:-) When: 30 June - 10 July 2011 Time: 9am - 7pm Products offered during MyDear Warehouse Sale: Baby Car seat Stroller Tricycle Toys and more Check out MyDear Warehouse Sale at: 34, Jalan Meranti Jaya 10 Meranti Jaya Industrial Park 47120 Puchong Selangor Tel: 603-8060 0093 sapa2 yg pernah pegi warehouse sale tahu2 jela kesesakannye kan..dinasihatkan tak perlula bawak anak kecik masuk dalam tu..sian teman tengok. Stroller pon if boleh elakkan la..kang berlaga2 ngan org ramai..huhu * ade ramai kawn blogger yg cakap takleh nak tinggal komen. begitu juga tgk kat status FB demer yg takleh nak post posting langsung..aku ghase blogger buat hal la..tapi aku leh lak wat posting n pegi tinggal komen kat bl...

SAJAK: AJAIBNYA TANGAN IBU

AJAIBNYA TANGAN IBU Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap, Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman, Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata, Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia, Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang, Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,  Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang. Namun, Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap, Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata, Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu? Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad... Ketika jenazah ibu nak dimandikan... di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir. Tan...

Susu Terakhir Buat Si Kecil

Assalamualaikum.. kisah ni aku copy paste dari Facebook...sangat2 touching! subhanallah..besarnya pengorbanan seorang ibu.... >>>>------- Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga. Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kes...

Doa Untuk Ibu Hamil

Image
sumber: email

Hantar anak ke taska seawal usia 3 tahun..patut ke tak patut ye??

Salam, Last week, aku sembang ngan pengasuh rafiq pasal bayaran kalau hantar anak 2 org..pengasuh rafiq cakap (mamact).."skang ni semua org kat sini diaorang amek RM450..dulu2 yela diaorang amek RM400..tapi dah semua org camtu..akak pon ikutla..*sambil senyum*" aku iyakan ajela kan..sbb aku paham..skang ni semua benda nak naik rege. Dalam kepala otak ni duk ligat la memikir..Tahun depan, 2012 even rafiq baru 2 tahun 6 bulan...dah dikira 3 tahun la kan??  Kakak aku pernah sarankan kat aku, baik hantar taska yg dia pernah hantar anak dia si Ika tu..dari pagi sampai petang depa jaga siap ajar macam2..membaca, menyanyi & aktiviti2 lain yg mmg utk tahap umur budak 3 tahun sbb taska tu amek budak berumur 3 tahun ke atas..baby depa tak amek... aku ade gak tengok2 kat area seksyen 7 tu...CIC (children Islamic Center) RM250 sebulan..tapi kelas sampai kul 12 je..nnti nak transit lagi ke rumah pengasuh..nnti kang sape lak nak amek & anta rafiq? takpelah. kang aku dah ade or...

Nak mintak pendapat Korang tentang Bahaya mandikan anak malam2..

Salam, Hanya nak mintak pendapat kawan2 semua..tentang mandikan anak malam2 dalam kul 9-10 camtu...actually, hari2 mmg pengasuh dah mandikan rafiq ni..dalam kul 4 ptg camtu dia dah siap mandi semua.. rafiq ni sejak akhir2 ni nak makan sendiri, sudahnye mmg abis comot ..mmg berbau la satu badan tu..nak2 lagi kalu makan benda2 bersup..abis lenjun. Nak disuap mmg tak nak dah. nak makan sendiri. Rasa besor sgtla tu diri..haihhh... sudahnye, sejak ahir2 ni aku selalu mandikan dia time nak tukor baju & pempes before tido. Ade la jugak tak mandikan..tapi kebanyakkan aku mandikan la.. bukan mandi beriya cam mandi siang tu..tapi mandi main2..buh air kat tapak tangan..then buh kat badan dia sambil sental ngan sabun skit2 nak kasi ilang bau..buh air kat kepala & bilas2.. org2 tua kata tak bagus mandikan anak malam2..takut paru2 berair..aku ade gak terpikir pasal tu. bkn takde langsung..tapi bila dah tgk anak tu comot, berbau..camno nak tido kan? kdg2 ade gak aku lapkan aje ngan air....

Bukit Gambang Resort City, Kuantan Pahang

Image
Sabtu baru ni, kami bermalam di Bukit Gambang Resort City. Esoknya, 10.10.10 ade kenduri kawen kwn baik hubby masa zaman U dulu.. Kami mmg dah aim tempat ni sbb baru lagi kan..nak tengokla camne suasana dia..mane tahu sesuai utk ajak family dtg bercuti ka apa kan for next time.... kat Hentian Temerloh.. rafiq sejak akhir2 ni bila aku cakap rafiq senyum..dia akan bergaya camni..ahahahaha..cam model kepok lekor je ibu tengok mat rafiq weh! As usual..well behaved...gud boy..:-) Okla resort ni..banyak aktiviti leh buat..tapi dinasihatkan utk buat booking awal..sbb masa kami walk in..mmg kene bayar utk bilik mahal la.. sebelumpegi aku dah search kat tenet pasal resort ni n tgk rege mmg tau dah mahei..tapi nak g juga sbb nak tgk camne tempat tu kan..Studio suite (RM 228) yg kami ingat nak duduk tu dah takde kosong..tapi Studio Suite utk Corporate punyer ader..RM288..perghhh..giler mahal! tapi dah terdesak kan..kami stay jugak la..masa tu lak rafiq tido nyenyak lam keter..kul 7 dah kot masa...