Pengalaman Bersalin - Part 2


sambungan...its a long entry. read during free.

SETAHUN YANG LALU...14 JULAI 2009


MASIH DI WAD OBSERVATION

pagi2 lagi ada 3 doktor bertugas datang kat katil aku cek itu ini n tanya mcm2..sorang doc lelaki chinese n 2 org doc pompuan sorang melayu *baik sgt doc ni* & sorang lagi doc warga libya.

Then, Nurse datang bawak alat check BP & CTG. CTG ok, n BP aku dah turun skit. Tapi doc ckp still under observation.

sempat lagi aku tanye.."doc, if sy nak balik buleh? tu BP sy dah turun skit tu?"
doc tu senyum n cakap.."baru turun skit puan, but masih tinggi"
if korang nak tahu, bila tgk BP aku dah turun sikit aku msg suami aku, "abg leh la g Johor, BP syg dah turun skit" ahahahhah...konon la kan. padahal nak kene masuk labor room jap lagi tuh.

sampai hari ni suami aku simpan SMS tu. Dia cakap, if dia jd lurus bendul n pegi je johor on dat day, ape akan jd kat aku gamaknye kan? hahahha!

ok2..lepas nurse cek CTG, doc melayu tadi tutup langsir. dia cakap nak cek bukaan.

aku terpingga2. dari cite kawan2 depa seluk bawah tu if nak tgk bukaan. Aku dah takut dah. siap cakap kat doc tu.."saya takutla doc" huhu

doc tu cakap "its ok..its normal procedure. Berdehem ye if sakit. Just relax n lembutkan badan"

OO EMM GEE! sakit weh. rasa nak nangis je! *aku kan cengeng*. pastu doc tu cakap, bukaan kosong..ZERO okeh!

pastu aku menjawab "mmgla doctor, sy belum sakit nak bersalin..ngeeee" *sempat lagi wat lawak bodo*

pastu doc tu cakap "normally, in week 38, ada juga patient yg dah ada bukaan"
aku: OoooOOooo *melopong* :D


rasa tak selesa lepas kene seluk. serius beb! sape2 yg pernah rasanye tu taulah rasa camne. huhuhu. Dahla aku malu2 tenuk masa tu. 1st time kene camtu dek doc kat PPUM..agagagaga

ayat terakhir yg aku ingat dari doc melayu tu..."ok Puan roslina, boleh siap2 untuk ke labor room. kita induce pagi ni ok"

nurse datang..dan bagi penerangan sikit2. Barang2 semua takleh bawak. Bawak diri je. Handphone pon kene tinggal. kene bagi kat suami. Dahla suami aku lom sampai lagi. haihh..*ni kan spital gomen. semua straight*

sebelum matikan hp, aku sms suami aku, cari kat labor room. level 2.

Then nurse sorong aku ngan wheelchair ke labor room. Bilik no 17. Eh ke 15 ek? aku lupe dah. Meremang bulu roma aku. Then baring kat katil. Bilik tu sejuk giler. Sampai aku gigil..Kat PPUM ni, once dah masuk bilik tu..sakit kat situ, bersalin pon kat katil tu..takde transfer2 kat lain dah..if 24 jam sakit..ha duk la situ heh!


LABOR ROOM

Nurse amek bacaan CTG then datang 2 doc datang nak buat prosuder induce. Lepas tanye itu ini, dalam kul 10.45, Doc tu masukkan pil. Sentap jugakla. Tapi takdela sesakit nak tgk bukaan tuh!

aku tak ingatla lepas brapa jam baru aku leh bangun..tapi agak lama gak la kene baring sambil tgk bacaan CTG. hazab jugakla sbb kene ngereng ke kiri skit. sambil nurse ampu ngan bantal.taula kan akhir2 pregnant nak tampung berat bb lagi.

bila dah abis tempoh tu, aku jalan slow2 g cari suami aku.yela, hp kan takde takut2la dia tercari2 aku. bila nampak je suami aku, terus2 aku jd sebak tau..rasa nak dia ade kat sebelah aku..tapi malangnya PPUM mmg nak benarkan suami masuk..

aku citerla sakit n mcm2la..*ngadula konon* and as usual suami aku kan org yg selalu coolkan aku. cakap semua akan ok..kene sabar n doa byk2..

lepas sembang2 tu..aku kene panggil sbb nak tgk bacaan CTG. Dan2 tu aku nangis2 lagi..tapi control2..huhuhu..sedih wooo..lain la spital swasta kan..suami sentiasa kat sebelah leh bagi dorongan n sokongan. Apekan daya, masa pregnant byk sgt masalah, tu aku decide nak bersalin kat spital kerajaan.

Aku kerap nak buang air besar and kecik. Kejap2 nak bangun. Dahla hazab nak bangun nk turun dari katil. Ngan kesejukan gigil2 nye lagi..Haih..

Doc cakap itu kesan ubat induce..akan buat kita nak terberak aje. ehehheh..Pastu nurse panggil lagi. sampai nurse tu cakap.."roslina, bawak2la baring kat bilik tu.." huhuhu..at this moment, i just need my husband by my side.

Dalam kul 1.30 ptg camtu, doc nak cek bukaan..dan hampa..tiada bukaan langsung! then doc tu cakap, Ok, kita bagi pil ke-2..if yg ke-2 takde kesan gak, baru akan bagi ke-3..adui amma appa..aku takutt!

Camtula aku duk ulang alik kuar jumpe suami, Buat CTG, g toilet sampaila petang..

Dalam kul 4 petang, doc mai cek lagi..doc tanye ade contraction tak? aku jawab takde. cuma sakit2 sbb kene seluk adelah.ngeee...then doc tu siap2 nak masukkan pil ke-2

tak sampai 15 minit..aku dah rasa mild contraction. rasa cam period pain..Sejak dari tu, aku rasa contraction datang bertalu2. Bila dah tak tahan, aku kuar g cari suami aku. Nak bersembang pon aku takleh sbb tahan sakit. Suami aku sempat bagi makan kurma & minum air selusuh. Kurma sbb nak bagi tenaga.

Patient kat sebelah aku chinese dah selamat dah bersalin anak ke-2..dia punyer meraung masa contraction mak aih..gegar bilik tu..kuat tol menjerit. huhu

Sakit berlarutan sampai ke malam..dalam kul 10 mlm, ada pakar n doc pelatih dtg tgk aku. Masa tu contraction & bacaan CTG masih cantik..

Sakit memulas cam nak berak pon ade..sakit tak tahu nak cakap camne. Rasa nak putus pon ade pinggang aku. Tapi yg aku pelik. Aku tak menangis. Tak kuar air mata aku walau setitik event sakit rasa nak putus nyawa. Ada satu ketika, bila contraction ilang, aku terlelap beberapa saat. Then terjaga bila contraction datang lagi.

Kul 10.30 sorang doc tanye, nak EPIDURAL tak? aku dah tak tahan..aku angguk je! lagipun gomen tanggung bil. so tak perlu risau pasal kos dia..muahahaha

kul 11.30 lebih, doc cek bukaan. Sakit contraction, sakit kene seluk. Ya Allah, aku rasa if tak kuat iman aku dah meraung sekuat hati. Tapi aku ingat Allah..hanya "ALLAH..ALLAH..ALLAH" yang aku leh sebut masa sakit tuh..sampai ade doc cina lelaki tu cakap "u're strong gurl, keep it up" maybe dia tgk aku tak nangis kot.

bukaan 2 cm! what?? dah dekat 8 jam sakit hanya 2cm terbuka jalannya? dugaan sunggoh!

Kul 11.45..datang satu doc. Aku tak sure tapi kt baju tulih "PAKAR BEDAH"...dia cakap "nape bacaan CTG camni? tukar mesin cepat!!.".tergopoh gapah nurse tukar mesin baru...but still, bacaan tak betul. Doc tu masukkan satu alat kat bawah tu utk cek denyutan nadi kat ubun2 bb. Dia lebih kurang salur kencing la..cuma ade alat kecik bulat seketui as detector. Ya Allah, ngilu sunggoh rasa bila alat tu dimasukkan. sakit pon ye. then baruleh dengar kat mesin CTG.."Tok, Tok, Tok, Tok.." tadi takde bunyi lansung. aku pon naik risau.

lepas tu pakar bius datang, suh sign borang utk epidural. Dia bagi satu kertas tertulis ape kesan dia if amek epidural. Aku cakap "takpe doc, sy tak tahan dah ni..sy nak epidural!"

lepas sign, doc tu g prepare utk kasi epidural. Ada sorang doc pelatih wanita, warga Austria dtg kat aku tanye "Mem, have u read this?" sambil tunjuk kat aku kertas syarat2 epidural. aku just cakap "can u read for me. i can't focus on it anymore. i just need epidural..please!"...at this stage. aku dah takleh nak cakap & bernafas. aku tercungap2...dia cool kan aku utk aku lupakan sakit aku tu kejap..

kul 12 am camtu, dtg 2 doc..check aku. Bukaan 3cm..Ya Allah. sakit dah lebih 8 jam baru 3cm?? sejurus lepas tu, doc pecahkan air ketuban aku. guna alat panjanggg..ngeri lak tgk..ahahaha..tuppp..tiba2 rasa panas je. bes la plak sbb bilik tu sejuk sgt..ahahaha. Doc pecahkan air ketuban utk cepatkan bukaan.


BERMULA LA DRAMA


lepas cek bukaan, doc tu tgk bacaan CTG and berlaku la drama yg ngeri dalam hidup aku. serius!...

dalam kul Doc tu cakap."eh, ini sleeping pattern ni..nurse..please..panggil doc bla2"..aku tak ingat ape nama.

terus jd kelam kabut. Pakar bedah dtg n doc yg kira otai skit dtg n sahkan mmg sleping pattern bacaan CTG. Meaning, bb dah distress..low heartbeat. leh sebabkan baby lemas n innalillah...
"Nurse..prepare for emergency operation..c-zer!" itu ayat yg paling buat aku tergugat. tergiang2 lagi kat telinga nih

tiba2 zassss..aku rasa cam kelam..kabur..cam gelap..nurse tu goncang2 aku sampai aku tersedar alam nyata balik. aku cakap aku rasa nak pitam. then ade doc dtg kat aku tepuk2, urut2 aku suh byk beristighfar...sbb dia taknak aku pengsan. Then depa masukkan salur kencing. Dah sudahnye ade 2 salur kat bawah tu..satu nak dengar degup ubun2..satu salur kencing. hazab okeh.

Masa tu nurse dah kelam kabut then prepare utk ke labor room. masa ni aku baru start nangis. aku takut. aku perlukan suami aku. serius! aku takut sangat2! rasa cam dalam drama.

ade nurse yg otai tu cakap "jgn pikir sgt sakit tu dik..istighfar byk2" uhuhuhuhu...

Then kecoh2 plak kat luar bilik mintak suh cari suami aku. sib baik en affandi ade kat luor. mintak sign utk emergency operation.

Pastu berlari2 nurse sorong aku ke OT..bergegar gak rasa otak bila kene tolak ngan katil tu..heheh..yela, depa terpaksa berlari2..takut bb lemas. kuar masuk lif n akhirnya sampaila ke OT..at this stage..suami kene tinggal luar..sempat la dia cium aku and said.."abg ada kat sini k.."..sebak weh!


IN OPERATION THEATER

Rasa sejuk mencucuk2 sampai ke tulang taktala masuk ke bilik ni. Labor room aku dah sejuk gigil2. tapi bilik ni laagi sejuk!

Aku diangkat ke katil operation. Nak angkat diri sikit utk di tolak pon aku dah tak bermaya. sakit sangat2..contraction bertalu2. Doc2 kat situ sangat sangat baik..semua soft spoken. depa cakap.."its ok puan..slow2.."

Dah baring ateh katil..ternampakla lampu bulat besorrr yg aku selalu tgk dalam tv selama ni..n dat day, aku alami sendiri..pergghh..ngeri!

Aku diberi separa bius, means aku still sedar. Pakar bius yg nak bagi aku Epidural td la yg bius aku..Spinal bius. Sakit gak la..rasa cam kene karen..ahahaha..Kene duk tegak, n bongkokkan skit badan sambil di ampu bantal..doc suh lembutkan badan..jgn stress sbb if tersalah inject akan bagi kesan seumur hidup atas tulang belakang aku. Tiba2, zaassss rasa cam karen masuk kat belakang..aku menjerit jugakla..heheh..tapi still leh tahan..sakit contraction masa tu lagi sakit okeh! doc ckp, jarum tu setebal sehelai rambut. kicik je kan?

10 minit camtu, doc tanye "sakit tak puan? sy cubit peha u ni" aku cakap tak. Then bermulala operation....if korang nak tahu..lepas kene bius, contraction ilang sekelip mata.

Camne feel kene operate? ehehhe..seram gak la..sbb org duk godek2 perut kita..mula2 rasa cam kene toreh2..tak pedih tpi still leh rasa pergerakan tuh..then lapis demi lapis..lama gak la..aku tak sure..then rasa perot dirodok2, digodek2 agak kuat..upenye nak kuarkan badan bb..

sepanjang operation, badan aku menggigil kesejukan. Nurse dah bagi alat yg leh panaskan badan..tapi takleh buat aku hilang rasa sejuk. Sejuk ekon & sejuk ketakutan..hanya Allah yg tahu perasaan aku masa tu.



15 Julai 2009, BERMULA FASA BARU DALAM HIDUP AKU

Tepat jam 1.13 pagi, 15 Julai 2009...terdengar depa cakap ramai.."Okey...baby dah kuar..."

aku terpingga..mane bb? tibe2 bunyi bb nangis..

Ya Allah..masa tulah aku nangis...sebelum tu aku tak nangis sgt. pelik tol.eheh
nangis sbb gembira...Subhanaallah...

Masa doc jahit2, nurse bawakkan bb kat aku suh tgk.."baby ape tu ye puan" aku cakap..boy! terus nurse tu suakan mulut bb kat nips aku..berkelicap dia cari..ahahahaha..rafiq mmg gud bb...:-)

tapi sekejap je aku leh pegang bb ..tak sabar nak jumpe lagi...:-)

Then aku ditransfer ke bilik pemanasan. Ada alat dihalakan kat badan kita utk panaskan bada..Badan aku dah beku dah kejung tau. Satu sebab bius satu lagi mmg sebab bilik tu sejuk tahan cipan.

lama gak duk situ..dalam 2 jam sbb tak cukup staf nurse bahagian wad bersalin utk turun amek aku..lagipun its ok for me since aku dah penat sangat2. aku sempat tertidor..ZzzZZz..terjaga je tido..sakit tempat operation td mula terasa..pedih2.

kul 3 lebih nurse dtg n kejutkan aku...then terus ke wad..kuar2 je tgk suami aku ngah tunggu kat luar..kesian dia..penat tgk muka..then dia cakap "bb kita comel..cam syg" heheheh..yg lawaknye, sempat lagi nak snap2 gambor aku kat atas troli tu..pastu kene sound ngan nurse takleh amek gambor..muahahahha..ni kan spital gomen. strict giler.

Pastu transfer ke aras 3, katil no 18. lepas setel semua benda suami aku beredar n aku tanye nurse, mana bb? tibe2 bunyi troli kecik..gedek gedek gedek..dalam tu ade rafiq..dlm kaca...pas nurse letak kat tepi aku, subhanaALlah...tersentuh naluri keibuan..itu ke budak dalam perot aku? cutenye..rasa nak cium2..apekan daya, bius aku tak hilang sepenuhnye lagi...lepas 8 jam aku baru leh bergerak/bangun.

bermula la pengalaman aku sebagai seorang ibu..bermulala pengalaman aku menyusukan anak aku sampai hari ini...Syukur alhamdulillah..hingga saat ini, rafiq masih menyusu susu ibu sepenuhnya...semoga tercapai hasrat aku utk susukan rafiq hingga 2 tahun..aminn....

suami aku pon ade buat posting tahun lepas..leh baca sini..Aku Dah Jadi Ayah

rafiq @ day 1


KEPADA KAWAN2 YG SUDI BACA POSTING PENGALAMAN AKU NI..THANX A LOT. DAH LAMA SANGAT AKU PERAM DALAM NI AKHIRNYA TERKELUAR JUGA DARI DRAFT..EHEHEHEH...SORRY SBB KENE BACA BERSAMBUNG2..EEHEHEH..BARU GEMPAK BEBS! WEKKEKEKE


next posting akan aku kongsi pengalaman camne 1st time nyusukan rafiq, kenapa aku pilih PPUM n camne cabaran2 yg aku lalui di awal2 dulu..byk cabaran wooo..nnti aku kognsi k..:-)


Comments

acik mimie said…
wah ... panjang citer mama rafiq .. hhehehe ... jenuh acik mimie baca ... anyway rafiq happy b'day k ...
melyssa next week ... nanti acik mimie story pulak kisah acik mimie n melyssa ... hehehe
Ena said…
walaupun panjang, ena tetap setia membaca ke akhirnya.. walaupun ena dah berjaya kuarkan 2 baby.. tapi rose punyer penderitaan berjaya buatkan ena nanges lagikk.. heheh.. ena pun cengeng gak.. hahhaa..
Ena said…
ops sori, penceritaan bukan penderitaan.. heheh
wahida said…
best en3 ni...mmg dalam labor room sejuk giler...bila tgk bb dah keluar, ilang segala sakit kan...
mommynadia said…
eh tak sabar nak baca second post..
sb my sister pun br delivery baby - c-sec jgak...bnyk nak tanya pasal nak bf ni :)

http://mommynadia.blogspot.com/2010/07/fabulous-motherhood-1st-giveaway.html
Noreen Syafira said…
sungguh besar pgorbanan sorng ibu
perghhh sakitnyer mek ros....
trse dtoreh2 yea...
takotnyer kalo kne czer kn...

appy besdy rafiq..
smoga jd ank yg soleh yea...
Dee said…
panjang..tp best..sbb akak masuk labour room mcm nk gi bercuti..dua2 anak c-zer..x penah rasa apa itu contraction..tp tetap ada naluri keibuan ye..hahaha..
Unknown said…
rose! best sangat2 k.. best baca pengalaman dan cerita rose ni..

syahdu, sedih dan gembira bila baca tau!

really enjoy.. huhu.. nangis sy dibuatnye sebab teringat detik2 tu uuwwwaa...
Zaidah said…
APPY BESDAY RAFIQ...ZAI YANG DAH ADE ANAK TIGA NIE PUN MASIH LAGI TERASA SAKIT CONSTRACTION TU....MEMANG SAKIT...LELAGI KLU KEMBAR DARAH...TAK BLEH NAK CITER SAKITNYER....APE2 PUN TULAH PENGORBANAN SEORANG IBU SEBANARNYA...
Lynn Nasir said…
fuh..khatam gak membacanya, hehe! tahniah dah berjaya lalui pengalaman yg sgt berharga ni. tak boleh dibeli di kedai :)

semoga terus tabah menjadi ibu kpd rafiq dan anak2 yg lain in the future. insyaallah..
Mek Rose said…
mimie,
cepat2 update ya...kita tunggu..:-)

ena,
thanx mek na. mmg pembaca setia. kene adioh cekelat sebutir nih..ngee

wahida,
oo..wahida pon c-zer ye? betul tu..ilang segala sakit..

nad,
dah 2nd post la ni nad..huhuhu

reen,
terasa pergerakan je..tak pedih pon..:-)

kak dee,
ehhehe..yela kak. once dah jd ibu..naluri tu tetap ada. bahagian masing2 nak merasa contraction tu..:-)

chugie,
maceh chugie..penghargaan mu dihargai oleh mek rose..:-)

kak zai,
besday rafiq esok kak..ehehe tapi leh la nak wish..
thanx..:-)

lynn,
tahniah sbb khatam..wakakka..
thanx lynn..:-)
aLyNnZ said…
uihh panjang lebar pengalaman rose..ngeri gak alin bc walaupun deliver secara operation..lama rose menunggu bukaan secara normal..sib baik doc cepat perasaan bacaan ctg xcantik kan..?

sama lar klau bersalin kt melaka klau husband nk teman kena g kursus ms nk masuk labour room br nurse bgtau n mintak sijil..cam nak meraung sebab hubby xdpt teman..

sakit constractionmmg sakit xdpt dibayangkan mcmane rase sakitnyer kan..? inilar pengorbanan seorang ibu..
alahai rose...bila baca citer rose ni, buat eina terbayang2 je camna keadaan eina dl...lebih kurang la kita c-ser gak...hukhuk...tetiba perasaan seram nak bersalin dtg balik daaa...baru2 ni teruja nak peknen lagi..hoho..bila kenang2 time kena c-ser ni..huiih seram lak..hukhuk..pepun bila dah selamat tu...satu perasaan lain tiba2 muncul kan..syahdu bergelar IBU! sob sob...sebak lah! =P
Umialya said…
akak setia mmbaca w/pn dok rebut mouse ngn alya
Nadiah Sidek said…
mcm2 perasaan masa baca pengalaman bersalin rose ni. kejap2 tergelak, pastu tak psl2 air mata sy nak keluar, rasa gerun pun ada gak. hehe..
Ammi Sara said…
bergenang air mataku bc kisah mu..samalah kita bak kata rose cengeng..tp semua yg sakit2 tuh otomatik ilang kan bila nmpk bby..berbaloi2! hihi...
InsyaAllah ti rafiq besaq sikit bg dia bc, bg dia kenang pengorbanan kita sbg ibu ni..:)
MeL said…
uih cemas gak baca pengalaman bersalin u ni. yelah u tak mentally ready tuk emergency caesar kan. of course lah perasaan takut+nervous sume ada kan..klu mcm i elective c-caesar awal2 dah tau akan di zass hehe..so awal2 dah ready mentally.
rynas said…
ohh ngerinya..dua2 rasa..normal n czer. saya pun sama juga dua2 czer..tapi masa anak kedua sempat merasa induce kemudian kena czer gak akhirnya laluan tak buka-buka.
Ann said…
Rose,
Sebak oke. tsk. tsk.

Hopefully Rose berjaya menyusukan Rafiq smpai umur 2 tahun, Insya-Allah.

Rafiq. Happy First Birthday sayang!. Muah. Muah.
Unknown said…
macam ngeri je baca citer rose ni... takutnya la kalau kena bersalin c-zer. Harap2 bersalin normal la utk semua anak...

pengalaman rose ni memang sangat bernilai kan... kalau sal la, tak tau la camna nak tempuhinya...

and harap2 pasni rose bersalin normal la ye....
wahida said…
rose, sori, correction pd komen rose di atas.. saya x bersalin c-zer, alhamdulillah dua2 anak normal delivered..
nurbijen said…
fuhh... terasa ngeri bila baca citer ni... tp tu la pengorbanan seorang ibu :)

Popular posts from this blog

Madagascar Escape 2 Africa Premiere Screening

Masalah Regurgitasi / Muak / Muntah

Rinduuu