Wednesday, November 3, 2010

Kanak-kanak 6 tahun mati terjerut Tali Buaian


Pagi tadi, sampai2 je ofis cik ding cerita pasal budak terjerut leher kat buaian..actually aku ade dengar gak dalam radio..tapi biasala dalam jem..ape kebende pon takleh nak pikir..pening2 uhuhu


mule2 terpikir la aku buaian camne sampai leh cekik leher sampai maut?
bila bukak paper..OOooooo...budak tu lilit2 kat leher sendiri tolak kaki ke sofa nak terjun ala tarzan...astaghfirullahhalazimmm...


aku rasala kan..nila salah satu bahana rancangan2 kat tv ni..budak2 kan cepat belajar, meniru gaya2 yg tak sepatutnya...

pastu td singgah blog kak tini, terus rasa nak kongsi sini gak..

berita lanjut  MyMetro


tapi tula kan..dah ajal..mcm2 leh terjadi..cuma kita la as mak pak..kene sentiasa pantau ape anak2 kita buat..sbb bahaya ada di mana-mana!

byk kali gak aku biar rafiq main sorang2 tanpa aku kat sisi dia..tapi sejak suami aku ingatkan bahaya biar anak sorang2...skang ni aku dah tak buat lagi..bila tgk berita camni..laaaaggggiii aku kecut perottt....nauzubillah...mintak2 dijauhkan..

takziah utk ahli keluarga....terharu plak baca sbb permintaan terakhir kanak2 malang tu ialah Telekung & Al-Quran..sayu je rasa..hmmmm



11 comments:

Dee said...

al-fatihah utk arwah dan takziah buat keluarganya..

budak2 ni mmg kena pantau rose..kalo dorang senyap lagi kena pegi tengok..dari suka menjadi duka..

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

betul tu kak deee..sy sokong!

~~*Lady Salwa*~~ said...

Innalillah...

Tu la, bahaya ni kat mana2. Pantang kita terleka sikit, ada la padahnya...

Faris sekarang pun dah tak tido buai...

Tapi tu la, kadang2 kalau memasak kat dapur tu selalu gak biar dia main sorang2 kat ruang tamu...

ana said...

al fatihah...ajal maut ketentuan Allah, tapi kita kena gak berusaha hati n pantau anak2.

Ain said...

sedihnyaaaa, mintak dijauhkan dari berlaku kat keluarga kita...

al-fatihah untuk arwah. tempatnya insyaallah di syurga sana...

eT said...

barang2 bahaya kene simpan betul2 kan...
bahaya tol kalo dibiarkan...

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

Alfatihah..
ya Allah, mintak selisih la perkara cam gitu..
ye, kena pantau la, nk2 lg yg jenis hyper active..

mamalieyna said...

aduhai..sampai ayat last dr rose tu buat air mata rasa bergenang lak..permintaan akhir budak tu! huhu..

aduhai rose..mmg sentiasa kena pantau kan..sgt2 risau bila anak bersama org lain..huhu..asyik terfikir2 je apa la diorang buat!

Ibu Alia Kaiyisah said...

Alfatihah untuk arwah.

setuju dengan pendapat rose psl effect dr tv. sbb itu mak pak ni kena pastikan rancangan tv yg ditonton tu tak siarkan menda2 yg mengajar perkara2 yg tak elok. sbb anak2 ni kan mesin photostat yg palingggg cepat. apa dia nampak, itu yg akan dia ikut.

sama2 kita doa semoga anak2 kita semua dilindungi, Insya-Allah.

LYaFRINA said...

al fatiha,,,
ahli syurga....

byk sgt pengaruh tv sekarang.. tp ajal maut ketentuan tuhan.. mungkin pgajaran buat smua ibu bapa kna selalu prihatin setiap gerak geri ank.

chugie said...

ya allah.. astaghfirullahalazim.. sedih mendengar berita ni..

moga allah melindungi anak2 kita.