Tanda-tanda Awal GOUT



Saya ingin kongsikan pengalaman Suami saya sendiri, Pesakit Gout yang makin pulih. Ikhtiar bersama SHAKLEE


Apa itu GOUT?

Gout adalah penyakit yang disebabkan oleh Asid Urik yang berlebihan dalam darah kita. Hablur/kristal Asid Urik yang berkumpul/termendap di sendi atau dalam sendi boleh sebabkan sakit sendi yang berlarutan.




Pesakit-pesakit yang menghidap gout mengalami peningkatan aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik, atau gabungan kedua-duanya sekali.

Ketidakseimbangan pada asid urik juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan, makan makanan kaya dengan purin,obesiti,pengambilan alkohol berlebihan,masalah pada buah pinggang serta penggunaan ubat ubatan seperti diuretik dan aspirin.


INFO Ini adalah berdasarkan pengalaman suami saya sendiri.

Simptom GOUT 

Tanda-tanda awal 


  1. Kadangkala sendi secara tiba-tiba terasa seperti terseliuh terutamanya bila cuaca sejuk/duduk dalam penghawa dingin dalam tempoh yang lama
  2. Terasa sakit pada sendi bila diberi tekanan (memijak, menekan & memicit) sesuatu. 
  3. Terasa sakit tapak kaki waktu bangun tidur di pagi hari.
  4. Doktor pada kelazimannya akan mendiagnos sakit urat/saraf & memberi Pain Killer/ubat tahan sakit & krim sapu untuk melegakan tempat yang sakit.
  5. Kemungkinan besar bacaan Asid Urik dalam badan adalah sekitar 400-450 Âµmol/L 

Tanda-tanda akhir 

  1. Terasa sakit di sendi terutamanya pada sendi ibu jari kaki,lutut dan pergelangan kaki. Sendi itu akan sakit apabila disentuh dan mungkin diikuti demam menggigil akibat daripada kesakitan yang teruk.
  2. Sendi membengkak,kaku serta menjadi panas dan merah secara serta merta bila disentuh dan menyebabkan pesakit menjadi demam
  3. Benjolan akan timbul dekat sendi serta cuping telinga yang disebabkan oleh timbunan asid urid yang mungkin kelihatan seperti kapur
  4. Sakit akan bertambah jika sendi diurut atau disapu minyak panas atau ditekap dengan ais. Ini kerana hablur kristal akan bertindak balas dengan perubahan suhu.

SEKIRANYA ANDA MENGALAMI SIMPTOM-SIMPTOM DI ATAS, SILA MENJALANI PEMERIKSAAN DARAH & DAPATKAN BACAAN ASID URIK BAGI MENGENALPASTI SAMAADA ANDA PESAKIT GOUT ATAU TIDAK.


TESTIMONI GOUT

Selepas disahkan GOUT, suami saya enggan cuba usaha dengan Shaklee. Bahkan terus mengambil ubat gout, ubat tahan sakit yang diberikan oleh doktor. Selepas disarankan oleh beberapa rakan pengedar shaklee yang sudah bebas dari gout & melihat sendiri testimoni2 yang dahulunya kaki membengkak tidak boleh pakai kasut, tapi kini dah boleh pakai kasut seperti biasa, barulah suami saya bersetuju untuk mencuba shaklee. Mungkin baru terfikir sampai bila nak bergantung pada ubat-ubatan yang sudah semestinya mengandungi steroid.

Selepas 3 bulan suami saya mengamalkan suplemen Shaklee, Alhamdulillah perubahan ketara dapat dilihat. Jika dulu tidak boleh makan seafood terutamanya udang, sekarang boleh makan tapi dalam kuantiti yang sedikit. Dahulu, tak boleh tersalah makan langsung seperti seafood, daging kambing & lembu, ikan bilis, sardin & macam-macam lagi yang perlu dielakkan. Sejam selepas makan pasti akan terus rasa sakit di tapak kaki & kerap mengambil cuti sakit serta tidak boleh solat seperti biasa. Pergerakan terbatas.

Suami saya masih dalam fasa awal untuk menyingkirkan asid urik yang agak tinggi dalam badannya. Detok toksin dari dalam badan amat penting. Jom lihat apa yang dia amalkan...:-)
  1. Vivix 
  2. Alfalfa Complex
  3. B-Complex
  4. Sustained Release Vita-C 
  5. Garlic
jika dilihat dari senarai di atas, ada 3 item khas untuk menurukan serum asid urik yang terkumpul dalam badan & seperti biasa, Vivix sentiasa menjadi pilihan utama kerana mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular.


Setelah diamalkan selama 3 bulan secara konsisten, alhamdulillah nampak perubahan yang ketara. Sebenarnya saya kalau boleh nak elakkan suami saya dari mengambil pil tahan sakit & ubat-ubatan lain yang mengandungi dadah. Alhamdulillah dengan ikhtiar bersama SHAKLEE, sudah nampak banyak perubahan.


Di bawah adalah Keputusan dari Ujian Darah & Urin suami saya masa dia mula-mula disyaki ada Gout. InshaAllah akan membuat ujian darah sekali lagi untuk melihat berapa bacaan terkini. Akan diupdate satu masa nanti. Bacaan pada tarikh ujian adalah 508µmol/L 






CADANGAN PENGAMBILAN VITAMIN SHAKLEE




PRODUK
KUANTITI
KALI
CATATAN

Vivix
2
2
Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular
Alfalfa
2
2
Menurunkan asid serum
B-Complex
4
2
Asid Folik penting dalam metabolisma neucleoprotein
Vita-C
1
2
Menurunkan serum asid urik
Garlic
2
2
Kurangkan sakit & bengkak


**Boleh tambah herblax, Ostematrix, Vita-E & Omega Guard




Kita hanya berusaha & tuhan yang tentukan. Yang pasti, janji Allah itu pasti untuk orang-orang yang berusaha untuk meningkatkan kesihatan tubuh badan agar sakit tidak berlarutan & mengganggu ibadah serta urusan kita sehari-hari

Jika anda inginkan khidmat nasihat & cadangan, boleh hubungi saya.




Comments

Kamsiah yusoff said…
kalau berkesan,berbaloi melaburkan duit,kan...vivix tu ehemmm boleh tahan harganya hehe
Mek Rose said…
salam puan kamsiah,
betul tu...bila ada kesan mmg akan rasa berbaloi2. shaklee always safe & works inshaAllah ..
melabur untuk sihat adalah pilihan terbaik..aktiviti harian & ibadah pon dpt dibuat dgn baik..vivix x mahal sebenarnya jika nk dibandingkn dgn keberkesanannya..:-)

Popular posts from this blog

Madagascar Escape 2 Africa Premiere Screening

Masalah Regurgitasi / Muak / Muntah

Nombor Bertuah