Rafiq Demam
Salam,
Semalam aku EL. Entry sebelum ni adalah auto publish entry so tak dan lagi nak reply komen2 korang...:-)
Biasanya nak naik bulan rafiq demam. Tapi kali ni lain plak style dia. Demam seminggu selepas naik bulan. Hehehe
Ok2..actually malam rabu tu rafiq dah demam skit2. so aku just bagi ubat demam yg dah sedia ada jelah...suhu pon dalam 37.7 camtu. Kira leh lagila nak bagi ubat2 yg ada..then as usual anta pengasuh..masa amek dari umah mamact, demam dia dah kira ok..n hampir takde. So, aku just bagi je paracetamol yg ada. Tup2..tengah malamnye naik mendadak. 38.5..aku lap2 badan..suhu turun skit...
Terjaga kul 4.30 pagi..dia merengek tak selesa..panas sgt masa tu. Dah cecah 39.3..disebabkan lepas nyusu dia tido balik...aku pun pikir takpelah, pagi nanti g klinik. Terjaga utk solat subuh..naik lagi suhu dia beserta muntah yg banyak..Ya Allah...terus melompat..kami terus ke DEMC..masa kat spital suhu dia 39.8. WoW! then doc bagi ubat nihhhhh
Ubat bentuk peluru. Masuk ikut vontot..kikikik..tapi mmg berkesan la beb ubat nih! kejap je suhu badan rafiq turun. dah lama nak beli utk simpan in case tiba2 suhu badan dia naik. tapi tak terbeli2..tup2 td mmg spital bagi. Bagi means bayor ye. bkn free..agagaga...
Ubat ni hanya boleh digunakan jika suhu badan bb tinggi sgt2 je tau. Bkan main taram je bagi. Then bila dah bagi ubat ni, paracetamol hanya boleh diberi selepas 6 jam pengambilan ubat peluru nih.
tapi aku tak retila nak guna. lepas ni if suhu dia naik tinggi lagi..camno aku nak masukkan ni weh? help! semalam nurse tu tutup langsir masa kasi ubat ni kat rafiq. huhhu
ciannye boboy ibu demam..lepas kene ubat peluru tu sedas terus tido bila sampai umah...*tido disebalik bayang2 sinar cahaya matahari pagi..ngeh ngeh ngeh*
Pagi ni nampak cargas dah skit si rafiq. harap2 okla tu duk ngan mamact..tak sampai ati nak tinggal kat pengasuh tadi. memandangkan cuti dah nak abis, terpaksa juga anto..huhu.
Comments
aah ubat vontot tu cpt gila trunkan suhu..hehe.. get well soon ya rafiq!
Qis pon dulu pernah bg masuk ubat tu..suhu 39'c..Ubat tu mmg mujarab..masuk jap jer dh turun panas..tp mmg x leh bg suka2 camtu jer..
Hope..Rafiq cepat sembuh yer!!
alahai..siannya rafiq demam..adam pun demam gak ni..ON OFF..semlm panas..pastu sejuk..panas, sejuk..risau plak..selasa tu dah ok, pastu semlm panas balik..dah dkt seminggu..
hari ni dia dh ok..hopefully rafiq pun dh ok..
tinggi tu suhunye.. mulut pun merah je.. mesti rafiq merengek je kan..huhu
moge rafiq cepat sembuh ye :)
tula, jangkit darwisy ke? eheh rafiq merengek2 jugak. tp main pn dia jugak. tak reti duk diam! thanx fiza :-)
aisha,
sy dah demam dulu..ni rafiq baru jangkit. hehe..thanx..:-)
suliana,
oooo kene simpan peti eh? depa tak habaq pon. ha? pelincir? mano lak dpt tu su? huhu..betu2..takleh suka suki guna..thanx ye..:-)
anje,
ooo..sebab tu doc tu cakap takleh sebarang bagi. if tinggi n cecah 39 ke atas baru leh bagi. yes..pantaz gile!
siti,
thanx auntie..:-)
lily,
betul3x..doc tu bagi sbb tinggi sangat semalam. thanx lily..:-)
zimah,
rafiq pon camtu tau. on off..kejap panas..kejap sejuk. haih..if sabtu ni dia still demam kene g spital utk amek darah! jgn biar tau zimah..bahaya tuh!
zai,
tula. terkejut den. sbb ni 1st time bagi. mmg mujarab la..hehhe
iena,
ang tak penah bagi kat dak arip ka iena? haa..pas ni if demam tinggi cecah 39 darjah leh la coba bagi. sekejap je suhu turun tau.
mimie,
wekekke..ntah2 sy pon camtu nanti..tapi harap2 la utk demam kali ni suhu tak cecah 39 dah! aminnn
kak dee,
sib baik ade 2 org kat sini suh letak dalam fridge. if tak sure dia akan cair tuh..ehehe
siannye..smoga mimi cept sembuh k..
ena,
rafiq dia just merengek2 je mek na..cuma bila demam ni nak sy dakap je..sian sunggoh.thanx ena..:-)
ubat tu kene basah kan sikittttt je, n sumbat lah dlm bontot die.. kalau kering, tkt x leh masuk plak.. n kalau basah sangat tkt nnti die kuar balik.. so letak siiiiikkiiiittttttt je air tau!
x sanggup bila tengok anak demam ni tau..nangis wooo!
mmg chugie..risau tau anak demam..huhu
ubat bontot tak penah pkai selama ni...penah simpan lam peti ais tak penah nk guna utk ank2..takuuut..
tp ubat tuu mmg berkesan lar ilang terus demam tp mengikut pengalaman after 5 jam dema panas semula..