Sayangi dan Bersyukurlah dengan Kehadiran Seorang Yang Bergelar Suami...




Assalamualaikum & Salam ceria di pagi Jumaat yang penuh barakah ini...

semalam ade terbaca dekat Wall FB salah seorang rakan blogger sy iaitu Salina ibu Aqil seperenggan ayat yg di quote oleh ina..aku baca lama2 tenung..n yakin aku pernah baca artikel penuh pasal benda tu..

apa yg diquote oleh ina ialah..

“ Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.”

n here it is the full article.....jom baca...





www.Halaqah.net
Pengirim : hajat
Editor : PenaHalaqah

SUATU PERJALANAN

“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri.. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.

Teringat pesan ayah di suatu petang...
“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.


SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga.. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:


“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.


YANG LEBIH, YANG KURANG
“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.
“ Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.


ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.”
Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.
Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi




**sumber2 yg aku dapat n penulis asal juga editor ade dekat atas..hanya sekadar renungan bersama..sharing is caring kan?

Comments

Unknown said…
betul! bila kita terlalu memandang kekurangan orang, so akan terbit rasa tak puas hati. bila kita selalu memandang kebaikan orang, pasti terbit kekaguman dihati..alhamdulillah, saya syg suami saya walaupon sesekali menangis juga kerananya hihihihih
kakakakak...

sentap aku mekkk...

ala biaselah.....ngomel2 bukan tande tak sayang or tak hargai.....lakik wehhh..mane plak tak sayang..mane lak tk hargai....

marah2...ttp pojaan ati kuh..memalam...ttp nak gigit telinge dia....

kuikukuikuikui...

=)
Ibu Lala said…
syukur sgt ada org yg sudi kawen dgn kita kan. Kalau x de suami kita tu, sape yg nak kawin dgn kita...
hehe..kena renung dalam2 ni.. Insyaallah sentias beringat selalu supaya rumahtangga aman bahagia ...Insyaallah...
LYAfrina said…
baca n3 ni... betul2 menusuk kalbu... sbg sorag isteri.. xkira buru mcm mana pun suami.. tp.. dia lah y tbaek dlm hdup.. n perlu igt..syura kt ada bwh tapak kaki suami..
KuNanGKuNanG said…
sy yg belum bergelar isteri ni pun tersentuh baca n3 ni..panduan juga tuk sy dimasa depan.
Cik Melor said…
rose i baca tampalan ini tau....hahhaha
Izan Ishak said…
setuju rose... sentisa lihat kelebihan yang ada pada suami kita dan bukan nak dibesar2kan kelemahan dirinya. kita kan saling melengkapi antara suami n isteri...
Salina@IbuAqil said…
Eh! Eh! Padan ler tersedak.. Ada org sebut2 rupanya.. Hik3!!!
Betul tu sis.. Buat renungan.. Supaya kita bersyukur dgn hadirnya dia.. ;)
Happy weekend dear.. ;)
[leily.laily] said…
sokong...
tp kdgkala hati ni rasa x puas ati sokmo kan, asik nk dpt yg molek sokmo..
huhuhu..
pasni kena print artikel ni .. =)
Abam Kie said…
hargailah suami anda sebelum dia mencari lain. Ada isteri yg suka mencari kesalahan suami. sedikit x kena maka berhari2 dia merungut. last2 dia minta cerai biarpun baru sebulan kahwin...kalau x boleh menerima suami seadanya jgn la kahwin...
ch@ said…
betul tu kak, kita kena ingat akan kebaikan suami. kadang2 hangin juga, tapi bila dia buat sesuatu yg menggembirakan sudah cukup baiklah tu.
Dee said…
k dee paling setuju part yg ini..suami kita ada kekurangan..apatah lagi diri kita sebagai isteri..nobody's perfect..so, k dee bila rasa sedih suami tak ikut gi jalan2..k dee kenangkan kebaikan2 dia..banyak sebenarnya..termasuk memberi izin k dee have fun ngan kawan2 dan membantu kerja rumah..hari2..alhamdulillah dikurniakan suami sebaik dia..

Popular posts from this blog

Madagascar Escape 2 Africa Premiere Screening

Masalah Regurgitasi / Muak / Muntah

Rinduuu