MC 2 Hari & Cuba cari mood kerja
Assalamualaikum..
Ok..kelmarin, 15hb aku ke klinik panel utk mintak pendapat doktor pasal kandungan aku ni. Aku tak g jumpa gynea yg biasa aku pegi tu sbb pagi dia takdak. Petang baru ade. So, baik aku pergi jumpa Doc Sabrina kat klnik soraya. Dia pon ok..1st of all biasala, dia tanye camne anak aku yg sulung. hehe. Si rafiq la..Sebab 1st pregnancy mmg check-up dengan doc ni. sgt2 friendly. Imunisasi rafiq pon amek sini. so no wonder dia masih ingat kat aku n anak aku tuh.
eh panjang lak menceceh2.
ok..doc nampak uri aku mula turun. sepatutnye atas lagi. Dia cakap maybe sebab pernah ada sejarah Placenta Previa (uri duk bawah) at stage II masa ngandungkan rafiq..so, maybe dia duk kat tapak lama tu. Doc as usual la suggest suh byk berehat & jgn angkat benda berat..*camno nak elak angkat budak 13 kg tu ek?*
eheheheheh...then aku cite pasal anak aku takmo berenggang tu. Doc sabrina gelak2 n cite dia pon pernah alami benda yg sama..dia megnandung anak ke-2 sama cam aku la..so at dat time, anak 1st buat pe'el..dia cakap, masa dia belajar dulu, at this moment, our 1st child akan rasa tak secure. dia rasa seolah2 ade org lain nak amek mak dia..ehehhe..so, kita as a mother, kena byk2 bersabar dan redha ajela. Jgan plak dipukul or didenda budak sebesar rafiq tu sebab masa peringkat umur dia skarang, dia takkan faham apa itu 'DENDA'. Maybe dia akan ingat sekejap..then ilang cam masuk telinga kanan keluar telinga kiri. huhuhuhuhuhu
aku setuju sgt2 ngan doc sabrina. sbb rafiq tu aku cakap selembut mana pon, dia akan buat ape sahaja yg dia nak..yela, budak tecik. ape dia paham kan..rasa nak cubit pon ade if dtg tantrum dia yg sungguh mencabar jiwa tu. but, aku dah sematkan dalam pala otak aku ni..kene byk2 bersabar..nak membesarkan anak bukan perkara mudah. Tak seperti kita rancang nak yg camtu..nak yg camni..if aku tak tahan sangat aku akan menangis. Alhamdulillah lega sekejap.
Doc sabrina kasi MC 2 hari utk rehat kat umah..15hb aku anta rafiq kat pengasuh. Tapi semalam tak anta. n Alhamdulillah sgt2 baik..cuma as usual la..masuk je petang nak menginjak ke senja dia buat perangai! grrrrr...sib baik semalam dia makan saman jugakla...asalnye melalak nak g taman. Tapi aku cuba lalaikan dia. ajak susun puzzle, ajak susun abjad, susun block kayu & mengira membaca sambil aku buat gaya badut. terpaksala jd camtu..if tak dia tak seronok. huhu.
dan ibu pon sambil nyelam sambil minom air..leh tengok cite Nora Elena episod terakhir. yey! *eh, sempat lagi tu* eehehhe
melayan apa sahaja dia nak. kena baca kuat2..A apple, B Balllllll, C carrrrrr
huwaaaaa ari ni tonsel aku bengkak. bangun pagi tadi idung berdarah. mcm2 hal kan org pregnant ni. huhu. Kepala pon ting tong lagi ni.
sedikit info pasal kandungan:
- kepala baby dah duk bawah. Aritu scan kepala kat atas. semalam dah duk kat kedudukan yg betul. harap2 camtula sampai hari nanti
- baby mengeras kdg2 sebab kita stress, byk bergerak & dia nak ubah kedudukan dia dalam perot.. aku kena pantau berapa kali dia mengeras dalam sehari & doc nak jumpa lagi 2 minggu utk tgk keadaan uri. if makin rendah akan refer terus ke hospital aku nak bersalin nanti
okla. nnti free aku g umah korang. Thanx kwn2 yg wish ulangbulan mamat rafiq ni..aku aminkan semua doa2 kalian..:-)
tengah cari mood kerja sbb pagi tadi aku hantar rafiq dengan linangan air mata & ati tak tenteram. Nak ke kereta masih lagi dengar suara rafiq panggil.."nyaaaa..Nyaaa..." sambil menangis sekuat hati. hati ibu mana akan tenteram if tgk anak camtu? tp itula aku..mmg tak sedap ati. tadi pengasuh sms cakap rafiq dah tido & mintak aku jgn risau sgt..pandai2la dia handle. hmmmmmmmm
Comments
mek...jgn stress2...rileks.....''=)
[PCL]
sabar byk2 ye..
Erm, memang sedih kalau timenak tinggalkan anak, dia nangis & panggil kita... nat wat kerja pun dah tak senang hati... huhu
**teringat kat summayyah, hari ni 1st day hantar dia ke taska... risau betul....